Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Timbalan Menteri Cadang Pemandu Bas Ekspress Diberi Latihan Ala Juruterbang..

Posted: 28 Dec 2016 08:00 AM PST


Timbalan menteri pengangkutan mencadangkan supaya pemandu bas ekspres diberikan latihan secukupnya, seperti juruterbang supaya mereka berdisiplin, berhemah dan lebih profesional.

Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata selaras dengan saranan itu, sebuah institusi khas untuk kenderaan awam termasuk bas ekspres perlu diwujudkan bertujuan menaik taraf kerjaya pemandu bas ekspres.

Katanya, jika kadar gaji pemandu bas hendak dinaikkan, mereka juga perlu dilengkapi dengan pengetahuan dan latihan untuk jadi lebih berdisiplin dan profesional.

"Dengan itu, kerajaan perlu mewujudkan badan atau institusi bas ekspres. Ini perlu, macam nak jadi juruterbang, mereka ada institusi yang dikawal rapi kerajaan.

"Ini penting kerana ia melibatkan kepentingan awam. Pemandu bas tanggungjawabnya besar kerana membawa penumpang yang ramai sehingga 40 orang dalam satu bas," katanya kepada FMT.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) supaya pemandu bas dibayar gaji lebih tinggi untuk menamatkan sistem komisen yang dibayar mengikut bilangan perjalanan.

Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar juga menggesa kerajaan memperkenalkan kadar lebih fleksibel bagi tambang bas ekspres.

Kerajaan pada Mac tahun lalu mencadangkan kenaikan tambang bas ekspres, tetapi ditangguhkan berikutan kritikan orang ramai.

Semakan terakhir tambang bas ekspres pada 2009. Aziz berkata transformasi perlu dilakukan kepada pengangkutan bas ekspres dan garis panduan baharu perlu diwujudkan.

"Kita tidak mahu, mereka hendak naikkan tambang bas ekspres, tetapi tidak meningkatkan tahap mutu penyelenggaraan kerana banyak bas yang masih tidak diselenggarakan mengikut piawaian standard antarabangsa.

"Jadi nak naikkan tambang itu boleh, tetapi mesti ikut piawaian supaya macam juruterbang. Nak jadi juruterbang mesti ada kelulusan mengikut latihan diberikan.

"Pemandu bas perlu dinaik taraf dan Jabatan Pengangkutan Jalan sebagai badan bertanggungjawab perlu pastikan piawaian itu," katanya.

Aziz berkata antara sebab pemandu bas terpaksa kejar "trip" ialah kerana syarikat bas ekspres menghadapi masalah kekurangan pemandu sehingga pemandu dipaksa bekerja lebih masa bagi menampung permintaan.

"Apa yang berlaku sebenarnya kekurangan pemandu menyebabkan syarikat memaksa pemandu kerja lebih masa. Di Malaysia kita kekurangan pemandu bas kerana gaji yang tidak menarik minat masyarakat.

"Oleh itu, kerajaan perlu wujudkan institusi yang menjadikan pemandu bas satu kerjaya menarik
Loading...
kepada golongan muda," katanya.



RM7 Billion Kos untuk Perunding MRT1?

Posted: 28 Dec 2016 06:27 AM PST


Kos pembinaan projek Transit Aliran Massa 1 (MRT1) dari Sungai Buloh ke Kajang bukannya RM21 bilion, sebaliknya ialah RM28 bilion, dakwa Rafizi Ramli.

Naib presiden PKR itu berkata, ia perlu mengambil kira kos perunding sebanyak RM7 bilion.

Katanya, kos itu dibayar MRT Corp kepada KVMRT Sdn Bhd, sebuah konsortium bersama yang dibentuk MMC Corporation Bhd dan Gamuda Bhd.

Beliau merujuk laporan New Straits Times pada Julai 2014 yang memetik bekas ketua pegawai eksekutif MRT Corp, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid sebagai mengesahkan kos keseluruhan pembinaan MRT1 ialah RM28 bilion, termasuk kos perunding yang dibayar kepada KVMRT.

Ahli Parlimen PKR Pandan itu mengadakan sidang akhbar harian bagi mempertikaikan angka rasmi bagi kos pembinaan projek MRT.

Terdahulu, pasukan komunikasi strategik Barisan Nasional menafikan hujah Rafizi semalam mengenai kos tinggi projek itu berbanding projek MRT sama di Sepanyol dan Korea Selatan.

Menurutnya, Rafizi merujuk blog dikenali sebagai Pedestrian Observations yang memberi amaran kepada pembaca untuk tidak bergantung kepada data yang mungkin salah itu.

Rafizi hari ini menolak kenyataan ini yang didakwanya dibuat "tentera siber".

"Saya tidak respons kepada tentera siber. Saya mahu seseorang yang saya boleh saman.

"Ia adalah lawak yang anda mempunyai pengarah komunikasi strategik yang tidak berkomunikasi dan outsource segala-galanya kepada hantu yang saya tidak boleh saman." ~ FMT



Loading...
Back To Top