Loading...
Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V (kiri) berkenan bersalaman dengan Presiden Sri Lanka Maithripala Sirisena ketika menyambut Presiden itu di Istana Negara, hari ini. - Foto Bernama |
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini berkenan menerima kunjungan hormat Presiden Sri Lanka, Maithripala Sirisena di Istana Negara di sini.
Ketibaan Sirisena disambut Sultan Muhammad V yang diiringi Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Muhammad Shahrul Ikram Yaakob.
Kunjungan berkenaan merupakan yang pertama melibatkan pemimpin luar sejak Sultan Muhammad V memegang jawatan itu Selasa lalu menggantikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada Isnin.
Presiden Sri Lanka itu yang tiba di sini semalam, sedang dalam rangka lawatan sulung tiga hari ke Malaysia sejak memegang jawatan itu pada Januari tahun lepas.
Loading...