Loading...
Taipingmali (tm) |
- PRIBUMI MAKIN PORAK PERANDA
- Akta Kelahiran di Malaysia - Perbetulkan Ejaan Nama
- Rang Undang Undang Akta 355
Posted: 23 Nov 2016 03:07 PM PST Seorang rakan sempat berkomunikasi agak panjang dengan seorang opportunist berhubung situasi politik semasa. Hasil perbualan beliau saya dapat perkata dan rumuskan untuk bacaan rakan-rakan saya. Belum pun 6 bulan hayat usianya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah pun menunjuk bibik-bibik menuju jalan kehancuran. Bermula dari ketidakpuasan hati kepimpinan Perkasa dan para pengikut mereka, dibawa kepada perebutan jawatan peringkat pusat dan negeri hinggalah kepada para pejuang maya mereka merungut tidak dibayar upah sepertimana yang dijanjikan. Ibrahim Ali dan Syed Hassan menyimpan impian yang tinggi terhadap Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin agar dapat menukar Perkasa menjadi sebuah parti. Satu rundingan telah diadakan antara Syed Hassan dengan parti serpihan PAS, iaitu Berjasa. Perkasa berhajat untuk mengambil alih parti berkenaan dan seterusnya menjadi platform kepada mereka untuk berjuang menjatuhkan Datuk Seri Najib. Bagaimanapun perkara tersebut tidak dipersetujui Mukhriz, Azmin Ali, Robin Tan (anak Vincent Tan) dan Tong Kooi Ong (Proksi YTL dalam misi menjatuhkan PM). Individu-individu tersebut adalah orang yang selama ini menyalurkan dana untuk gerakan menjatuhkan PM. Akhirnya mereka mengambil keputusan menubuhkan sebuah parti baru. Ini menimbulkan kemarahan Ibrahim Ali dan barisan kepimpinan Perkasa. Semasa parti tersebut dalam proses menunggu kelulusan, Ibrahim Ali dan beberapa orangnya telah berusaha beberapa cara untuk mensabotaj agar parti itu tidak diluluskan ROS. Termasuklah cuba mempengaruhi Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri. Bagaimanapun usaha itu tidak berjaya. Selepas pendaftaran diluluskan, timbul pula satu lagi masalah baru. Iaitu mengenai perlantikan barisan kepimpinan peringkat pusat dan negeri. Ramai yang mengharap dan melobi TSMY agar mereka dilantik. Sebenarnya usaha melobi telah bermula sejak parti dalam proses permohonan lagi. Untuk mengelak konflik yang lebih teruk, TSMY meminta Tun Mahathir agar mengambil alih jawatan pengerusi dengan segera. Di Kedah Ainina sedang bergasak dengan Sanusi Junid. Di Langkawi, Ainina juga sedang bergasak dengan anak Sanusi, Akhramsyah. Di Perak Hamidah Osman dan adiknya Hamizura Osman serta adik iparnya mahu menguasai PPBM seperti parti ahli keluarga mereka. Di Johor Datuk Baharom Gelang Patah sedang bergasak dengan abang TSMY. Di Kelantan proksi Mukhriz, Sazmi Miah mahu memastikan beliau dilantik sebagai pengerusi negeri. Di Terengganu , blogger Din Turtle pun menyimpan impian tinggi menggunung agar beliau dapat mengetuai negeri itu. Di Melaka Zahid Mat Arip sedang berhempas pulas untuk mengangkat dirinya sebagai pengerusi negeri. Di Sabah pula Shafie Afdal tidak berpuas hati dengan rakan-rakannya yang di semenanjung. Lantas beliau mengambil keputusan untuk bergerak berasingan. Manakala di peringkat pusat pula hubungan tegang antara Khairuddin Abu Hassan dengan TSMY dan Mukhriz semakin hari semakin nazak. Akhirnya Khairuddin keluar parti selepas tidak memegang apa apa jawatan dalam parti. Sebelum keluar Khairuddin memberi amaran mana mana pimpinan Peribumi memburukkan beliau. Beliau ridak akan teragak agak dedahkan rahsia. Selepas itu Khairuddin hilang.. tanpa khabar berita . Di peringkat media maya, Hanizam Yunus meminta pemain-pemain media maya mereka agar mengurangkan atau menghentikan kempen keahlian PPBM dan promosi kerana duit tidak turun sepertimana yang dijanjikan. Beliau menuduh Datuk Ainon, bekas setiausaha akhbar TSMY dan Firdaus Abdullah (blogger apa nama) melesapkan peruntukan untuk pemain-pemain media maya. Yang masih aktif adalah beberapa budak-budak Kedah yang dibayar gaji bulanan oleh Mukhriz melalui Sazmi Miah. Tun Mahathir semakin tertekan dengan keadaan dan baru baru ini membawa diri ke London untuk beberapa ketika. Difahamkan setelah segala usaha menumbangkan PM gagal, terbaru (2 bulan sebelum ini) Tun M meminta PM kekal tetapi melepaskan jawatan Menteri Kewangan. Dalam situasi hari ini dikhabarkan Tun akan memilih jalan berdamai dengan Datuk Seri Najib dengan syarat Mukhriz diletakkan di Kementerian Kewangan melalui lantikan sebagai senator sementara menunggu PRU 14. Namun Najib tidak berminat dengan tawaran yg dibuat oleh Tun Mahathir.. Tanpa sebarang jawapan bersetuju atau pun menolak tawaran yg Mahathir berikan. Najib sekadar senyum kepada utusan yg Mahathir hantar.. Akhir kalam, benarlah kata ramai orang. Yang UMNO akan tetap ke UMNO. Nampaknya itulah yang akan berlaku kepada PPBM. Dari UMNO mereka datang dan kpd umno mereka akan kembali Sent from Samsung tablet.
|
Akta Kelahiran di Malaysia - Perbetulkan Ejaan Nama Posted: 23 Nov 2016 05:06 AM PST Dewan Rakyat petang ini juga membahaskan akta kelahiran dan kematian dan di terima untuk dibahaskan esok.
Yang ingin disentuh lah mengenai pendaftaran kelahiran. Dua MP dan Bayan Baru dan Kuala Nerus yang membahaskan perkara ini tadi amat menarik. Bayan Baru mahu tulisan cina atau Pin Yin dicatatkan dalam surat kelahiran, manakala Kuala Nerus mahu ejaan jawi ditulis dalam surat kelahiran kerana sebutan berdasarkan ejaan jawi lebih tepat daripada ejaan rumi. Apa yang menjadi permasalahan hari ini ialah ejaan nama anak. Apabila ibu bapa pergi ke pejabat pendaftaran kelahiran, pegawai yang bertugas dikaunter akan memberikan borang kosong dan terpulang lah kepada ibu bapa untuk menulis nama anak mereka. Pegawai jabatan pendaftaran akan menyalin apa saja yang ditulis oleh ibu bapa untuk didaftarkan. Akibatnya ejaan nama anak banyak yang salah dari pelbagai sudut. Paling ketara ialah dalam ejaan yang mengambil nama junjungan besar nabi akhir zaman, pelbagai bentuk ejaan yang ditulis. ejaan berikut adalah ejaan yang biasa kita lihat. Mohamed, Muhammad, Mohamad, Mohd, Md. Muhmad, Mohamat dan sebagainya, Jika di lihat nama-nama lain ia langsung tidak mengikut hukum fonetik, fonologi, diftong dan hukum vokal berganding. Oleh itu satu perisian hendaklah dibuat supaya ejaan pendaftaran kelahiran baru lebih standard. Ia juga bukan untuk nama-nama orang Melayu sahaja tetapi untuk semua kaum-kaum dalam Malaysia. Oleh itu tak perlulah nak ikut cadangan Bayan Baru dan Kuala Nerus. Kita perkasa akan ejaan Bahasa Melayu yang betul hukumnya. |
Posted: 23 Nov 2016 03:02 AM PST Petang ini di dewan rakyat telah mula berbahas tentang RUU 355. MP Sepang, Batu,Subang dan beberapa orang yang lain mempertikai mengenai taklimat yang dibuat oleh TPM di Dewan Taklimat Parlimen Malaysia pada 5.00 petang kelmarin.
Mereka pertikai kerana MP bukan Islam tidak dijemput untuk hadir ke taklimat tersebut. Parit Buntar pula mencadangkan dibentuk satu komiti yang melibat semua ahli parlimen tanpa mengira kaum dan agama. Parit Buntar nampak jelas tidak bersetuju dengan taklimat petang kelmarin Perjumpaan dan taklimat khas untuk semua ahli parlimen Islam tidak perlu dipertikaikan oleh Sepang, Batu, Subang dan Parit Buntar. Pkr dan Dap juga selama ini sememangnya kerap mengadakan taklimat sebelum berbahas di dewan. Jika tidak masakan isu isu yang dibahaskan sama irama , sama lirik dan sama intonasi. Yang tidak nampak synchronize ialah ahli ahli Pas yang lebih bersifat individual atau sdn bhd. Alhamdullillah dewan telah meluluskan RUU 355 untuk dibahaskan esok. RUU 355 sememangnya perlu dipinda kerana ia sudah ketinggalan dari segi hukuman. Hukuman mahkamah syariah tidak berubah sejak 1984. Akta RUU355 sebenarnya amat pendek dan amat mudah. Bukan Islam tidak perlu gusar dan gundah gulana. RUU 355 bukanlah undang-undang hudud yang melibatkan pesalah dihukum mati atau dipotong tangan. Pindaan RUU355 lebih kepada memperkasa akan mahkamah syariah. Adalah tidak adil seorang hakim yang senior dan hampir pencen tetapi menjatuhkan hukuman penjara maksima 3 tahun atau denda RM5000 . Sedangkan Majistret di mahkamah rendah Gred 41 boleh menjatuhkan hukuman dan denda yang lebih tinggi daripada mahkamah syariah. Oleh itu wajarlah RUU355 diangkat agar sesuai dengan masa dan ketika pada abad ke 21. Hari ini apabila hukuman denda dikenakan ia tidak menggerunkan pesalah syariah. Pada tahun 1965 RUU 355 denda dan hukumannya sangat ringan iaitu denda maksima ialah RM1000 dan penjara maksima ialah 6 bulan sahaja. Selepas pindaan dibuat pada tahun 1984 ada sedikit peningkatan. Kini kuasa hukuman kepada kadar maksimum penjara 3 tahun, denda RM5,000 atau 6 kali sebatan syar'ie. Pesalah Syariah senyum sahaja apabila membayar denda. Harap RUU 355 ini mendapat persetujuan semua MP beragama Islam tanpa mengira parti. |
You are subscribed to email updates from Taipingmali . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. |
Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Loading...