Loading...
KL: Apa yang dilakukan pemimpin PAN di Kelantan sekarang seolah-olah dilihat mereka bekerja untuk Umno bagi menumbangkan kerajaan di bawah pimpinan ulama. Demikian kata Dr Kamarul Zaman Yusoff, Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia (UUM).
Menurutnya juga, biar pun impian Parti Amanah Negara (PAN) menggantikan PAS bagi menguasai gelanggang politik Islam, namun tidak sampai setahun penubuhannya, parti itu dikatakan dilanda masalah.
Katanya isu utama yang mengugat kredibiliti parti itu apabila pengerusi PAN Kelantan sejak tahun lepas mendakwa 10 wakil rakyat PAS akan menyertai parti tersebut.
“Apabila conggakan itu tidak menjadi biarpun acap kali disebut, ia memberi imej negetif kepada sebuah parti yang baharu ditubuh,” katanya pada wacana anjuran Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG) di JKR 10 malam tadi.
Difahamkan beberapa pemimpin PAN Kelantan yang dilantik ketika awal penubuhannya kini dipinggir kerana dikatakan tidak sebulu dengan pemimpin utama.
Malah lebih parah lagi parti baharu itu berhadapan masalah kewangan bagi mengurus kelangsungan parti.
Wacana itu dimoderatorkan Timbalan Pengarah IPTG Mohd Fadhli Ghani. Hadir sama wakil-wakil rakyat, Pengarah Pusat Kajian Strategik Kelantan Dr Wan Nik Wan Yussof dan Pengarah Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Zainiah Halim. Sumber Harakah.
Loading...