Tertuduh, Rozita Mohamad Ali, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan hakim, Mohamad Kamil Nizam.
Loading...
25.7143px;">Berdasarkan kertas pertuduhan, Rozita didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Suyanti Sutrinso,19, hingga menyebabkan kecederaan termasuk pada kedua-dua belah mata, tangan dan kaki, organ dalaman, pendarahan beku di bawah kulit kepala, patah tulang serta patah belikat kiri.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di 62, Jalan PJU 7/30, Mutiara Damansara, antara jam 7 pagi hingga 12 tengah hari, pada 21 Disember lalu dan didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Februari ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Khairul Aisamuddin Abdul Rahman, manakala tertuduh diwakili peguam Rosal Azimin Ahmad. - AstroAwani
Loading...