Dialog Dewasa Kritik Berasa |
AZMIN ALI BIDAS PRESIDEN PKR ISU BR1M Posted: 29 Dec 2016 04:56 PM PST SHAH ALAM – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ternyata berbeza pandangan dengan presiden parti itu, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail apabila mengibaratkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai sogokan politik. Mohamed Azmin berpendapat sedemikian kerana nilai bantuan tersebut dilihatnya tidak mampu membantu menjana ekonomi rakyat. "Bagi saya, BR1M adalah salah satu bentuk rasuah. Ini adalah salah satu cara |
Loading...
sogokan. Sogokan boleh dibuat dalam pelbagai bentuk.
"Kalau nak dikatakan bantuan untuk jana ekonomi, ia tidak mampu berbuat demikian. Nilai RM600 boleh habis dalam dua hari," katanya.

Menteri Besar itu ditemui pemberita selepas memberi keterangan kepada polis di Ibu pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini hari ini.
Kelmarin, Wan Azizah menyangkal dakwaan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menganggap program BR1M sebagai rasuah.
Wan Azizah berkata, BR1M memang sepatutnya diberikan kepada rakyat kerana ia adalah hak mereka.
Ketika diminta mengulas kenyataan Wan Azizah itu, Mohamed Azmin memberitahu, pendapat Presiden PKR tersebut perlu dilihat dari sudut lain.
"Tidak adil bandingkan pandangan saya dengan dia (Wan Azizah) tapi saya tetap nyatakan yang BR1M adalah salah satu bentuk sogokan (rasuah)," ujarnya – Utusan

You are subscribed to email updates from MyMassa | Dialog Dewasa, Kritik Berasa. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. |
Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Loading...