Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

VIDEO PARLIMEN KECOH ‘Sial, lembu, kepala otak’ selepas serangan ke atas Teresa Kok

Dewan Rakyat hari ini kecoh selepas kenyataan berbaur seksual daripada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) ke atas Teresa Kok (DAP-Seputeh).
“Satu-satunya wanita yang ada Kok,” kata Tajudin merujuk nama keluarga naib pengerusi kebangsaan DAP itu, ketika wakil rakyat membahaskan perhimpunan Bersih 5.
Kenyataan itu menimbulkan kekecohan, dengan M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) menuntut permohonan maaf daripada Tajuddin.
Tajuddin menjawab: “Pergi cari tali lembu.
Ia
Loading...
mengundang kutukan segera daripada Khalid Samad (Amanah-Shah Alam): “Sial. Kamu pakai songkok dan berkata begitu. Memalukan.”
Tajuddin membalas dengan menjawab, “Kepala otak”.
Kasturi Patto (DAP-Batu Kawan) kemudian bangun meminta Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee yang mempengerusikan sesi itu supaya menuntut Tajuddin memohon maaf.
Tajuddin bagaimanapun enggan berbuat demikian.
Ini menimbulkan kemarahan Khalid yang berkata: “Kamu biadap. Kamu daripada kementerian sial”
Tajuddin kemudian menjawab: “Sial. Sial. Kamu ingat saya takut? Siapa sial? Kita keluar selesaikan.” - FMT
Loading...
Back To Top