Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

WarkahDaily Online

WarkahDaily Online


Politik Presiden PAS yang memeningkan

Posted: 27 Nov 2016 04:40 PM PST

Dunia politik Malaysia sekali lagi membeliakkan mata terhadap isu RUU 355 yang yang sepatutnya dibahaskan pada 24 nov lalu telah dibuat pindaan dengan menetapkan hukuman maksimum 30 tahun penjara, 100 sebatan dan denda 100 ribu, manjadikan perbahasan terssebut ditangguhkan persidangan akan datang.

TGHH telah berjaya untuk melebarkan ruang dakwah kepada masyarakat Malaysia terhadap undang-undang Syaria'ah dan sekaligus PAS akan menjuarai medan perbincangan politik untuk semua mata telinga rakyat Malaysia tertumpu kepada PAS.

PAS amat tegas didalam mempertahankan prinsip Islamnya, sekian lama bertembung dengan musuh politik tradisionalnya UMNO telah berjaya menjinakkan hati UMNO untuk sekurang-kurangnya tidak lagi memperkatakan politik suku agama suku sehingga kini dilihat cenderung untuk memberikan sokongan kepada perlaksanaan undang2 syaria"ah tersebut.

Sekian lama UMNO terpaksa menelan panadol dengan sikap tegas PAS dalam pertahankan prinsipnya, sehingga pembunuhan diMemali, operasi lalang dan berbagai sikap birokrasi, double standart tidak sedikitkan mengubah PAS untuk terus perjuangkan prinsipnya. PAS tegar menanggung derita asalkan dapat terus menggengam prinsipnya yang kadangkala membara kepanasan.

Tiada siapa yang tenang apabila memilih untuk bertembung dengan Syaria'ah Allah. Panadol demi demi panadol terpaksa ditelan oleh golongan yang melawan arusnya. Tapi PAS kelihatan terus tenang dalam mengharungi arus dan gelombang politik yang mencabar bersama bahtera prinsip perjuangannya.

PAS sekali lagi berjaya memeningkan parti politik yang berseteru dengannya. UMNO seperti orang berbisul yang tak mampu duduk diam, menyokong atau tidak akan mempengaruhi undinya. Dikala masyarakat Melayu melihat RUU 355
Loading...
ini wajib disokong, apakah UMNO sanggup mencangahinya sebagaimana dulu?, apakah UMNO sanggup lagi dilabel sebagai 'parti tolak islam'.

Menerimanya akan menyebabkan UMNO terpaksa bertembung dengan MCA, parti kompenennya didalam BN yang jelas menentangnya, "ditelan mabuk, diluah kelaparan'. Memaksa UMNO hanya menjadi pemain yang menunggu tepi gol untuk 'mencuri ayam'.

PKR pula bukan sahaja menelan panadol berpapan-papan, hingga turut serta campur tangan dalam perbahasan meminta supaya RUU dibahaskan segera, mereka tahu PAS tidak akan mendapat sokongan jika dibahaskan pada 24 nov baru ini, bagi mereka mudah, private bil ini tidak dapat majoriti, maka isu menerima atau menolak RUU Syaria'ah ini akan berkubur, tiada lagi sesuatu yang dianggap hantu menganggu PKR.

Kepala PKR berdenyut kencang, menolak atau menyokong akan ada impak politiknya, jika PKR menyokong, mereka takut kehilangan pengundi cina, tidak menyokongnya akan menyebabkan ia kehilangan pengundi Melayu Islam, apatah lagi PKR lebih berharap kepada pengundi Melayu Islam PAS. Apabila RUU 355 dipinda sehingga persidangan akan datang maka pening PKR kini menjadi demam.

DAP yang mengambil sikap mencampuri urusan agama Islam dengan menghalang dan mempertikaikan hasrat PAS untuk membawa usul RUU 355 terus tertekan, DAP sedar bahawa talian hayatnya hanya pada pengundi cina, DAP mesti dapat pengundi melayu untuk terus berkenduri menang besar bagi memerintah Malaysia. Hingga kini DAP seperti putus harapan untuk mengharap dua parti susuannya PKR dan PAN boleh menarik pengundi Melayu.

DAP juga putus asa untuk menimang cahaya mata baru untuk disusukan iaitu BERSATU. PPBM pada awalnya kelihatan bersama DAP namun menarik handbrek bila PPBM sedar sokongan kepada partinya hanya datang dari ahli UMNO sedangkan ahli UMNO telah terpahat dihatinya untuk tidak menerima DAP, mereka sanggup bergabung dengan PAS tapi bukan dengan DAP.

Persidangan Perlimen akan datang adalah pembukaan penggal, DYMM Yang Dipertuan Agung akan merasmikannya, umum mengetahui bahawa DYMM ini adalah Sultan Kelantan yang selama ini sangat berlunak dengan Islam. Titah ucapan baginda nanti sangat dibimbangi oleh parti-parti yang sedang pening ini, bagaimana jikalau sekiranya baginda bertitah 'semua MP Islam wajib memberikan sokongan kepada RUU Syaria'ah ini'.

PAS kelihatan terus memacu meninggalkan parti2 yang sedang pening dan mabuk2.
Loading...
Back To Top