Loading...
Anak Sungai Derhaka |
PAS Belum Saman Sarawak Report Rupanya... Posted: 29 Dec 2016 10:28 PM PST Pada 16 Disember yang lalu Harakah Daily melapurkan... PAS secara rasminya telah menyerahkan surat tuntutan kepada editor Sarawak Report yang bernama Clare Rewcastle Brown yang beralamat di London pada 13 Disember lalu, kata Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyuddin Hassan. Notis tuntutan "Letter of Claim Pursuant to the Pre-Action Protocol for Defamation" itu berkuatkuasa selama tujuh hari bermula dari tarikh surat pada 13 Disember 2016 telah menyenaraikan tiga perkara tuntutan yang harus diambil tindakan oleh portal berita Sarawak Report terbabit. Menurut beliau, tiga perkara tersebut adalah meminta Sarawak Report membuang artikel itu daripada laman web Sarawak Report, mahu Sarawak Report siarkan satu permohonan maaf (apology) atau penarikan segala tuduhan mengikut terma yang akan dipersetujui oleh PAS dan menuntut Sarawak Report memberi akujanji (undertaking) tidak akan menyiarkan dakwaan palsu pada masa akan datang. Tapi segalanya dinafikan oleh Clare Rewcastle Brown.. dia kata tiada sebarang dokumen diserahkan kepadanya. PETALING JAYA: PAS belum menyerahkan tuntutan kepada Sarawak Report meskipun tarikh akhir menarik balik artikel yang mendakwa kepimpinan kanan parti Islam itu menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah berlalu. "Tiada," katanya menjawab soalan sama ada peguam PAS sudah menghantar writ dan dokumen lain yang menunjukkan mereka mahu berjumpa di mahkamah. Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan belum lagi menjawab soalan FMT, meskipun mesej WhatsApp sudah dihantar, dan panggilan dibuat kepada nombor telefon bimbitnya. Takiyuddin sebelum ini berkata peguam di United Kingdom sudah menghantar surat tuntutan kepada Sarawak Report pada 13 Disember. Menurut beliau, surat itu mengandungi 3 tuntutan menuntut Sarawak Report menarik balik artikel bertarikh 6 Ogos 2016, dan membuat permohonan maaf mengikut terma yang dipersetujui parti. Tuntutan ketiga mahu Sarawak Report membuat akujanji untuk tidak lagi menyiarkan tuduhan palsu di masa depan. Tempoh 7 hari kata dua itu luput 20 Disember lepas. Sarawak Report mendakwa sejumlah RM90 juta dipercayai dimasukkan ke akaun pimpinan kanan PAS. Transaksi itu, katanya, antara usaha Najib untuk memikat kepimpinan PAS agar menyokong Barisan Nasional dan Umno. Dakwaan itu dikecam pemimpin PAS, antaranya Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilaporkan berkata PAS akan mengambil tindakan undang-undang terhadap laporan berniat buruk itu kerana mencemarkan nama baik parti dan dasar Islamnya. Peguam S N Nair berkata litigan yang menghantar notis akan menunjukkan keseriusan sekiranya tuntutan tidak dipenuhi. "Jika tidak, ia sekadar ancaman kosong yang tidak menunjukkan keseriusan kerosakan yang didakwa itu," katanya. Katanya, sesetengah peguam, bergantung kepada kerumitan kes dan faktor lain, lazimnya akan memfailkan saman secepat mungkin. Nair menjelaskan tindakan susulan tidak boleh dilambatkan terlalu lama kerana kejelikan fitnah akan berkurangan dari masa ke semasa. "Malah mahkamah juga tidak akan mengambil plaintif dengan serius kerana melambatkan saman kecuali alasan yang baik diberikan," katanya. Nair menambah ia bukan suatu keperluan undang-undang, cuma berdasarkan logik lapor FMT Aku ingatkan dah saman.... |
Ulama Pas Iringi Menteri UMNO Ke London.. Kenapa? Posted: 29 Dec 2016 08:23 PM PST "Terbang ke London bukan untuk menghantar surat saman Pas berhubung isu laporan portal Sarawak Report tetapi rupa-rupanya makan angin dengan menteri Umno-BN..." Itu antara reaksi netizen selepas tersebarnya gambar seorang pemimpin Pas bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom di media sosial dalam satu program anjuran pertubuhan di bawah Umno, Badan Perhubungan Negara United Kingdom (BPN UK). Kehadiran Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat yang juga Ahli Jawatankuasa Majlis Syura Pas, Dr Khairuddin Aman Razali di London pada 27 Disember lalu dikatakan bagi majlis penerangan berkaitan usul pindaan Akta 355. Pindaan berkenaan yang bertujuan untuk memperkasakan Mahkamah Syariah itu bagi meningkatkan hukuman maksimum kepada 30 tahun penjara, denda sehingga RM200,000 dan 100 kali sebatan. Semakan Malaysia Dateline di laman rasmi Facebook, Kelab Umno Luar Negara (UK) mendapati poster program tersebut memaklumkan slot "Teh Tarik Session" itu diadakan di Malaysia Hall. Walau bagaimanapun, kehadiran pemimpin Pas dalam program tersebut dilihat banyak pihak menguatkan lagi tanggapan tentang kerjasama politik antara parti diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu dengan Umno menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Gandingan pemimpin Pas dan Umno dalam program itu juga berlangsung ketika rakyat di negara ini menempuh tahun 2016 dengan bebanan kenaikan mendadak kos sara hidup yang gagal ditangani kerajaan BN selain kes menjolok mata membabitkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Mengulas kehadiran Khairuddin dan pengisian program itu, blogger Shahbudin turut melontarkan pelbagai soalan termasuk menyentuh tiadanya aktiviti penjelasan pindaan Akta 355 di Malaysia sebelum ini. "Kenapa tidak pernah diadakan 'sesi teh tarik' membincangkan akta yang sama di dalam negara atau di Jerai yang merupakan kawasan Parlimen Jamil Khir sendiri? "Adakah semua orang dalam negara sudah faham mengenai Akta 355, lalu tidak perlu diadakan sesi dialog atau kerana teh tarik mamak di sini tidak sesedap teh tarik di kota London?" bidasnya sinis dipetik daripada blog beliau. Shahbudin turut bertanyakan sesi serupa kepada parti-parti komponen BN yang umum diketahui menentang pindaan peruntukan yang bertujuan menambah baik institusi Mahkamah Syariah itu. "Bila pula Jamil Khir mahu mengadakan 'sesi teh tarik' dengan MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti komponen di Sabah dan Sarawak yang masih menentang Akta 355 itu?" soalnya lagi. Polemik tentang pindaan terhadap Rang Undang-Undang 355, berkaitan Akta Mahkamah Syariah, Bidang Kuasa Jenayah 1965 itu menyaksikan pemimpin Pas bertegas mahu mengemukakannya sebagai usul pensendirian walaupun pihak kerajaan yang lebih wajar berbuat demikian. Namun, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang pada 24 November lalu, meminta proses huraian bagi cadangan RUU 355 ditangguhkan sehingga sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang dengan alasan masih ada pihak tertentu yang keliru. Untuk rekod, Rang Undang-undang persendirian meminda Akta 355 itu telah dipercepat di Parlimen pada 26 Mei lalu iaitu 10 hari sebelum penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Walau bagaimanapun, Abdul Hadi pada hari terakhir sidang parlimen untuk sesi itu memohon perbahasan itu ditangguhkan pula ke sesi seterusnya ketika membacakan cadangan pindaan berkenaan. Selepas dua kali Hadi meminta penangguhan, akhirnya Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat 'menamatkan' seketika polemik dalam masa sama mengheret pertelagahan antara penyokong Pas dan AMANAH. Dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno 2016, 1 Disember lalu, Najib memberitahu pindaan Akta 355 akan diambil alih pihak kerajaan memandangkan ia adalah usul persendirian yang akan dikaji pihak kerajaan ~ MalaysiaDateline |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. |
Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Loading...