Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Benarkah Anina Ketua Serikandi PPBM Ada Skandal Seks?

Posted: 17 Dec 2016 10:30 PM PST


Ketua Srikandi Bersatu, Anina Saadudin menganggap skandal seks yang dikaitkan dengannya sebagai lumrah kehidupan ahli politik.

Menurutnya, apa yang lebih penting adalah kepercayaan orang sekeliling yang rapat dengannya sebelum bergelar ahli politik.

"Skandal seks yang dikaitkan dengan saya adalah salah satu lumrah dalam kehidupan ahli politik Malaysia.

"Saya didatangi seorang anak murid dan mengucapkan tahniah kepada saya. Saya tanyakan kenapa? Beliau menjawab: "sekarang pensyarah saya telah sah menjadi ahli politik Malaysia kerana sudah dipalit skandal seks.

"Saya kira bekas anak murid saya yang mengenali saya bertahun-tahun dan kini ahli perniagaan berjaya ini, lebih memahami keperibadian saya dari khalayak politik yang baru mengenali saya sejak setahun lebih.

"Apa yang penting bagi saya, kepercayaan anak-anak, ahli keluarga, anak-anak murid dan sahabat yang sentiasa mengambil berat tentang perihal saya sejak dahulu, yakni sebelum saya bergelar seorang ahli politik," katanya.

Anina mengulas tuduhan skandal seks terhadapnya.

Beberapa laman web didapati menyebarkan transkrip perbualan WhatsApp lucah didakwa melibatkan Anina bersama seorang lelaki.

Anina berkata, sebagai ketua srikandi, beliau bersedia dengan cabaran dan dugaan bakal ditempuhi.

"Saya menerima jawatan ini dengan penuh tanggungjawab dan sedar amanah ini bakal dipersoalkan sesudah matinya saya.

"Memimpin satu bala tentera sayap wanita sebuah parti ditunjangi Tun Dr Mahathir (Mohamad) adalah penghormatan besar bagi saya, namun lebih besar dari itu, tanggungjawab ini menuntut pengorbanan jiwa dan raga bukan hanya saya seorang, malah anak-anak, keluarga besar saya, beribu anak murid yang sayangkan saya di seluruh negara serta sahabat-sahabat terdekat saya," katanya lapor Sinar

Loading...
scrolling="no">

Mohd Faiz Yang Kritik Agong Tidak Dikenali Amanah?

Posted: 17 Dec 2016 08:09 PM PST


Amanah memaklumkan pihaknya tidak dapat mengenal pasti individu yang mengeluarkan kenyataan di laman sosial mengkritik Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Naib Ketua Pemuda Amanah, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, pihaknya tidak pernah melihat atau bertemu individu terbabit dan seluruh pimpinan pemuda di setiap kawasan dimaklumkan bagi mengenal pasti lelaki itu.

"Kita dah minta pimpinan pemuda di peringkat kawasan untuk semak siapa individu berkenaan kerana kita memang tak pernah lihat dia sebelum ini. Dan semakan status keahlian individu itu masih dilakukan," katanya.

Kelmarin, seorang pengguna laman sosial yang dipercayai penyokong Amanah, Mohd Faiz mengeluarkan kenyataan mempertikaikan tindakan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V yang dilihat gemar beribadah dan menunaikan solat di beberapa masjid.

Ketika ditanya, sama ada penyebaran kenyataan tersebut serangan musuh politik, Shazni berkata, pihaknya tidak mahu membuat sebarang spekulasi.

Sementara itu dalam posting terbaru di Facebook, Mohd Faiz memohon maaf kepada Agong dan seluruh rakyat Malaysia di atas keterlanjuran kenyataannya itu.

Beliau berkata, tujuannya hanya menyampaikan buah fikiran di dalam media sosial dengan semangat anak muda inginkan perubahan ke arah Malaysia yang lebih baik.

"Langsung tiada niat diri ini menghina YDPA dan institusi raja-raja, adapun cuma mahu melihat kuasa Majlis Raja-Raja diperkukuhkan dalam menjaga institusi Islam dan Melayu di Malaysia. Itu dimaksudkan dengan Kesalehan Sosial yang saya suarakan sebelum ini," katanya lapor Sinar



Loading...
Back To Top