Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Tweet Nik Abduh mengenai Perhimpunan Agung UMNO tarik perhatian

Kicauan menerusi Twitter beliau terhadap Perhimpunan Agung UMNO 2016 mendapat perhatian luar biasa netizen selain pujian pelbagai pihak yang menyifatkan Ahli Majlis Syura Ulama PAS sebagai seorang yang berjiwa besar.

Tahun ini UMNO genap berusia 70 tahun dan di sebalik tiada sebarang pemilihan jawatan parti, perhimpunan parti tersebut sebenarnya turut mendapat perhatian banyak pihak termasuk pemimpin luar kerajaan sendiri.

Melalui
Loading...
mesej tweet tersebut, Nik Mohamad Abduh menulis secara ringkas: “Semoga Perhimpunan Agung UMNO berjaya mencapai matlamat. Semoga kerjasama antara kita demi Melayu dan Islam.”

Tweet Ahli Parlimen Pasir Mas itu sekali gus menggambarkan hubungan erat antara dua parti berkenaan sebagai cukup harmoni meskipun dua organisasi siasah tersebut sering ‘dibadai’ dengan pelbagai cabaran semasa.

Untuk rekod, PAS menerima ‘tamparan’ apabila sekumpulan tokohnya membentuk serpihan disokong DAP iaitu Parti Amanah Negara (PAN) manakala UMNO menyaksikan kemunculan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Hakikatnya, kicauan Nik Mohamad Abduh itu membuka lembaran baharu dalam arena politik tanah air bahawa di sebalik perbezaan fahaman ideologi, kedua-dua parti tetap bersahabat dalam cara tersendiri.
Loading...
Back To Top