Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Pegawai JPJ pecah kepala dilenyek lori dekat Tol Setia Alam

Posted: 23 Nov 2016 12:06 AM PST

SEORANG pegawai JPJ pecah kepala dikatakan dilenyek oleh sebuah lori yang ditahannya. Aku dapat maklumat ni daripada Whatsapp kejadian dikatakan berlaku sebentar tadi berhampiran Tol Setia Alam.


Difahamkan seorang pegawai JPJ berada di sebelah kanan manakala seorang lagi di sebelah kiri lori yang ditahan sebelum itu.

Salah seorang pegawai berada sebelah kanan, mengarahkan lori untuk bergerak ke hadapan, namun mangsa yang berada di hadapan kiri lori tersebut memandang ke arah depan tidak sedar lori sedang bergerak mengakibatkan dia dilenyek tayar lori berkenaan.


Takziah kepada keluarga Arwah, semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatiha.


Sukarelawan Bersih 5 asing sampah dengan baik — Pekerja Alam Flora

Posted: 22 Nov 2016 09:05 PM PST

PEKERJA daripada Alam Flora, dilaporkan antara yang terlibat membersihkan sampah sarap yang terhasil daripada himpunan Bersih 5 pada 19 November 2016 yang lalu.

Bagaimanapun mereka mendakwa sukarelawan Bersih 5 melakukan tugas yang begitu baik mengutip, mengumpul dan mengasingkan sampah sarap yang telah dibuang oleh peserta Himpunan Bersih 5.


"Mereka ada sistem yang
Loading...
baik — terdapat banyak tempat pembuangan sampah diletakkan merata lokasi bagi memudahkan orang membuang sampah, mereka juga ada sukarelawan yang mengutip sampah" lapor The Star memetik kata pekerja Alam Flora yang enggan dikenali.

"Berbeza sekali dengan Padang Merbok (tempat himpunan Baju Merah), banyak sampah sarap terutama botol plastik dan plastik pembungkus makanan dibuang merata-rata di tepi-tepi jalan dan di dalam longkang" tambahnya lagi.

Sebelum ini Portal The Star ada melaporkan bahawa, sukarelawan Bersih 5 dibahagikan kepada 4 zon untuk mengutip sampah sarap selepas perhimpunan berlangsung.

Mereka menyediakan papan tanda tempat membuang sampah, dan juga kantung dan karung bagi memudahkan orang ramai membuang sampah.

Sumber — The Star 

Ratusan wanita berarak ke parlimen tuntut bebaskan Maria Chin

Posted: 22 Nov 2016 07:37 PM PST

SEBENTAR tadi ratusan wanita yang majoritinya berpakaian kuning termasuk memakai T Shirt Bersih 5, berarak ke parlimen menuntut pembebasan pengerusi Bersih, Puan Maria Chin Abdullah.

Kumpulan besar wanita itu berarak sambil menyanyi menuntut Maria dibebaskan dan menggesa Akta Sosma dimansuhkan.


Puan Maria Chin seorang ibu tunggal berusia 60 tahun ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) Sosma 2012 yang membolehkan beliau ditahan selama 28 hari tanpa bicara.

Akta Sosma ini mendapat tentangan sengit daripada pihak pembangkang semasa ia dibentangkan di parlimen pada tahun 2012. Pihak pembangkang bimbang Akta ini kelak akan disalah gunakan bagi menzalimi pihak yang tidak sependapat atau mengkritik kerajaan.

Pihak BN pula bersungguh-sungguh menyokongnya. Mereka beri jaminan Sosma hanya akan digunakan untuk menangkap pengganas. 

Hari ini kebimbangan pihak pembangkang jelas sekali terbukti berasas, seorang nenek berusia 60 tahun ditahan di bawah akta itu hanya kerana berbeza pendapat dengan kerajaan, hanya kerana menganjurkan perhimpunan yang jelas dibolehkan dalam perlembagaan.

Penahanan Maria Chin di bawah Akta Sosma satu kezaliman, salahguna kuasa dan penindasan yang jelas, nyata terang benderang seperti matahari.


Loading...
Back To Top