Loading...
MiLo SuaM |
Rakaman CCTV, pemilik kedai melawan ditetak berulang kali Posted: 24 Nov 2016 07:22 PM PST RAKAMAN CCTV kejadian samun bersenjata yang dikatakan berlaku di Kedai Runcit Mamak, Jalan Besar Utama Kampung Melayu Majidee Johor Baru menyaksikan bagaimana pemilik kedai yang cuba melawan ditetak berulang kali oleh penjenayah.
Salah seorang daripada dua penjenayah memakai helmet bagi menyembunyikan identiti dilihat menetak pemilik kedai, manakala seorang lagi merompak duit di kaunter.
Semakin hari semakin banyak kejadian jenayah berlaku. Ini menandakan keadaan ekonomi negara ini semakin teruk. Jenayah dan ekonomi berkadar songsang — semakin teruk ekonomi negara, semakin banyak kejadian jenayah.
Rakyat yang tertekan dan terhimpit dengan kos hidup yang semakin tinggi jika tidak berfikir panjang, boleh bertindak nekad untuk melakukan jenayah bagi meneruskan tuntutan hidup (survival).
|
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. |
Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Loading...