Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

RUU 355 Hanya Perangkap BN Untuk PRU14?

Loading...

Langkah kerajaan Umno-BN membenarkan usul Rang Undang-Undang 355 hanya dibaca tanpa dibahas di Dewan Rakyat hari ini disifatkan satu perangkap untuk parti itu berhadapan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Penasihat Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan, Datuk Husam Musa yakin tindakan kerajaan BN membenarkan Ahli Parlimen Marang membaca usul itu hari ini, menandakan bahawa PRU14 akan diadakan sebelum Parlimen bersidang Mac depan.

"Umno berjaya menggantungkan isu 'perlaksanaan hudud' di 'titik keseimbangan' atau 'equilibrium point'.

"Ia bagus untuk Pas tidak dilihat gagal dalam pendekatannya. Juga sebagai penyedap rasa untuk berterusan dalam senggama politik antara Pas dan Umno khususnya untuk PRU terdekat," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu juga berkata, dengan bacaan RUU 355 itu hari ini, Umno cuba memperlihatkan imej mereka sebagai jujur dalam memartabatkan hukum Islam dan pada masa yang sama Pas pula tidak dilihat sudah dipermainkan.

"Ia resipi yang mustajab, win win untuk tiga pihak menghadapi PRU secara 'smart partnership'," katanya lagi.

Beberapa jangkaan katanya boleh dibuat dengan perkembangan yang berlaku hari ini.

Ini termasuk jangkaan bahawa PRU14 akan diadakan sebelum bulan Ramadan tahun hadapan sama ada Mac atau April bagi mengelakkan RUU 355 dibahaskan sehingga menganggu 'keseimbangan' yang terwujud pada hari ini, kata Husam.

"Pas adalah rakan Umno BN dalam permainan 'segi tiga' atau 'triangle equation' sampai PRU. Bagi mereka yang masih mengharapkan Pas bersama dengan pakatan pembangkang, akhirnya akan menggigit jari.

"Matlamat Umno adalah untuk mendapat majoriti dua pertiga dengan pertolongan Pas. Apa akan jadi dengan RUU 355 selepas PRU adalah ditentukan selepas PRU," katanya.

Lebih licik kata Husam, tindakan itu dirancang Umno bagi memerangkap sebahagian rakyat khususnya pengundi Islam antara sentimen RUU 355 dan isu nyata yang sedang dihadapi mereka.

Ia termasuk himpitan kos sara hidup, rasuah, penyelewengan, hutang negara dan ancaman krisis kewangan dan implikasi pengaruh Republik Rakyat China ke atas geopolitik, ekonomi, sosial dan keselamatan Malaysia.

Manakala PKR hari ini dalam respon segera Setiausaha Agung dan Naib Presidennya, Rafizi Ramli menyifatkan permintaan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menunda lagi pembentangan pindaan Akta 355 hanya akan memperlihatkan 'Pas terus berkawan dengan Umno'.

“Tetapi apabila berulang kembali perkara ini (penangguhan pembentangan pindaan Akta 355) pada hari ini, jelaslah permainan Umno dalam perkara ini dan saya khuatir Pas akan terus dimain-mainkan.

“Akhirnya Pas akan terus dilihat berkawan dengan Umno dan memanjangkan tempoh berkuasanya Najib Razak,” ujarnya dalam catatan ‘lintas langsung’ beliau dari Parlimen yang kemudiannya mendapat lebih 200 perkongsian selepas tiga jam dimuat naik di Facebook.

Laporan penuh silalah baca di SINI
Loading...
Back To Top