Anak Sungai Derhaka |
MB Selangor Dulu Anugerah Gelaran Datuk Macam ‘Bufet’ - Sultan Selangor Posted: 14 Dec 2016 04:33 AM PST Sultan Selangor menyifatkan penganugerahan darjah kebesaran semasa zaman pentadbiran menteri besar Tan Sri Muhammad Muhd Taib terlalu mudah dan sesedap hati seperti hidangan "buffet". Sultan Sharafuddin Idris Shah berkata Muhammad banyak menukar adat negeri, misalnya memberi darjah kebesaran dengan hanya kelulusan exco, tanpa melalui Dewan Diraja. "Sebab itu kadang-kadang istana kata darjah kebesaran semasa zaman Muhammad seperti buffet sahaja, letak atas meja terus ambil," titahnya, sebelum tradisi itu dikembalikan seperti asal. Baginda menambah, susulan prestasi pegawai kerajaan sekarang yang tidak bagus, istana tahun ini memutuskan memberi 17 pingat darjah kebesaran sahaja yang membawa gelaran Datuk. "Saya pun tengok pegawai-pegawai kerajaan tidak menunjukkan prestasi bagus, jadi saya tidak bagi banyak. Kita beri 17 gelaran Dato', satu Dato' Seri dan tiga Dato' Setia," katanya, apabila ditanya sebab jumlah darjah kebesaran tahun ini, sempena keputeraan baginda ke-70, berkurang. Baginda, dalam wawancara akhbar Mingguan Malaysia, juga terus-terang mengakui tidak menghormati Muhammad, menteri besar Selangor antara 1986 hingga 1997, yang didakwa mengaut kekayaan ketika aktif berpolitik dan sikapnya yang sering melompat parti. "Terus terang, saya tidak hormat pada Muhammad Taib. Dia buat kekayaan ketika berada dalam Umno, kemudian masuk PAS. "Kemudian apabila PAS kelam-kabut, dia keluar dan masuk PKR. Kalau dia masuk mana sekalipun, macam mana hendak hormat sebab dia banyak melompat," kata baginda. Baginda mendedahkan almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pernah berselisih dengan Muhammad kerana beliau berbohong. Baginda juga menyifatkan kewujudan jawatan timbalan menteri besar semasa itu sebagai kesilapan terbesar Selangor dan selepas mengambil alih takhta, baginda memansuhkan jawatan itu. "Saya tidak pernah argue (berbalah) dengan menteri besar. Hanya sekali sahaja ayahanda saya berbalah dengan Tan Sri Muhammad Muhd Taib, itu pun kerana beliau berbohong. "Sebab beliaulah, kita wujudkan jawatan timbalan menteri besar dan itu adalah kesilapan terbesar negeri Selangor," kata Sultan Sharafuddin Idris Shah. "Semasa ambil alih (takhta) ayahanda, saya cakap dengan Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) saya tidak mahu timbalan menteri besar. Beliau tanya kenapa? "Timbalan menteri besar ini tidak lain kerjanya hendak menjatuhkan menteri besar. Jadi menteri besar takut apa akan datang dari belakang. Dia bukan menolong tapi menjatuhkan. "Bukan bermakna timbalan menteri besar secara automatik akan jadi menteri besar. Jadi, ada cita-cita lain. Jadi, lebih baik tidak ada. Pak Lah setuju dan sejak itu tidak ada lagi timbalan menteri besar." lapor MMO |
Loading...
type="text/javascript">
Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal dipenjara lima tahun kerana meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan semakannya.
Bekas Ketua Pembangkang itu gagal mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tersebut yang dikekalkan oleh satu panel lain pada 10 Februari tahun lalu.
Setakat ini, beliau telah menjalani hukuman penjara setahun 10 bulan.
Panel lima hakim mahkamah tertinggi negara diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin mencapai keputusan sebulat suara itu selepas mendengar penghujahan kedua-dua pihak pada 12 Oktober lalu.
Pada peringkat ini, keputusan tersebut menoktahkan perjalanan kes liwat II wakil rakyat pembangkang itu yang berlarutan selama lapan tahun bermula dengan laporan polis yang dibuat oleh bekas pembantu peribadinya pada 28 Jun 2008.
Yang turut bersidang Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Zaharah Ibrahim. Bagaimanapun Hakim Malanjum tidak hadir hari ini kerana kematian ibu saudaranya.
Hakim Zulkefli ketika membacakan penghakiman itu antara lain menyatakan permohonan itu tiada merit dan tidak sempurna yang membolehkan mahkamah menggunakan budi bicaranya menyemak keputusan itu.
Anwar, 69, diwakili oleh pasukan peguam bela diketuai oleh Datuk Seri Gopal Sri Ram manakala Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Datuk Ahmad Kamal Md. Shahid mengetuai pasukan pendakwaan.
Beliau memohon menyemak dan mengetepikan keputusan panel terdahulu yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 kerana meliwat bekas pembantu peribadinya.
Anwar disabitkan meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 31, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara di antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Laporan dari Utusan
Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan Semakan Anwar..
Posted: 13 Dec 2016 07:36 PM PST

You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. |
Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Loading...