Loading...
MiLo SuaM |
|
Dr Mujahid pula difitnah kerana bergambar dengan anak saudara OKU Posted: 21 Nov 2016 10:44 PM PST JIKA semalam pasangan suami isteri yang hadir Himpunan Bersih 5 difitnah melakukan maksiat,
Kali ini Dr Mujahid Yusof Rawa pula difitnah kerana bergambar dengan seorang budak perempuan Orang Kelainan upaya, OKU yang juga merupakan anak saudaranya.
Gambar Mujahid dan budak perempuan tersebut disebarkan di media sosial memfitnah kononnya Naib Presiden AMANAH itu mengambil kesempatan berkepit dengan amoi dalam Himpunan Bersih 5, pada 19 November 2016 yang lalu.
Bagaimanapun, Dr Mujahid menjelaskan bahawa budak perempuan yang dikatakan amoi itu sebenarnya adalah anak saudara beliau, Nazirah namanya.
Nazirah tidak pernah ketinggalan menyertai himpunan sejak Himpunan Bersih 1 lagi, dia datang dibawa oleh bapanya.
|
| You are subscribed to email updates from MiLo SuaM. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. |
Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |
Loading...