Loading...
Sultan Muhammad V yang baharu melafaz sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 Selasa lalu, hari ini berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara.
Ia diimamkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang turut bertindak sebagai khatib.
Turut menyertai Sultan Muhammad V menunaikan solat ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed serta kira-kira 10,000 jemaah yang lain.
Loading...