Inilah masaalahnya apabila sebelum dapatkan mandat rakyat bukan main berjanji bulan dan bintang..! Apabila selesai dan dapat mandat...lupa janji yang dah dimetrai..!
Bodohlah jika tutup IPG S'wak , kata Adenan
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dilaporkan menolak rancangan kerajaan Persekutuan untuk menukar dua buah Institut Pendidikan Guru (IPG) Sarawak kepada kolej vokasional dengan menyifatkan tindakan itu sebagai 'bodoh'.
The Borneo Post hari ini memetik kenyataan Adenan sebagai berkata, bilangan IPG tidak perlu dikurangkan kerana boleh membahayakan matlamat kerajaan untuk mencapai nisbah 9:1 bagi guru-guru dari Sarawak dan bukan Sarawak yang berkhidmat di negeri ini.
"Saya telah menulis surat kepada perdana menteri untuk memaklumkan bahawa cadangan menukar dua kolej latihan guru (di Sarawak) ke sekolah teknik adalah bodoh.
"Saya tahu betapa pentingnya pendidikan teknikal tetapi tidak perlu dilakukan dengan mengorbankan dua kolej latihan guru," Adenan dilaporkan berkata semasa merasmikan sambutan peringkat negeri Hari Wanita 2016, semalam.
Loading...
Arial, sans-serif; font-size: 16px; margin-bottom: 25px; margin-top: 15px;">"Oleh itu, saya gesa kerajaan (Persekutuan) untuk mengubah keputusan ini," katanya.
Kementerian Pelajaran dalam kenyataan pada 29 Oktober yang lalu menjelaskan tidak ada IPG di negara ini akan ditutup, di tengah-tengah kekeliruan Bajet 2017 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Manifestasi kemarahan pemimpin dan rakyat Sarawak terhadap pentadbiran Najib..! Bagi Denan dan rakyat Sarawak...mereka telah membuktikan sokongan dalam pilihanraya negeri yang lalu..! Denan pun dah dapat mandat 5 tahun..! tapi dalam pilihanraya umum Parlimen akan datang..? tak tahu ler..!
Seperkara lagi, mungkin juga pasukan jinak baju merah yang diketuai oleh pak tongkol boleh mengmbil peluang dan ruang mengangkut seberapa ramai pencacai untuk membuat demo di Kuching pulak..! Ini pun kira peluang niaga yang baik..!
Dalam usaha dan berlumba untuk menjadi balaci@macai terbaik tentunya tiket penerbangan dan penginapan di Kuching menjadi petunjuk dan indicator penting dalam menentukan KPI mereka..! Tahap KPI pasti membezakan tahap sampul dedak yang mereka nikmati..! Tak gitu?
Lu Fikir La Sendiri!!!
Loading...