Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

The Antics of Husin Lempoyang

Loading...

The Antics of Husin Lempoyang


Ada orang Bagan Datoh tidak setuju nama baru

Posted: 29 Dec 2016 07:43 PM PST


Satu lagi berita baik buat orang Bagan Datoh.

Pada bulan Januari 2016, Bagan Datoh diumumkan sebagai daerah kecil setelah diperkenan Sultan Perak dan dipersetujui Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Pada Jun 15hb 2016, Bagan Datoh dipertingkatkan menjadi daerah penuh dan tidak lagi sebahagian dari Hilir Perak (Telok Intan).

Mulai Januari 9hb, Sultan Perak telah umumkan Bagan Datoh ditukar ejaan menjadi Bagan Datok seperti yang sering disebut.


Husin meninjau untuk mendapat reaksi penduduk tempatan tentang pertukaran ini.

Pertama yang Husin temui seorang dari kaum India. Bagan Datok ada ramai penduduk kaum India. Mereka banyak bekerja di estet menanam kelapa disuatu masa dahulu.

"Achi ... awak suka ka nama kasi tukar dari Bagan Datoh ke Bagan Datok?"

Jawab orang India, "Saya tak kisah tapi lagi sedap kasi nama Bangla Datok."

"Isy ... siapa nama awak dan dari kampong mana?"

Dia menjawab, "Saya Abdur Rehman dari Bangla Desh"

Wow! Bila dah ramai, sudah mahu negeri sendiri
Loading...
Back To Top