KUALA LUMPUR: Pelakon Amar Baharin mengakui panik apabila jari telunjuk isterinya, aktres Amyra Rosli cedera ketika wanita berkenaan sedang melakukan kerja rumah baru-baru ini.
Amar atau Amar Mohd Baharin, 31, berkata, Amyra mengalami kecederaan itu ketika sedang cuba membuka satu bungkusan plastik menggunakan pisau sebelum ia terkena jari tangan kanannya sehingga berdarah.
"Saya jadi panik kerana lukanya agak besar dan darah tidak berhenti mengalir dan mengambil keputusan membawanya ke klinik untuk mendapatkan rawatan.
"Doktor mahu menjahit bahagian luka itu kerana ia agak teruk tetapi Amyra menolak kerana berasa takut dan sebagai penyelesaian doktor menggunakan gam khas untuk mencantumkan kembali kesan luka yang terkoyak," katanya
Pasangan suami-isteri itu ditemui pada kempen Warnai Hidup Baru oleh Nippon Paint Malaysia
Loading...
yang diadakan di sini, Selasa lalu.
Dalam pada itu, Amyra berkata, kejadian itu tidak melemahkan semangatnya untuk melakukan kerja rumah, sebaliknya kini semakin mahir memasak untuk suaminya.
Kata Amyra, walaupun masih banyak perkara yang perlu dipelajari sebagai isteri, namun pengalaman menolong ibunya di dapur sebelum ini banyak membantu dirinya.
"Saya tidak belajar memasak secara khusus tetapi melakukannya dengan cara tersendiri berbekalkan pengalaman membantu ibu di dapur sebelum berkahwin.
"Selain itu saya banyak mencuba resepi sendiri mengikut apa yang terlintas di fikiran dan alhamdulillah setakat ini suami kata sedap dan menepati seleranya," katanya.
Bercakap mengenai kempen Warnai Hidup Baru oleh Nippon Paint Malaysia, pasangan ini mengakui berbesar hati apabila dipilih menjadi selebriti pertama menjayakan program itu.
"Apa yang kami diberitahu pemilihan kami adalah berdasarkan perubahan fasa kehidupan kami yang baharu sahaja mendirikan rumah tangga dan ia selari dengan kempen yang sedang dijalankan oleh pihak Nippon Paint Malaysia," katanya