MiLo SuaM |
- Suami isteri sertai Himpunan Bersih 5 dituduh buat maksiat
- Warga emas penyokong Bersih dipaksa sarung Baju Merah
- Penyokong Baju Merah doakan Datuk Jamal dibuka pintu hati (video)
- Maria Chin kena SOSMA, Khairy Jamaluddin kena kutuk
- Pemimpin Baju Merah kutuk diri sendiri pun penyokong pakat sokong
Suami isteri sertai Himpunan Bersih 5 dituduh buat maksiat Posted: 21 Nov 2016 01:17 AM PST PASANGAN suami isteri yang bersama-sama turun ke Himpunan Bersih 5 19 November 2016 yang lalu, jadi mangsa fitnah sebuah halaman facebook yang menyokong Najib Razak, apabila mereka dituduh melakukan maksiat.
Laman facebook Belia Bangkit dengan profile picture #BeStrong PM itu menyiarkan sebuah poster dengan tulisan
"Bersih 5 Medan maksiat, Pesta maksiat besar-besaran, cara halus DAP menghasut Melayu,"
Poster itu memaparkan gambar wanita bertudung hitam berpakian kuning duduk di atas pangku suaminya yang juga memakai baju kuning dipercayai diambil ketika berlangsungnya Himpunan Bersih 5 tempoh hari.
Bagaimana pun, tuan punya diri telah membalas dalam kiriman tersebut mendedahkan perkara sebenar bahawa itu adalah gambarnya bersama suami. Dia turut mengancam akan membuat laporan polis terhadap laman facebook tersebut.
Difahamkan pasangan itu baru sahaja mendirikan rumahtangga, si isteri bersetuju untuk mengikut ajakan suaminya untuk turun ke Himpunan Bersih 5 pada 19 November lalu.
Almaklumlah orang baru dirikan rumahtangga, jadi mesra dan manja lebih sikit, malangnya ada pihak yang mencari kesempatan sengaja menabur fitnah untuk memburukkan Himpunan Bersih 5.
|
Warga emas penyokong Bersih dipaksa sarung Baju Merah Posted: 20 Nov 2016 10:49 PM PST SEORANG warga emas penyokong Bersih dikasari dan dipaksa untuk menyarung Baju Merah, oleh sekumpulan samseng Baju Merah di depan orang ramai ketika berlangsungnya Himpunan Bersih 5 19 November 2016 di Kuala Lumpur.
Barangkali malu kerana jumlah penyokong Baju merah yang terlalu sedikit jumlahnya, Samseng Baju Merah memaksa warga emas tersebut untuk membuka baju kuning Bersih 5 yang dipakainya, sebelum dia kemudiannya dipaksa untuk sarung Baju Merah.
Kumpulan samseng Baju Merah yang mengasari warga emas tersebut cuba menghalang pihak media daripada merakam kejadian itu, bagaimana pun ada satu sudut yang mereka telah terlepas pandang.
Saksikan video-video di bawah.
Video 1 — Samseng Baju Merah halang pihak media daripada merakam perbuatan jahat mereka.
Video 2 — Pihak media dari The Star berjaya rakam perbuatan jahat Samseng Baju Merah dari arah belakang.
|
Penyokong Baju Merah doakan Datuk Jamal dibuka pintu hati (video) Posted: 20 Nov 2016 09:48 PM PST TIDAK dapat dipastikan, apa sebenarnya yang sedang berlaku di Bangunan Umno, PWTC tempat penyokong Baju Merah berkumpul sebelum berarak ke Padang Merbok. Mereka dilihat dalam rakaman video seperti sedang berdoa semoga dibukakan pintu hati Datuk Jamal untuk sertai Himpunan Baju Merah. Aku tak pasti apa yang berlaku, salah seorang peserta Baju Merah yang mengaku sebagai Ketua Pemuda Umno, Bukit Bintang dalam doanya, terjerit-jerit memohon kepada Allah di tengah-tengah peserta himpunan Baju Merah.
Antara sebutan doanya yang boleh didengar dari rakaman video,
"Kita minta tolong, biar Datuk Jamal ada di sini, kita berdoa ramai-ramai ya Allah bukalah pintu hati, semoga ada Datuk Jamal hari ini, perhimpunan Baju Merah ya Allah, marilah Datuk Jamal kita berjoin Baju Merah, ya Allah marilah Datuk Jamal inilah saya Ketua Pemuda Umno Bukit Bintang, insya Allah kita akan bersama Datuk Jamal, amin..."
|
Loading...
dir="auto">
Difahamkan kebanyakan machai Baju Merah terbiar tanpa hala tuju apabila Jamal Jamban ditahan Polis di salah sebuah hotel sebelum berlangsungnya Himpunan Bersih pada 19 November 2016.
Barangkali mereka pada waktu ini mereka masih belum dapat tahu bahawa Datuk Jamal telah ditangkap lebih awal oleh pihak polis.
Ramai juga yang bertindak menanggalkan baju merah dan beredar selepas merasa malu melihat sangat sedikit jumlah kumpulan mereka yang sepatutnya berhimpun di Pandang Merbok.
Maria Chin kena SOSMA, Khairy Jamaluddin kena kutuk
Posted: 20 Nov 2016 06:14 PM PST
PENAHANAN Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas), SOSMA menambah satu lagi siri pembohongan demi pembohongan pemimpin Umno dan Barisan Nasional, yang berjanji kononnya akta itu hanya digunakan untuk menahan pengganas.
Antara yang bukan main lantang menyokong Akta zalim itu adalah Ahli Parlimen Rembau, yang juga Ketua Pemuda Umno Malaysia, YB Khairy Jamaluddin.
Dalam salinan hansard ucapan semasa perbahasan dahulu, Khairy Jamaluddin berkata Sosma tidak akan digunakan kepada pihak yang tidak sependapat dengan kerajaan, malah menyebut Himpunan Bersih secara khusus.
"Kalau nak buat perhimpunan aman atau bersih pun, itu tidak 'detrimental to Parliamentary Democracy' (berbahaya kepada demokrasi berparlimen). Itu yang mereka (pembangkang) tak faham," kata Khairy.
Rujuk salinan hansard di bawah.
Itu kata pemimpin Umno semasa perbahasan Akta SOSMA yang ditentang keras oleh pembangkang. Khairy secara khusus berkata Sosma tidak akan digunakan terhadap penganjuran Himpunan Bersih, kerana tidak berbahaya kepada demokrasi berparlimen, kerana tiada unsur kekerasan.
Namun hari ini kita boleh lihat depan mata kita bagaimana Pengerusi Bersih, Puan Maria Chin Abdullah, seorang wanita berumur 60 tahun yang memandu kereta proton Gen 2 dengan bumper depannya dah nak roboh ditahan di bawah Sosma.
Maria ditahan di sebuah lokasi tidak diketahui, diletakkan di dalam sebuah bilik kecil, tanpa bantal dan tilam, hanya tidur beralaskan lantai simen. Siang dan malam ruangan bilik itu hanya diterangi oleh cahaya daripada dua biji mentol.
Penggunaan Sosma membolehkan Maria ditahan selama 28 hari tanpa bicara, dan penahanannya boleh diperbaharui. Beliau mungkin boleh ditahan bertahun lamanya tanpa dibicarakan.
Keganasan apakah yang dilakukan oleh Maria Chin seorang ibu tunggal kepada 3 orang anak ini? Kenapakah beliau dizalimi sedemikian rupa?
Jelas di sini, apa sahaja yang keluar daripada mulut pemimpin Umno, memang tidak boleh dipercayai. Mereka adalah golongan pendusta yang nyata.
Pemimpin Baju Merah kutuk diri sendiri pun penyokong pakat sokong
Posted: 20 Nov 2016 03:44 AM PST
VIDEO kali ini mungkin boleh menunjukkan betapa penyokong Baju Merah ni semua tak atau apa yang diperjuangkan, semua pakai ikut sahaja apa yang diarahkan oleh pemimpin. Pemimpin kutuk diri sendiri pun penyokong mereka pakat angguk dan sokong beramai-ramai. — Scroll ke bawah untuk menonton video.
Teringat kata Tun Mahathir semasa beliau masih di dalam Umno:
Sebelum ini aku dah siarkan video rakaman bagaimana pengikut Baju Merah bagi jawapan merapu dan lucu bila ditanya oleh wartawan tentang apa tujuan mereka berhimpun.
Video rakaman kali ini menyaksikan bagaimana gelagat penyokong Samseng Baju Merah yang pakai angguk dan sokong walaupun pemimpin mereka mengutuk diri sendiri.
Dalam video ini, pemimpin Baju Merah yang sedang berucap berkata:
"Kami sedang berbincang dengan pihak polis, untuk mereka dan kita bekerjasama untuk mereka dan kita bekerjasama untuk kita menuju ke Padang Merbok boleh?"
"Boleh!" Jerit penyokong Baju Merah semua dengan penuh semangat.
Kali kedua ni yang lawak, pemimpin Baju Merah kutuk diri sendiri pun penyokong pakat jerit sokong.
"Kita buktikan kita bukan macam puak-puak Merah betul tidak?" Tanya pemimpin Baju Merah itu.
Semua penyokong dengan penuh yakin dan semangat jawab "Betul!" sambil sebahagian lagi bersorak.
Punyalah kuat ucapan pemimpin Baju Merah ni, berucap pakai pembesar suara (hailer) jelas kedengaran dia sebut puak-puak Merah, pun penyokong bantai sokong kahkahkah...
Menyedari ucapannya mungkin tersilap barulah Pemimpin Baju merah itu mengulang semula ucapannya dengan menyebut puak-puak kuning.
Teringat kata Tun Mahathir semasa beliau masih di dalam Umno:
"Penyokong Umno ni kalau pemimpin batuk pun semua pakat tepuk tangan..."
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. |
Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Loading...