Loading...
Semalam, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan, jumlah pendapatan menerusi kesemua pelaburan yang dibuat oleh KWSP mencatatkan peningkatan keuntungan 29 peratus atau RM 12.32 bilion untuk suku ketiga yang berakhir 30 September lalu.
Peningkatan ini disifatkan ramai pemerhati sebagai yang terbaik pernah dicatatkan oleh sebuha syarikat pemegang amanah pencen negara ini. Lebih menarik, ianya jauh lebih tinggi daripada apa yang dicatatkan sehingga akhir bulan Disember, 2015.
Dalam hal ini, timbul persoalan, di manakan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli? Umum sedia maklum bahawa Rafizi antara individu yang cukup giat menghentam KWSP selain KWAP, LTAT dan Tabung Haji. Terlalu banyak fitnah ditaburkan oleh Ahli Parlimen PKR berkenaan sehingga ada yang sanggup mengeluarkan simpanan mereka dari Tabung Haji hanya kerana termakan fitnah Rafizi.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini Rafizi acapkali menyerang KWSP dengan melemparkan tuduhan kononnya pelaburan KWSP menemui kerugian, gagal untuk meraih keuntungan, menggunakan wang simpanan pekerja untuk kegunaan Perdana Menteri dan isteri dan banyak lagi tuduhan-tuduhan liar yang langsung tidak berasas.
Malah, dalam Konvensyen Pakatan Harapan baru lalu, dia secara terbuka mendakwa, KWSP tidak mungkin akan mencatatkan keuntungan akibat kegagalan pengurusan KWSP menguruskan pelaburan luar mereka disamping pengambilan dana oleh kerajaan untuk membayar hutang-hutang negara.
Menghairankan, sebaik sahaja KWSP mengumumkan kejayaan mereka meraih keuntungan besar menerusi pelaburan mereka, Rafizi terkedu dan terdiam. Dia masih belum lagi disumbatkan kedalam penjara akibat kesalahan mendedahkan dokumen sulit kerajaan, namun dia secara tiba-tiba hilang entah kemana sebaik sahaja KWSP mengumumkan keuntungannya.
Apa lagi helah dan tipu daya Rafizi selepas ini? Masih mahu menuduh KWSP gagal dan tidak mungkin mencatatkan keuntungan? Atau, mungkin sahaja Rafizi sedang mencari helah baru dengan cuba mereka-rekakan cerita untuk memburukkan KWSP, KWAP, LTAT dan Tabung Haji? Tidak hairanlah Rafizi kini dilabel sebagai Raja Penipu dan Pembohong Malaysia!