RAKYAT MARHAEN |
- Menjelang Konvensyen Pakatan Harapan
- MUHYIDDIN TANGGUH SOKONG KERJASAMA DENGAN PAKATAN HARAPAN
- Langkah Muhyiddin condong ke Pas luas pengaruh?
- Hubungan Malaysia-China: Melayu dilatih miliki tabiat 'ikan'
- APA SALAHNYA JIKA SEJARAH YANG SAMA BERLAKU KEPADA NEGARA KITA?
- 1,000 DIJANGKA HADIR KONVENSYEN SULUNG PAKATAN HARAPAN
- Awan harap gabungan pembangkang lebih kukuh
- PANGGIL SAYA ANTIQUE, PUPPET, GIMMICK TAK DAPAT MENUTUP KESALAHAN NAJIB – TUN M
- PPBM sindir, hanya Malaysia selamat buat Jho Low
- Singapura secara rasmi namakan Jho Low terlibat kes 1MDB
- Malaysia sekali lagi tolak permintaan Swiss bantu siasat 1MDB
- Skandal 1MDB: Saya tak pernah kerja untuk Jho Low, kata bekas pengurus bank
- Skandal 1MDB: Bekas pegawai bank BSI Singapura dipenjara
- MP PKR disiasat di bawah Akta Hasutan kerana edar risalah BERSIH 5
- Aktivis pelajar ditahan di UIAM selepas solat Jumaat
- Populariti Tun M sangat ditakuti Najib, kata Nurul Izzah
- "Kita sudah ada Bersih 1, 2, 3, 4...tak jatuh pun kerajaan," kata Tony Pua
Menjelang Konvensyen Pakatan Harapan Posted: 11 Nov 2016 10:41 AM PST |
MUHYIDDIN TANGGUH SOKONG KERJASAMA DENGAN PAKATAN HARAPAN Posted: 11 Nov 2016 10:37 AM PST
PETALING JAYA: Rancangan untuk menandatangani 'perjanjian kerjasama' antara Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada konvensyen parti itu, Sabtu, belum dapat dilaksanakan, selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta penangguhan.
Sumber Pakatan Harapan berkata majlis menandatangani perjanjian untuk mengalu-alukan PPBM ke dalam keluarga Pakatan Harapan sepatutnya menjadi acara kemuncak konvensyen di mana Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyampaikan ucaptama. Muhyiddin telah bersetuju dengan rancangan itu pada mesyuarat dengan pemimpin tertinggi Pakatan Harapan pada petang Selasa. Sehari selepas mesyuarat itu, Muhyiddin telah berucap pada satu ceramah di Sijangkang, Kuala Langat, di samping Adun Meru Dr Rani Osman dan Ahli Dewan Undangan (Adun) Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi dari PAS. Adun Kota Anggerik, Yaakob Sapari (PKR), juga menjadi salah seorang penceramah. Keesokan harinya, Muhyiddin telah menghubungi pemimpin Pakatan Harapan bagi meminta penangguhan perjanjian kerjasama, bagaimanapun beliau menekankan bahawa beliau tidak mempunyai masalah dengan kandungannya. Difahamkan Muhyiddin menuntut lebih banyak perbincangan dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan mengenai hubungan mereka dengan DAP dan Amanah. Turut difahamkan bahawa Muhyiddin lebih berminat untuk membentuk pakatan pembangkangnya sendiri yang terdiri daripada PPBM, PKR dan PAS. Read More / Baca Lagi >> |
Langkah Muhyiddin condong ke Pas luas pengaruh? Posted: 11 Nov 2016 10:30 AM PST Rancangan Pakatan Harapan (Pakatan) untuk menandatangani perjanjian persefahaman diantara Pakatan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada konvensyen Pakatan Harapan esok (12 November 2016) mungkin terpaksa ditangguhkan di atas permintaan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yasin. Perjanjian ini dikatakan bakal menjanjikan perlawanan 1 lawan 1 diantara parti pembangkang dan Barisan Nasional. Perubahan di saat akhir Muhyiddin dipercayai berlaku selepas program beliau bersama pemimpin Pas dalam satu program ceramah yang turut dihadiri wakil PKR. Menurut sumber, Muhyiddin bercadang untuk menubuhkan satu gabungan beliau sendiri yang hanya dianggotai oleh Bersatu,Pas dan PKR dan mengabaikan DAP dan Amanah namun cadangan beliau ditolak oleh pimpinan Pakatan Harapan. Satu satunya penjelasan yang dapat saya fikirkan buat masa ini mengapa Muhyidin cuba untuk menyingkirkan DAP dan Amanah melalui idea membentuk kerjasama baru parti pembangkang tanpa melibatkan DAP dan Amanah adalah bermula dari krisis dalaman parti Bersatu sendiri sekaligus dilihat sebagai langkah beliau untuk mengukuhkan kedudukan dalam gabungan parti parti pembangkang. Read More / Baca Lagi >> |
Hubungan Malaysia-China: Melayu dilatih miliki tabiat 'ikan' Posted: 11 Nov 2016 10:29 AM PST Tabiat' bangsa Melayu seperti seekor ikan yang akan 'melompat' ketika tuannya memberi makan antara sebab negara China hari ini bersedia menjalinkan kerjasama dengan Malaysia, kata bekas veteran Umno Tan Sri Sanusi Junid. Beliau berkata bangsa Melayu tanpa mengira kedudukan dan pangkat akan 'melompat' seperti ikan apabila mendengar ada 'King' yang membawa 'cash'- dalam budaya 'cash is King.' "Apabila negara China melihat budaya 'Cash' atau wang boleh menjadi 'King' atau raja, maka terlintaslah di hati mereka untuk menawarkan 'Cash' kepada 'ikan-ikan' di Malaysia kerana mereka tahu 'budaya Wang' boleh membeli segala-galanya itu sudah mula menular dalam darah daging bangsa Melayu. "Apabila idea 'Cash is King' sudah menjadi budaya maka yang ada 'Cash' akan menjadi tuan. Dan yang paling banyak 'Cash' di dunia masakini ialah negara China, maka bangsa Melayu dalam Umno perlu bertanya sama ada mereka sudah sanggup mengorbankan ketuanan Melayu untuk menerima, bukan China Malaysia sebagai tuan, tetapi 'Ketuanan Bangsa China di Komunis China?," soalnya ahli seumur hidup Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ini. Beliau berkata demikian dalam blognya hari ini yang menceritakan ketika beliau menjawab Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar semasa melawat ke Vietnam pada 1989 untuk menghadiri satu persidangan Center fot Integrated Rural Development for Asia and the Pasific (CIRDAP). Beliau dan delegasi negara berkesempatan melawat rumah Ho Chi Minh dan diberitahu pegawai pemandu kediaman tersebut bahawa Ho Chi Minh sangat gemar kepada ikan dan amalannya setiap pagi ialah untuk pergi ke tepi kolam dan memberi makanan kepada ikan. Tetapi, sebelum makanan dicampak ke dalam kolam Ho Chi Minh terlebih dahulu menepuk tangannya. Dari pemerhatian tabiat ikan dalam kolamnya inilah Uncle Ho (nama kegemaran untuk rakyat Vietnam) melihat satu persamaan dengan perangai manusia. Manusia, seperti ikan, akan mendatangi apabila ada saja signal yang menunjukkan tanda dan arah satu-satu habuan dapat diperolehi olehnya. Cerita Sanusi lagi, berasaskan kesedaran sikap manusia yang sedemikian maka Ho Chi Minh telah melatih kader-kader parti komunisnya sehingga budaya mengikut tanpa berfikir, dan hanya kerana dorongan kepuasan nafsu, seperti ikan, tidak menjadi budaya pejuang tentera gerila Vietnam yang mahu menang mengalahkan Amerika Syarikat. Oleh itu usaha menawarkan kemewahan, pujian, pangkat sumber kepuasan nafsu seksual, oleh pihak musuh, tidak mempengaruhi pejuang Vietnam; dan minoriti yang terpengaruh dengan budaya ikan dapat dimusnahkan oleh pejuang Vietnam. "Sudah tentu semua ikan yang melompat waktu kami melawat kolam ikan itu pada tahun 1989 bukanlah ikan yang sama dengan yang diberi makan oleh Ho Chi Minh 20 tahun lebih yang lalu, sebelum beliau meninggal dunia pada tahun 1969. "Jawab pemandu kami, ikan-ikan ini adalah lebih dari 20 keturunan ikan yang terdahulu. Kini kita tidak perlu beri makanan lagi kepada ikan di kolam jika kita mahu ikan itu melompat; kita hanya perlu menepuk tangan. Sebabnya ialah kerana respon 'melompat apabila mendengar tepukan sudah menjadi budaya kepada ikan di kolam Ho Chi Minh. Keadaan ikan di dalam kolam tidak lagi menunggu makanan tetapi sekadar menunggu tepukan saja untuk mereka melompat,' ujarnya. Justeru terang Sanusi lagi, semua pemimpin China di berbagai peringkat yang berfahaman komunis seperti fahaman Ho Chi Minh, sudah tentu mempelajari pengalaman yang luar biasa yang dilalui oleh Ho Chi Minh dari perangai ikan di kolamnya. "Pakailah songkok, kupiah atau mahkota, dan bawalah keris, pedang atau apa jua senjata, asal kita tidak menjadi budak kepada negara lain. "Dulu Amerika Syarikat menjadi pelindung pemimpin kita sehingga kerajaan Malaysia sanggup mengorbankan kepentingan negara dengan menantangani TPPA. "Kini negara China pula menjadi tempat sandaran maruah bangsa Melayu dan negara Malaysia. "Pemberian BR1M sebagai 'dedak', jika banyak dipanggil 'derma', dalam bentuk-bentuk lain juga, jika berterusan, akan menjadi satu latihan dalam menyuburkan budaya bangsa Melayu untuk patuh kepada yang memberi secara tidak ikhlas, dan dipenghujungnya siapa yang tepuk tanganlah yang menjadi tuan kepada bangsa Melayu yang sudah biasa dimanjakan untuk menerima 'hadiah' sebagai upah untuk mendapat sokongan. Read More / Baca Lagi >> |
APA SALAHNYA JIKA SEJARAH YANG SAMA BERLAKU KEPADA NEGARA KITA? Posted: 11 Nov 2016 10:27 AM PST Beliau yang juga Naib Presiden UMNO mengingatkan, UMNO perlu bersedia menghadapi persaingan mencabar itu bagi mengelak ia menerima nasib seperti Golkar di India, Kongres di India, LDP di Jepun dan Koumintang di Taiwan yang kalah dalam pilihanraya.
Mandat lima tahun sudah hampir dua pertiga hayatnya...ini bermakna UMNO perlu mendapat mandat baru, tapi ia bukanlah semudah yang kita impikan, katanya lagi.
Ingatan Hishammuddin itu tentunya tidak lain untuk memberi semangat kepada ahli-ahli UMNO agar terus bekerja keras lagi kiranya ingin mengekalkan kuasa yang ada sekarang.
Jika tidak, bersedialah hilang kuasa seperti yang dialami oleh Golkar, Kongres, LDP dan Koumintang. Itulah matlamat beliau.
Memang hakikat mengenai titipan sejarah itu barangkali sudah pun difahami oleh ramai orang. Ia bukanlah sesuatu yang asing.
Tetapi, apa yang Hishammuddin tidak beritahu ialah apakah rakyat dan negara Indonesia, India, Jepun serta Taiwan menjadi lebih buruk dan mereka semakin mundur ke belakang berikutan kalahnya parti-parti tersebut?
Adakah negara-negara tersebut telah hancur hanya kerana kalahnya sebuah parti yang selama ini menguasai kerajaan?
Read More / Baca Lagi >>
|
1,000 DIJANGKA HADIR KONVENSYEN SULUNG PAKATAN HARAPAN Posted: 11 Nov 2016 10:25 AM PST SHAH ALAM – Pakatan Harapan akan menganjurkan konvensyennya buat pertama kali pada Sabtu ini.
"Konvensyen akan dihadiri 1,000 anggota daripada ketiga-tiga parti Pakatan Harapan (PKR, DAP dan Parti Amanah Negara) dan tetamu undangan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Antara yang akan hadir pada perbahasan dalam konvensyen itu termasuk Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Muhamad Sabu. Difahamkan, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yasin juga akan memberikan ucapan pada konvensyen tersebut. Menurut Saifuddin lagi, Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad akan turut menyampaikan Pidato Khas di konvensyen itu nanti. |
Awan harap gabungan pembangkang lebih kukuh Posted: 11 Nov 2016 10:23 AM PST "Konvensyen ini untuk memantapkan lagi gabungan pembangkang di negara kita terutama hubungan ketiga-tiga parti iaitu Amanah, PKR dan DAP dalam Pakatan Harapan. "Kita harap hasil konvensyen ini rakyat melihat satu kekuatan sebab rakyat meletakkan harapan besar kepada Pakatan Harapan," ujarnya ketika ditemui Malaysia Dateline hari ini selepas sidang media isu pengusiran keluarga bekas AJK masjid di Subang hari ini. Mengulas dakwaan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menarik diri daripada menyertai Pakatan Harapan, beliau berharap bahawa itu bukannya keputusan muktamad bekas Timbalan Perdana Menteri itu. "Tindakan Muhyiddin di saat-saat akhir itu mungkin tidak berpanjangan. Kita harap itu bukannya keputusan mutlak beliau. "Kita mahu semua rakan dalam parti pembangkang dapat bersama dalam satu gabungan besar lagi kukuh untuk menjatuhkan Umno-BN. Hanya pakatan dalam gabungan yang besar sahaja dapat kita mencapai tujuan tersebut," jelasnya. Ditanya tentang gabungan berkenaan tanpa penglibatan Pas, Ustazah Mariam yang juga AJK Amanah Negeri Selangor berkata, sikap menolak parti itu menggambarkan Pas tidak mengutamakan kepentingan rakyat. "Pas sudah berkali-kali kita ajak buka pintu tetapi pemimpin mereka mengeluarkan pelbagai kenyataan. Pada saya, kita tidak cukup masa sebenarnya. Rakyat sudah cukup tertindas dan dizalimi oleh kepimpinan negara pada masa ini. "Kalau ada parti seperti ini, mereka tidak melihat pada kepentingan rakyat. Sepatutnya ketepikan kepentingan diri. Letakkan pada keutamaan negara," tegasnya lagi. |
PANGGIL SAYA ANTIQUE, PUPPET, GIMMICK TAK DAPAT MENUTUP KESALAHAN NAJIB – TUN M Posted: 11 Nov 2016 10:21 AM PST
1. Amatlah menyedihkan kerana kemampuan jurucakap Kerajaan Najib amat terhad.
4. Kata pepatah Melayu anjing menyalak, bukit tak akan runtuh. Saya terima baik gelaran yang diberi kepada saya kerana ia sebenarnya adalah pengakuan bahawa segala dakwaan oleh saya dan oleh lain-lain pihak memang benar dan tidak dapat dinafikan. |
PPBM sindir, hanya Malaysia selamat buat Jho Low Posted: 11 Nov 2016 10:17 AM PST Datuk Kamarudin Md Nor berkata pada masa ini hanya Malaysia yang masih melindungi Low atau popular dengan nama Jho Low itu dengan tiada siasatan atau tindakan diambil terhadapnya.
PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mendakwa hanya Malaysia tempat selamat untuk ahli perniagaan, Low Taek Jho ketika siasatan terhadapnya dijalankan di peringkat antarabangsa berhubung kes pengubahan wang haram berkait dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Ketua penerangannya, Datuk Kamarudin Md Nor berkata pada masa ini hanya Malaysia yang masih melindungi Low atau popular dengan nama Jho Low itu dan tiada siasatan atau tindakan diambil terhadapnya. "Satu negara lagi mencari Jho Low, semakin lama semakin berkurang negara yang selamat buat dia dan apa yang saya perhatikan, Malaysia tempat paling selamat. "Kita nak beritahu Jho Low, baliklah, pulang ke negara. Dia sudah tidak selamat lagi di luar negara sebab ramai pihak cari dia sekarang ini," katanya kepada FMT. Unit jenayah kolar putih Singapura yang pertama sekali mengenal pasti Jho Low sebagai individu penting yang terbabit dalam siasatan pengubahan wang haram di republik itu. Pendedahan berkenaan dibuat seorang penyiasat dalam perbicaraan kes pengubahan wang haram berprofil tinggi membabitkan seorang bekas pengurus bank swasta Switzerland, BSI di Singapura. Kamarudin berkata beliau juga hairan dengan sikap dan pendekatan kerajaan Malaysia dalam menangani isu ini dan dengan sinis menyifatkannya sebagai perkara "hairan bin ajaib". Read More / Baca Lagi >> |
Singapura secara rasmi namakan Jho Low terlibat kes 1MDB Posted: 11 Nov 2016 02:19 AM PST Pihak berkuasa Singapura turut membekukan aset Low, bagaimanapun pemuda berusia 34 tahun itu tidak berdepan sebarang pertuduhan dalam siasatan ke atas 1MDB.
SINGAPURA: Unit jenayah kolar putih Singapura julung kali mengenal pasti ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho sebagai orang penting dalam siasatan pengubahan wang haram dikaitkan dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Pendedahan itu dibuat seorang penyiasat dalam perbicaraan kes pengubahan wang haram berprofil tinggi membabitkan seorang bekas pengurus bank swasta Switzerland, BSI, di Singapura. Low yang lebih dikenali sebagai Jho Low antara orang yang dinamakan dalam saman sivil difailkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) yang mendakwa lebih AS$3.5 bilion diseleweng daripada 1MDB. Pihak berkuasa Singapura turut membekukan aset Low, bagaimanapun pemuda berusia 34 tahun itu tidak berdepan sebarang pertuduhan dalam siasatan ke atas 1MDB. 1MDB diasaskan Najib yang pernah mempengerusikan lembaga penasihat syarikat itu, kini terbabit dalam siasatan pengubahan wang di sekurang-kurangnya 6 negara, termasuk Switzerland, Singapura dan Amerika Syarikat. Najib yang menafikan sebarang salah laku berjanji Malaysia akan bekerjasama dalam mana-mana siasatan antarabangsa. Oh Yong Yang, seorang pegawai polis Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) memberitahu sebuah mahkamah di Singapura yang Low disiasat sejak 2015. "Low Taek Jho adalah orang berkepentingan utama dalam siasatan kami dan dia juga adalah orang berkepentingan dalam siasatan berkaitan bidang kuasa lain…Ia bermula pada 2015." Beliau berkata demikian pada perbicaraan Yeo Jiawei, bekas pengurus bank BSI yang berdepan 4 pertuduhan berkaitan cubaannya memutar belit proses keadilan dengan memujuk saksi berbohong kepada polis dan memusnahkan bukti. Read More / Baca Lagi >> |
Malaysia sekali lagi tolak permintaan Swiss bantu siasat 1MDB Posted: 11 Nov 2016 02:16 AM PST Peguam negara Switzerland berkata, keputusan Kuala Lumpur itu tidak akan menghalang siasatan terbabit kerana mereka turut bekerjasama dengan negara lain dalam kes berkenaan.
Bagaimanapun, Peguam Negara Switzerland, Michael Lauber berkata, keputusan Kuala Lumpur itu tidak akan menghalang siasatan terbabit kerana mereka turut bekerjasama dengan negara lain dalam kes berkenaan. "Kami hormat keputusan bebas Malaysia berhubung perkara ini. Bagaimanapun, pihak berkuasa Malaysia kekal bebas menggunakan maklumat yang diberikan dalam permohonan bantuan Switzerland untuk siasatan mereka," kata Lauber yang mengesahkan laporan Financial Times (FT). "Apa yang pasti ialah prosiding jenayah kami sendiri untuk mengekalkan integriti sistem kewangan Swiss akan diteruskan. Kami akan meminta bantuan negara-negara lain, contohnya Singapura yang kita sudah kerjasama dengan baik, bidang kuasa Eropah lain dan Amerika Syarikat." FT memetik Jabatan Peguam Negara Malaysia sebagai berkata, ia tidak boleh menerima permohonan Switzerland kerana siasatan jenayah berterusan Polis Diraja Malaysia ke atas perkara berkaitan 1MDB. Malaysia komited bekerjasama dengan rakan kongsi antarabangsa dan "tiada isu Malaysia menyekat siasatan jenayah Switzerland," kata jabatan itu kepada FT. Satu sumber yang biasa dengan perbincangan itu memberitahu Reuters yang pegawai-pegawai Switzerland secara tidak langsung menyuarakan harapan Malaysia akan bekerjasama, tetapi secara peribadi Malaysia meminta Swiss menghentikan siasatan mereka. Pegawai Malaysia tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen. Read More / Baca Lagi >> |
Skandal 1MDB: Saya tak pernah kerja untuk Jho Low, kata bekas pengurus bank Posted: 11 Nov 2016 02:14 AM PST Yeo Jiawei berkata, dia sekadar pekerja sokongan yang akan melaksanakan keputusan bosnya.
SINGAPURA: Bekas pengurus bank swasta Switzerland, BSI, di Singapura, Yeo Jiawei memberitahumahkamah hari ini dia tidak pernah bekerja untuk ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho yang lebih dikenali Jho Low. Yeo ketika memberi keterangan untuk perbicaraannya berkata, dia "tidak pernah menerima 1 sen pun daripada Jho Low sebelum ini", menurut laporan Business Times Singapura (BT). Semalam, mahkamah dimaklumkan Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) polis di Singapura menyiasat Low berhubung satu dakwaan pengubahan wang haram dikaitkan dengan 1MDB. Pada 1 November lalu, bekas penyelia Yeo di BSI, Kevin Swampillai ketika memberi keterangan berkata, Yeo biasanya menggelar Low sebagai "bos" dan beliau percaya Yeo bersama Low selepas meninggalkan BSI. Yeo dibicarakan atas dakwaan menghalang proses keadilan dalam siasatan pengubahan wang haram dan rasuah 1MDB, termasuk memujuk saksi berbohong kepada polis dan memusnahkan bukti. Yeo hari ini menafikan dia mengarahkan bekas Ketua Pengagihan Pendapatan, Samuel Goh Sze-Wei memusnahkan dokumen, apabila siasatan CAD berhubung urus niaga mereka bertukar serius. Menurut laporan BT, Yeo memberitahu mahkamah ia "tidak adil" untuk Goh, Swampillai dan seorang lagi saksi, Jose Renato Carvalho Pinto, menyalahkan dia. Read More / Baca Lagi >> |
Skandal 1MDB: Bekas pegawai bank BSI Singapura dipenjara Posted: 11 Nov 2016 02:12 AM PST Yak Yew Chee, yang sebelum ini naib presiden kanan di BSI Singapura juga bertindak sebagai pegawai bank persendirian kepada ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho.
SINGAPURA: Mahkamah di republik ini menjatuhkan hukuman penjara 18 minggu ke atas bekas pegawai bank yang mengendalikan akaun bank BSI yang ada kaitan dengan 1MDB – atas kesalahan pemalsuan dan gagal mendedahkan transaksi mencurigakan. Yak Yew Chee sebelum ini naib presiden kanan di BSI Singapura, juga pegawai bank persendirian kepada ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho yang digambarkan oleh pihak berkuasa Singapura sebagai individu utama dalam siasatan aktiviti pengubahan wang haram berkaitan 1MDB. Diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mempengerusikan lembaga penasihatnya, 1MDB kini tertakluk kepada beberapa siasatan pengubahan wang haram di sekurang-kurangnya 6 negara termasuk Switzerland, Singapura dan Amerika Syarikat. Najib menafikan semua tuduhan salah laku dan berkata Malaysia akan bekerjasama dengan semua siasatan antarabangsa. Yak mengaku bersalah atas 4 daripada 7 pertuduhan yang dikenakan terhadapnya di mahkamah. Dia juga didenda AS$17,000. Dua pertuduhan berkaitan dengan pemalsuan surat rujukan catatan untuk keluarga Low dan 2 lagi kerana tidak mendedahkan sejumlah besar wang – yang didakwa hasil perbuatan jenayah – memasuki menerusi bank BSI di Singapura. Read More / Baca Lagi >> |
MP PKR disiasat di bawah Akta Hasutan kerana edar risalah BERSIH 5 Posted: 11 Nov 2016 02:07 AM PST |
Aktivis pelajar ditahan di UIAM selepas solat Jumaat Posted: 11 Nov 2016 02:06 AM PST |
Populariti Tun M sangat ditakuti Najib, kata Nurul Izzah Posted: 11 Nov 2016 02:05 AM PST |
"Kita sudah ada Bersih 1, 2, 3, 4...tak jatuh pun kerajaan," kata Tony Pua Posted: 11 Nov 2016 02:04 AM PST |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. |
Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |