Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Selesai BERSIH5: 2 Pemimpin PKR, Tian Chua, Zuraida pula DITAHAN POLIS

Loading...

Dua pemimpin kanan PKR menjadi individu terbaru ditahan pihak berkuasa berhubung demonstrasi BERSIH5 hari ini.
"Saya ditahan di bawah Seksyen 147/511 (Kanun Keseksaan). Sekarang dalam perjalanan ke (Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur) di Jln Hang Tuah," kata Naib Presiden PKR Tian Chua melalui Twitter.
Peguam R Sivarasa menyatakan Tian ditangkap di rumahnya di Bandar Utama oleh sepasukan polis dari IPK Kuala Lumpur.
"Tuduhan (yang dihadapkan kepadanya) di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan (iaitu) berkaitan dengan penglibatan dalam rusuhan.
"Esok polis akan memohon perintah reman," katanya.
Melalui Twitter pula Tian yang juga anggota parlimen Batu sebelum itu memberitahu ada sekumpulan polis di luar rumahnya.
"Nampak macam saya akan ditahan malam ini," katanya.
Kira-kira jam 11.15 Tian menyatakan: "I have to handover my hand phone etc now. Bye everyone. Keep the fight" (Saya terpaksa menyerahkan telefon bimbit dan lain-lain sekarang. Selamat tinggal semua. Teruskan perjuangan).
Sementara itu Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin, turut ditahan polis di rumahnya.
Penahanan itu disahkan Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil. - MK
Loading...
Back To Top