Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Keputusan Permohonan Maria Chin cabar persempadanan SPR 24 Nov

Posted: 21 Nov 2016 09:26 PM PST


persempadanan semula SPRpersempadanan semula SPR
Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 24 November untuk keputusan permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan aktivis Maria Chin Abdullah bagi mencabar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung persempadanan semula kawasan Parlimen Petaling Jaya Utara.
Hakim Azizul Azmi Adnan menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan daripada peguam Syahredzan Johan yang mewakili Maria dan Peguam Kanan Persekutuan Datuk Amarjeet Singh bertindak bagi pihak SPR.
Amarjeet dalam hujahnya berkata SPR pada peringkat ini hanya menjalankan proses rundingan, keputusan akhir bagi cadangan itu akan diputuskan oleh Dewan Rakyat.
Syahredzan dalam hujahnya menegaskan bahawa isu itu boleh diputuskan oleh mahkamah.
Chin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) memfailkan permohonan itu menerusi Tetuan RamRais & Partners pada 10 Okt lepas.
Dalam permohonannya, Maria memohon untuk membatalkan keputusan atau tindakan SPR dalam mengeluarkan notis syor yang dicadangkan bagi bahagian-bahagian pilihan raya persekutuan dan negeri.
Maria juga memohon pengisytiharan bahawa proses atau prosiding persempadanan semula yang dimulakan oleh SPR melalui notis tersebut adalah tidak sah dan terbatal.

NIKMAT TURUNNYA NILAI RINGGIT – KOS HAJI, UMRAH NAIK...

Posted: 21 Nov 2016 09:16 PM PST

Tidak hairanpun kalau harga kos menunaikan haji dan umrah naik.
Inilah antara NIKMATNYA penurunan nilai Ringgit.
Bukan sahaja akan lebih ramai pelancong datang ke Malaysia, kos urusan menunaikan haji dan umrah di Arab Saudi juga meningkat.
Sudah pasti semakin ramai rakyat Malaysia akan berebut-rebut untuk menunaikan haji dan umrah, bimbang tahun 2018 dan seterusnya menjadi semakin mahal.
Kan bagus nilai Ringgit jatuh – lebih banyak wang perlu disediakan untuk ke Arab Saudi? Dan apabila kembali, akan berkuranganlah barang yang dibawa balik berbanding tahun sebelum ini.
Dalam keadaan sekarang ok juga kerana boleh bawa wang banyak atau lebih sedikit daripada biasa. Itu bagi yang mampu...yang tidak dan kurang mampu bagaimana?
Ini belum cerita nanti apa akan jadi kepada barangan seperti kurma, air zam-zam atau makanan lain yang diimport dari Asia Barat yang menjadi makanan dan pakaian ' kebanyakan orang Malaysia'.
Tak apa, DON'T WORRY.  Kerajaan akan tambah subsidi.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengakui kos menunaikan haji dijangka terus meningkat disebabkan kos penginapan, pengangkutan, makan-minum dan lain-lain perkhidmatan turut bertambah.
Beliau berkata peningkatan kos haji berlaku setiap tahun dan pada musim Haji1437 Hijrah (H)/2016 yang baru selesai, ia sudah mencecah RM18,890 seorang.
Untuk tahun hadapan berapa agarnya? Kalau tidak naik, bermakna kerajaan boleh tambah subsidi gara-gara mata wang Ringgit jatuh.

Boleh bagi tahu rakyat bagaimana 'baiknya hati dan budi kerajaan'!
Amaran mengenai kemungkinan naiknya harga pakej-pakej pelancongan ke luar negara termasuk pakej ibadah haji dan umrah yang dikendalikan agensi-agensi swasta sudah dilaporkan 18 Ogos lalu.
Ketika itu mungkin ramai tidak ambil peduli kerana Donald Trump belum menang pilihan raya presiden Amerika Syarikat. Kejatuhan mendadak nilai Ringgit sejak tarikh kemenangan Trump itu (9 November 2016) membuka mata rakyat bahawa kini bukan masa yang 'selesa'.
Malah, peningkatan itu bukan sedikit, dijangkakan sehingga 30 peratus tahun ini.
Ketua Biro Umrah dan Haji Persatuan Agensi-Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Bumiputera (Bumitra) Malaysia, Ayob Mat Aris berkata, peningkatan harga pakej tersebut berikutan kejatuhan nilai ringgit yang dialami negara kini.
Read More / Baca Lagi >>

Kerana hadir BERSIH 5, Mahfuz sedia tindakan disiplin dari PAS

Posted: 21 Nov 2016 09:01 PM PST

'Penahanan cabuli hak kami, bebaskan segera Maria Chin,' - desak MP

Posted: 21 Nov 2016 09:00 PM PST

Maria Chin failkan habeas corpus cabar Sosma

Posted: 21 Nov 2016 08:59 PM PST

MP Pembangkang Desak Bebas Maria Chin

Posted: 21 Nov 2016 08:59 PM PST

Penahanan Maria: PDRM Salah Guna Kuasa

Posted: 21 Nov 2016 08:58 PM PST

Maria files habeas corpus to be released

Posted: 21 Nov 2016 08:57 PM PST

Felda: Kepincangan terlalu amat ketara di zaman Isa Samad

Posted: 21 Nov 2016 08:50 PM PST

Oleh Mazlan Aliman
Kepincangan terlalu amat ketara di zaman Isa Samad sebagai Pengerusi Felda. Semasa ura2 beliau nak dilantik sebagai Pengerusi Felda, berbagai usaha dibuat termasuk merayu DS Najib jangan lantik Isa Samad. Tapi tidak dipedulikan.
Pendedahan Jabatan Audit Negara adalah sebahagian kecil dari laporan Polis, SPRM dan memorandum yang dibuat. Saya sendiri pernah bersemuka dengan Dato' Mustapha Ali, waktu itu Pengarah Siasatan SPRM. Sampai bila ' kekebalan' Isa Samad dapat dilucutkan? Esok, Laporan Polis diikuti SPRM akan dibuat. Jangan kambing hitamkan kakitangan Felda yang dedikasi. Dalang sebenar yang ' jahanamkan' Felda WAJIB diheret ke muka pengadilan!

64 kontrak Felda ditandatangani tanpa kebenaran

Posted: 21 Nov 2016 08:49 PM PST

KUALA LUMPURI,– Jabatan Audit Negara mendedahkan kontrak perolehan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bernilai RM148.42 juta telah ditandatangi tanpa kebenaran yang sah.

Katanya, ia melibatkan sejumlah 64 kontrak untuk perolehan 'light detection and ranging' (LiDAR) yang didakwa ditandatangani oleh pengarah jabatan pengurusan tanah yang tidak mempunyai kuasa.
"Tiada penilaian terhadap prestasi kewangan telah dijalankan ke atas kontrak-kontrak ini – 16 kontrak bernilai RM11.4 juta pada tahun 2013 dan 48 kontrak bernilai RM38.72 juta pada 2014," kata Laporan Audit Negara 2015 (Siri 2) yang dibentangkan di Parlimen, semalam.
Dalam pada itu, laporan itu mengatakan, pengumpulan data LiDAR oleh Bumitouch Sdn Bhd 2013-2015 telah dijalankan.
"Bayaran penuh daripada RM40.57 juta bagi 53 daripada 64 kontrak dengan Bumitouch telah dibuat walaupun serahan daripada LiDAR tidak diterima sepenuhnya.
"Kerja-kerja telah dimulakan antara 39 hingga 136 hari sebelum pelantikan kontraktor diluluskan untuk 45 daripada 64 kontrak LiDAR bernilai RM33.83 juta.
"Bagaimanapun, kerja-kerja tersebut dijalankan berdasarkan rangka kerja yang dimeterai oleh pengarah yang tidak diberi kuasa untuk menandatangani," kata laporan itu.

Maria failkan habeas corpus cabar Sosma

Posted: 21 Nov 2016 08:46 PM PST

Peguam yang mewakili Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah hari ini memfailkan permohonan habeas corpus untuk mencabar penahanan beliau di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 bagi mendapatkan pembebasan beliau.
Peguam Ambiga Sreenivasan berkata permohonan itu difailkan dengan keadaan pengurungan bersendiri (Solitary confinement) terhadap Maria sebagai salah satu alasan.
"Kami juga telah menyatakan bahawa Sosma telah salah digunakan terhadapnya. Dan bahawa kaedah keseluruhan penahannya adalah menyalahi undang-undang," katanya kepada pemberita di lobi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.
Ambiga, yang juga Pengerusi Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan, diiringi peguam-peguam Maria serta tiga anak lelaki beliau.
Habeas corpus adalah perintah untuk membawa orang yang dipenjara di hadapan hakim atau mahkamah untuk mengetahui sekiranya individu itu wajar dipenjara.

Salah guna Sosma, bebas Maria segera

Posted: 21 Nov 2016 08:44 PM PST


Oleh A Samad Said
Teoh Beng Hock Trust for Democracy mengecam tindakan polis menahan pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Maria Chin Abdullah dengan menyalahgunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Sosma.


Penahanan ini bercanggah dengan matlamat asal penggubalan akta tersebut iaitu untuk membendung aktiviti teroris. Tindakan polis telah menghina akta yang diluluskan oleh parlimen dan merosakkan kedaulatan undang-undang negara. Kami menggesa menteri dalam negeri menghormati hak demokrasi rakyat, membebaskan Maria Chin Abdullah dengan segera dan menghentikan penindasan terhadap aktivis pro-demokrasi yang memperjuangkan pilihan raya yang bersih dan adil.
Sosma sepatutnya diguna pakai untuk kes keganasan berkumpulan (organized violence), menghasut ketidakpuasan hati terhadap Yang di-Pertuan Agong dan mengancam ketenteraman dan keselamatan awam.
Maria Chin tidak pernah terlibat dalam aktiviti keganasan dan hasutan. Tuduhan bahawa Bersih 2.0 mengancam ketenteraman dan keselamatan awam adalah tidak masuk akal, malah gabungan Bersih 2.0 sudah menganjurkan lima kali himpunan raksasa dengan bersih, lancar dan terbukti aman.
Malah, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Nazri Abdul Aziz pula "menggalakkan" Bersih 2.0 menganjurkan himpunan setiap tahun.
Oleh yang demikian, polis langsung tidak ada alasan yang munasabah untuk menahan Maria Chin bawah Sosma. Penyelewengan kuasa dalam penahanan seseorang warganegara telah menjadikan Malaysia sebuah negara polis!
Kami menegaskan bahawa perhimpunan aman adalah kebebasan yang dijamin oleh Persembahan Persekutuan Malaysia. Ia juga dianggap hak asasi sejagat di bawah Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 dan Kovenan Antarabangsa Hak Sivil dan Politik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (ICCPR).
Kerajaan bertanggungjawab menjamin hak rakyat menyuarakan pendapat dan memastikan himpunan dijalankan secara aman, tanpa kira ia himpunan menyokong pilihan raya bersih dan adil, himpunan anti-Bersih ataupun himpunan menuntut perdana menteri meletak jawatan.
Kerajaan tidak sepatutnya menahan pemimpin aktivis dan pemimpin pembangkang sehari sebelum himpunan Bersih 5 dan menyekat jalan raya utama di bandaraya Kuala Lumpur.
Read More / Baca Lagi >>

Sertai BERSIH5: Mahfuz sedia terima sebarang tindakan

Posted: 21 Nov 2016 08:24 PM PST

Anggota Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar bersedia berdepan dengan sebarang tindakan oleh PAS berikutan kehadirannya pada perhimpunan BERSIH 5 Sabtu lalu.
Menurut Mahfuz, beliau bersedia menerima tindakan daripada parti kerana berpendapat kehadirannya pada perhimpunan tersebut adalah untuk rakyat Malaysia.
"Bersedia terima (sebarang tindakan).
"Terserah pada Jawatankuasa Disiplin. Itu terpulang pada parti untuk lihat ini satu kesalahan atau tidak.
"Apa saya lalukan hanya untuk rakyat Malaysia. Saya tak fikir himpunan BERSIH gugat orang ramai,"
Loading...
kata bekas naib presiden PAS itu kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat hari ini.
Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS akan mengambil tindakan terhadap anggota parti itu yang menyertai perhimpunan BERSIH 5.
Menurut Abdul Hadi, sekiranya menerima aduan dan terbukti anggota parti berkenaan hadir pada perhimpunan tersebut, ia akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin parti untuk tindakan.
Selain Mahfuz, antara yang hadir pada perhimpunan Sabtu lalu, termasuk bekas ketua pengarang organ rasmi PAS Harakah Ahmad Lutfi Othman dan artis Abby Abadi.
Sebelum ini, anggota Majlis Syura PAS Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, walaupun tidak menyokong secara rasmi BERSIH5, parti itu tidak menghalang anggotanya menyertai himpunan berkenaan.

MTUC gesa perwakilan kutuk Sosma ke atas Maria

Posted: 21 Nov 2016 08:22 PM PST

Setiausaha Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Pulau Pinang, K Veeriah menggesa perwakilan kesatuan itu mengutuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma).
Veeriah mencadangkan resolusi dibuat pada Persidangan Perwakilan Tiga Tahun Sekali (TDU) MTUC pada 29 dan 30 November untuk mengutuk penggunaan Sosma pada Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah.
TDU akan diadakan di Pusat Sivik Petaling Jaya dan akan melibatkan 600 perwakilan termasuk dari Sabah dan Sarawak.
Pada masa ini, MTUC mempunyai kira-kira 6,000 anggota di seluruh negara.
"Saya juga yakin bahawa MTUC mesti mengutuk semua undang-undang yang bertentangan dengan prinsip-prinsip asas hak asasi manusia," kata Veeriah kepada Malaysiakini.
"Saya bukan perwakilan ke TDC dan tidak mempunyai suara tetapi anda semua (perwakilan) boleh membuat perbezaan," tegas beliau.
Maria ditahan di bawah Sosma pada malam perhimpunan BERSIH5 pada 19 November.
Kira-kira 40,000 berhimpun di Kuala Lumpur untuk menuntut antara lain, peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berikutan skandal kewangan 1MDB.
Anak-anak Maria menegaskan ibu mereka bukan pengganas dan telah membuat laporan polis terhadap penahanan tersebut.

Khairy diseru tuntut pembebasan Maria Chin

Posted: 21 Nov 2016 08:13 PM PST

Tony Pua membidas ketua Pemuda Umno itu yang sebelum ini berkata perbezaan pendapat dan perhimpunan aman tidak tertakluk di bawah Sosma.
tony-pua-khairy
PETALING JAYA: Penangkapan Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma) 2012 membuktikan ahli Parlimen pembangkang betul selama ini.
Dalam mengatakan ini, Tony Pua turut mencabar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menuntut polis membatalkan pertuduhan itu dan melepaskan Maria kerana ia bertentangan dengan hujah Khairy sendiri semasa perbahasan sebelum kelulusan undang-undang itu pada 17 April 2012.
"Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin mengkritik hujah-hujah pembangkang terhadap Sosma sebagai 'mengelirukan' dan mengulangi perbezaan pendapat politik yang sah termasuk perhimpunan aman malah Bersih 'tidak menjejaskan demokrasi berparlimen," kata ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, merujuk kepada rekod Hansard, 2 hari sebelum undang-undang diluluskan.
Pua juga mengingatkan kembali bagaimana Khairy memuji Sosma dengan mengatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memihak kepada "kebebasan awam" dan mempersendakan ketua pembangkang pada masa itu Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Khairy mempersendakan kebimbangan pembangkang, dengan mendakwa ia bukan sahaja tidak berasas, tetapi surat undang-undang yang dicadangkan itu amat jelas dan tidak mempunyai ruang bagi penyalahgunaan yang dikatakan.
"Beliau juga mengkritik maka Anwar kerana tidak memahami aktiviti memudaratkan cara demokrasi berparlimen, 'aktiviti yang dijalankan seseorang atau kumpulan untuk menggulingkan atau melemahkan demokrasi berparlimen dengan keganasan atau cara tidak berperlembagaan'," kata setiausaha publisiti kebangsaan DAP itu dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Amanah Kubang Kerian anggap Baihaqi hero rakyat walaupun berbeza parti

Posted: 21 Nov 2016 08:08 PM PST

Baihaqi menyertai perhimpunan aman Bersih 5 19 November lalu Baihaqi menyertai perhimpunan aman Bersih 5 19 November lalu
Amanah Kubang Kerian melahirkan rasa syukur kerana ahli parlimen kawasan itu, Baihaqi Atiqulllah belum 'hilang rasa' kepada keperitan hidup yang dideritai rakyat dengan bersama di perhimpunan aman Bersih 5 sabtu lalu.
"Beliau sepatutnya dinobatkan sebagai hero rakyat marhaen dan bukannya dilabel dengan gelaran buruk oleh golongan tertentu," kata Ketua Amanah Kawasan Kubang Kerian, Fauzi Mohamad ketika ditemui Malaysia Dateline malam tadi.
Walaupun berbeza parti katanya, semua pihak perlu besama dalam menghadapi penyelewengan dan penindasan terhadap rakyat.
"Kini percubaan memanipulasi pilihan raya sekali lagi cuba dibuat dengan terang-terangan selalu cadangan persempadanan baru pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Rakyat pula ditekan dengan kenaikan harga barangan keperluan asas yang amat menekan golongan rakyat terbanyak," katanya.
Kehadiran Baihaqi ke Bersih 5 katanya, memberi kelegaan kepada pengundi-pengundinya dulu bahawa beliau masih sanggup berjuang untuk rakyat dan bukan sekadar menjadi pak sanggup kepada kumpulan yang kini dilihat penjilat rejim rakus Datuk Seri Najib Razak.
Menurutnya usaha kumpulan golongan tertentu yang merangka pelbagai ikhtiar bagi menggagalkan Bersih 5, akhirnya memberi kefahaman kepada rakyat tentang siapa sebenar mereka.
"Mereka mahu buktikan mereka sedia lari dari bela rakyat tertindas demi untuk mendapat pujian dan habuan dari penguasa zalim.
Read More / Baca Lagi >>

Tun M: Najib sudah hapuskan demokrasi

Posted: 21 Nov 2016 08:01 PM PST

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa kecewa kerajaan demokratik yang didirikan dahulu menjadi negara yang merompak rakyat.
Katanya, kepimpinan pentadbiran negara hari ini sudah berada di tangan orang yang mencuri, menyamun dan merompak harta rakyat.

"Najib sudah hapuskan demokrasi. Undang-undang digunakan sesuka hati apabila beliau menangkap sesiapa saja dan membuat tuduhan ke atas pesalah dengan mengaitkan undang-undang yang tidak ada kaitan.
"Mereka boleh melakukan segala kekejamaan terhadap rakyat pada hari ini kerana Ketua Polis berada di pihaknya.Sedangkan seharusnya pihak itulah yang melindungi dan membela rakyat," katanya katanya ketika berucap di Dataran Merdeka semalam.
Mahathir juga berkata, beberapa orang pemimpin BERSIH yang dimasukkan ke dalam tahanan bukan sekadar ditahan.
"Saya berasa sedih, kerajaan kita sanggup mendera dan menyiksa tahanan mereka yang tidak bersalah terutama kepada Maria Chin ditahan.
"Negara kita sudah menjadi negara tidak mengikut undang-undang. Ini berlaku disebabkan keangkuhan Najib, disebabkan dia ingin selamatkan diri sendiri daripada jenayah dilakukan, rakyat diperlakukan tidak adil.
"Orang seperti Najib ini tidak seharusnya menjadi perdana menteri," katanya.

Wan Azizah: Demokrat dipenjara, sang kleptokrat bermaharajalela

Posted: 21 Nov 2016 07:59 PM PST

Lebih ramai lagi aktivis dan pimpinan pembangkang bakal ditahan selepas penganjuran perhimpunan aman Bersih 5, 19 November lalu, kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau berkata demikian merujuk kepada kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi yang mengeluarkan senarai panjang nama individu terdiri daripada aktivis, mahasiswa dan ahli-ahli politik bakal ditahan.

"Para demostran berhimpun dan berarak secara aman walaupun keselamatan mereka diancam kumpulan baju merah dan perjalanan mereka disekat pihak berkuasa.
"Sekali lagi pemerintah gagal menghormati hak bersuara dan berhimpun dengan aman seperti termaktub dalam undang-undang dan perlembagaan.
"Begitulah keadaan di negara kita ini, para demokrat dipenjara, sang kleptokrat bermaharajalela," katanya dalam kenyataan.
Sebelum ini, polis menahan beberapa individu termasuklah Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah menjelang berlangsungnya perhimpunan tersebut.
Selain Maria, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin turut ditahan sehari sebelum perhimpunan aman berlangsung.
Zuraida dan Tian dibebaskan dengan jaminan polis 21 November lalu, bagaimanapun Maria masih ditahan dalam tempoh maksimum 28 hari dan disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Ahli Parlimen Pembangkang berarak ke Bukit Aman tuntut bebaskan Maria Chin

Posted: 21 Nov 2016 07:48 PM PST

Kira-kira 20 ahli Parlimen pembangkang membawa sepanduk menuntut hak mereka untuk menyuarakan pendapat pada persidangan Dewan Rakyat tanpa ancaman ditangkap.
Muhyiddin-Bebas-Maria
KUALA LUMPUR: Seramai 20 Ahli Parlimen pembangkang hari ini memutuskan untuk menyuarakan bantahan terhadap penangkapan ahli-ahli Parlimen kepada ketua polis negara.
Ia susulan keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman penjara selama 36 bulan kepada Ahli Parlimen Panda Rafizi Ramli pada minggu lepas.
Terdapat 4 ahli Parlimen juga ditahan sebelum dan selepas perhimpunan Bersih 5 yang diadakan di Kuala Lumpur pada Sabtu.
Mereka adalah Anthony Loke (Seremban) dan Jimmy Wong (ahli Parlimen Kota Kinabalu) ditahan pada Jumaat, manakala Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin dan Tian Chua (Ahli Parlimen Batu) ditahan pada malam Sabtu.
Diketuai Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mereka berjalan kira-kira 1km ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, membawa sepanduk yang antara lain menuntut pembebasan Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dan menamatkan penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas ) 2012, atau Sosma terhadap pemberi maklumat.
Turut serta dalam pasukan itu ialah bekas timbalan perdana menteri dan Ahli Parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ahli DAP, Lim Kit Siang. Pemimpin PAS tunggal yang menyertai mereka adalah Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
Ini merupakan kali kedua ahli Parlimen pembangkang mengadakan perarakan ke Bukit Aman, April lalu dengan melibatkan kira-kira 50 ahli Parlimen bagi membantah penahanan Rafizi.
Read More / Baca Lagi >>

Ahli parlimen berarak ke Bukit Aman desak bebas Maria Chin

Posted: 21 Nov 2016 07:28 PM PST

'Tahan Maria bawah SOSMA tindakan zalim Najib,' - kata Dr M

Posted: 21 Nov 2016 07:00 PM PST

Dr M nafi beri kontrak tanpa kelulusan kabinet

Posted: 21 Nov 2016 07:00 PM PST

MPs march to Bukit Aman demanding Maria's release

Posted: 21 Nov 2016 06:58 PM PST

Habislah Najib: AS keluar dari TPPA pada hari pertama Trump bertugas

Posted: 21 Nov 2016 06:47 PM PST

Donald Trump akan memulakan proses membawa AS keluar dari Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik pada hari pertama memulakan tugasnya sebagai presiden, kata tokoh itu semalam.
Menggelarkan perjanjian ditandatangani 12 negara itu sebagai "potensi untuk bencana kepada negara kita" Trump berkata beliau akan memfailkan makluman pemberitahuan untuk menyatakan keinginan Washington menarik diri daripada perjanjian diusahakan Presiden Barack Obama seawal hari pertama beliau bertugas secara rasmi pada 20 Januari akan datang.
Sebagai pilihan kata Trump beliau akan mengusahakan perjanjian perdagangan yang "adil".
Melalui video dimuat naik untuk memaklumkan perkembangan terkininya menjalankan proses peralihan di Rumah Putih Trump berkata pasukannya "bekerja sangat lancar, cekap dan berkesan".
"Lelaki dan wanita yang benar-benar hebat dan berbakat dan sungguh patriotik sedang dibawa masuk dan tidak lama lagi akan menjadi sebahagian daripada kerajaan untuk membantu kita menjadikan Amerika hebat kembali," katanya.
Trump berkata beliau akan memulakan pentadbirannya dengan perintah eksekutif untuk membatalkan sekatan ke atas pengeluaran tenaga, termasuk syal dan arang batu bersih; memerlukan pemansuhan dua peraturan bagi setiap peraturan baru yang diwujudkan; memerintahkan Jabatan Pertahanan membangunkan pelan menghadapi serangan siber; dan mengarahkan siasatan terhadap penyalahgunaan program visa dan melaksanakan larangan melobi selama lima tahun ke atas bekas pegawai pentadbiran.

KESIAN UMNO....

Posted: 21 Nov 2016 06:08 PM PST

Selepas perhimpunan Bersih 5 yang terbukti mendapat sambutan cukup ketara daripada rakyat berbilang bangsa, bersungguh benar nampaknya UMNO mahu bekerjasama dengan Pas. 

Dalam waktu terdekat ini saja sudah dua pemimpin UMNO menyuarakan perlunya kerjasama itu demi perpaduan Melayu kononnya.
Dalam perhimpunan UMNO minggu depan, seruan ke arah kerjasama yang sebenarnya untuk menyelamatkan nyawa daripada kalah pilihanraya pasti lebih berdegar-degar lagi dentum-dentamnya.
Kesian...walaupun berkuasa sudah lama dan wang pula ada beribu-ribu juta, tapi masih lagi merintih-rintih mengharapkan cinta lama...

Malangnya, Pas sehingga ini belum tergerak hati lagi untuk menerima gamitan cinta daripada UMNO, sang kekasih lama itu.
Pemimpin-pemimpin Pas bukan saja menolak untuk bergabung, bahkan bekerjasama pun tak mahu juga.

Malah, diminta pula UMNO dibubarkan dan semua ahli-ahlinya disyaratkan masuk Pas.
Kehkehkeh.....
Loading...
Back To Top