REZQEEN HILL |
Kerajaan DAP Penang Buat Bodoh Rumah Mampu Milik Dijadikan Homestay Posted: 21 Nov 2016 11:00 PM PST Seorang pemilik rumah mampu milik di Gelugor yang berang dengan tindakan jirannya menyewa unit bersebelahan kepada orang asing, menghantar nota bantahan kepada kerajaan Pulau Pinang di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
K L Soh, 50, yang bosan selepas kehabisan semua saluran mengadu, memutuskan untuk berjumpa exco negeri yang menjaga hal ehwal perumahan, Jagdeep Singh Deo. Beliau bagaimanapun tidak dapat menemui Jagdeep dan bertindak menyerahkan satu dokumen berhubung kebimbangannya kepada wakilnya, Fakhurrazi Ibnu Omar. "Saya sudah mengadu kepada hampir setiap orang – Biro Aduan Awam, majlis perbandaran, Jagdeep, semua orang. Tetapi sehingga hari ini, tiada tindakan diambil. "Saya sedih untuk mereka yang memohon rumah mampu milik apabila kita ada orang yang menyewa rumah mereka RM200 sehari. Ada yang tinggal lebih 2 bulan. "Saya juga bimbang dengan keselamatan saya kerana orang asing berulang-alik di sepanjang koridor setiap hari, dengan ada yang mengotorkannya juga. "Ada yang biadap kerana mereka menghempas pintu dan membuat bising," kata wanita kelainan upaya itu kepada wartawan di luar bangunan DUN hari ini. Di Pulau Pinang, pemilik rumah mampu milik tidak dibenarkan menjual atau menyewa rumah mereka selama 10 tahun. Pemilik juga perlu mendiami rumah terbabit. Pangsapuri Soh masih baharu dengan penduduk berpindah ke sana kira-kira setahun lalu. Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Huan Cheng Guan yang menemani Soh berkata, penguat kuasa perlu mengadakan rondaan bagi memastikan pemilik tinggal dalam rumah mampu milik mereka. "Kita ada hampir 20,000 pemohon rumah mampu milik dalam senarai menunggu. Ini amat tidak adil kepada mereka," kata Huan. Soh berkata, beliau sudah mengadu kepada Pesuruhjaya Bangunan dan badan pengurusan bersama pangsapuri terbabit. "Mereka tahu mengenai masalah itu. Tetapi mereka belum menyelesaikan masalah itu. Saya sudah tinggal di sini 19 bulan. Saya sudah e-mel kepada Jagdeep, tetapi beliau tidak balas. "Pada Februari tahun ini, selepas saya mendapat bantuan MCA, pejabat Jagdeep membalas e-mel saya. Menurut e-mel itu, mereka akan ambil tindakan. Tetapi sehingga hari ini, tiada apa yang berlaku," katanya. Baru-baru ini, Parti Cinta Malaysia mendedahkan blok pangsapuri Soh itu turut didiami orang kaya,s selain banyak unit disewakan melalui laman web hartanah secara dalam talian. |
#UPSR : Tiada 'A' Tak Bermakna Pelajar Tersebut Tidak Pandai Posted: 21 Nov 2016 08:12 PM PST Tahun ini ramai ibu-bapa dan guru-guru yang terkejut dengan keputusan peperiksaan UPSR anak-anak dan murid-murid mereka yang tersasar jauh dari jangkaan. Hanya 1% sahaja anak-anak yang mengambil peperiksaan UPSR pada tahun ini mendapat semua 'A' berbanding 5-10% pada tahun-tahun yang lepas.
Peperiksaan adalah satu cara untuk menguji keupayaan pemikiran atau 'intellectual horse power'. Dalam hampir semua peperiksaan, setiap tahun soalan-soalan peperiksaan adalah berlainan. Oleh itu tahap |
Loading...
kesukaran soalan-soalan peperiksaan tersebut juga adalah berlainan. Ada tahun-tahun yang soalannya mudah dan ada pula tahun-tahun yang soalannya lebih sukar daripada tahun-tahun yang lain.
Terutamanya pada tahun yang mana format peperiksaan bertukar, mungkin pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan buat pertama kalinya dengan format yang baru dan guru-guru yang mengajar mereka ini belum lagi biasa dengan perubahan ini.
Sebagai contoh, jika seorang pelajar yang bijak mendapat 90% jawapan betul dan mendapat 'A' dalam satu kertas peperiksaan pada tahun lepas, mungkin pelajar yang sama menduduki peperiksaan yang sama dengan soalan yang berlainan pada tahun ini akan hanya mendapat 70% jawapan betul dan mendapat 'B' kerana pertukaran format soalan ataupun tahap soalan yang lebih sukar berbanding tahun lepas. Hal ini akan menyukarkan perbandingan kualiti gred daripada keputusan peperiksaan yang sama dari tahun ke tahun.
Namun apa yang pasti ialah walaupun terdapat perubahan-perubahan atau ketidaksamaan dalam soalan-soalan peperiksaan dan kualiti gred pada setiap tahun seperti di atas, peratusan anak-anak kita yang bijak atau bernasib baik mahupun yang sebaliknya adalah lebih kurang sama atau tidak lari jauh setiap tahun. Adalah tidak munasabah jika dikatakan tahun ini ada 1% sahaja pelajar yang bijak berbanding 5-10% pada tahun-tahun yang lalu. Anak-anak kita bukanlah seperti anggur dari ladang yang satu tahun tuaian anggurnya baik-baik dan manis-manis belaka manakala satu tahun berikutnya tuaian anggurnya kurang baik dan tawar-tawar belaka berbanding tahun lalu. Jika seseorang anak tidak mendapat semua 'A' dalam sesuatu tahun, ia tidak bermakna anak itu tidak pandai.
Walaupun demikian, hakikatnya apabila keputusan pelajar-pelajar ini tersasar jauh daripada gred yang diramalkan mengikut penanda aras tahun-tahun sebelumnya, ianya sedikit sebanyak akan memberikan kesan kepada moral dan motivasi anak-anak, ibu-bapa dan guru-guru mereka yang telah berusaha bertungkus-lumus dan menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit untuk memastikan anak-anak mereka mendapat keputusan yang terbaik atau sekurang-kurangnya tidak lari jauh daripada yang dijangka. Perkara ini tidak boleh diambil mudah.
Untuk mengurangkan masalah ini, bagi peperiksaan berskala besar yang melibatkan ramai pelajar di seluruh negara, mungkin cara pemarkahan atau pemberian gred boleh diubah mengikut kelok loceng ('bell curve') yang mana keputusan peperiksaan di-gred mengikut 'percentile' pelajar dan bukannya mengikut peratusan soalan yang dijawab betul. Contohnya, mengikut kaedah 'percentile' ini pelajar yang mendapat 'A' adalah 10% teratas di antara semua pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut mengikut turutan markah tertinggi, dan bukannya pelajar yang menjawab 90% soalan dengan betul. Cara ini akan mengurangkan ketidakselarasan terhadap gred yang didapati dari tahun ke tahun yang disebabkan oleh perbezaan tahap kesukaran soalan peperiksaan setiap tahun. Jika tidak, satu hari nanti orang akan bertanya "Tahun berapa?" sebagai susulan kepada soalan "Berapa 'A' dia dapat?" untuk membuat perbandingan kualiti terhadap keputusan peperiksaan. Perbandingan sebegini tidak bernas dan kurang masuk akal.
Sekiranya kaedah 'percentile' ini telah dipraktiskan dalam pemarkahan peperiksaan di Malaysia, mungkin ianya perlu ditambahbaik supaya keputusan peperiksaan tidak lari jauh daripada penanda aras dari tahun ke tahun.
Banyak peperiksaan-peperiksaan piawaian antarabangsa telah sekian lama menggunakan kaedah 'percentile' ini seperti SAT, GRE dan GMAT. Sebagai contoh, untuk mendapat peluang cerah untuk diterima masuk ke suatu universiti terkemuka dunia, seseorang pelajar perlu mendapat keputusan di tahap 3% 'percentile' teratas di antara semua pelajar yang menduduki peperiksaan piawaian antarabangsa yang ditetapkan.
Cadangan kaedah pemarkahan ini bukan sahaja baik untuk peperiksaan-peperiksaan di sekolah-sekolah, tetapi juga di universiti-universiti, badan-badan Kerajaan mahupun pihak swasta yang mempunyai sistem peperiksaan piawai. Kaedah ini secara tidak langsung akan dapat mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan dan juga akan dapat mengurangkan masalah perbandingan gred yang tidak bermakna antara tahun ke tahun.
Mungkin satu hari nanti orang akan bertanya, "Berapa 'percentile' anak kita?" dan bukannya "Berapa 'A' dia dapat?"
ISHAM JALIL

Presiden Sukarelawan Malaysia
You are subscribed to email updates from REZQEEN HILL. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. |
Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Loading...