Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Polis panggil Syed Saddiq pasal surat terbuka pada Sultan Johor

Polis akan memanggil Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk diambil keterangan dalam siasatan berhubung kandungan surat terbukanya yang ditujukan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar
Loading...
berkata siasatan dibuat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan. Polis telah menerima beberapa laporan berhubung perkara itu, katanya kepada Bernama Ahad.
"Saya ingin menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dalam membuat sebarang komen terhadap raja dan institusi raja," katanya.
Dalam surat terbuka yang dimuat naik di laman Facebooknya, Syed Saddiq yang merupakan Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia, antara lain dikatakan mengkritik larangan mengadakan demonstrasi di Johor yang dititahkan Sultan Johor pada Khamis lepas.
Loading...
Back To Top