4.20pm: Kuala Lumpur - Penyokong BERSIH membanjiri KLCC sehingga melimpah sehingga Jalan Ampang.
Kumpulan dari Masjid Jamel juga tiba di KLCC menggunakan LRT. Ramai lagi yang menunggu giliran untuk ke Menara Berkembar Petronas.
Peserta di sini mencecah angka 30,000 orang.
Di Jalan Tun Perak, kira-kira 1,000 penyokong BERSIH masih berada di situ, kebanyakannya aktivis mahasiswa.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan rakyat supaya tidak takut menentang kerajaan zalim dengan melakukan tunjuk perasaan, walaupun beberapa pemimpin Bersih ditangkap.
Berucap kepada ribuan peserta dan penyokong Bersih 5 di Dataran KLCC di sini sebentar tadi, beliau yang baru pulang dari luar negara berkata, Malaysia sedang mempunyai sebuah kerajaan yang zalim, dipimpin oleh penyangak, penyamun dan perompak.
“Saya bersyukur kerana dapat balik awal (dari luar negara), sempat mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan… saya datang terus.. belum balik rumah lagi kerana ingin hadir dalam tunjuk perasaan yang halal dan bersih.
“Kita sedang mempunyai sebuah kerajaan yang zalim… undang-undang negara tidak menghalang rakyat untuk tunjuk perasaan, tetapi Najib telah tangkap pemimpin-pemimpin kita.
“Tujuannya ialah supaya kita semua tidak berani keluar bersama-sama untuk mengadakan tunjuk perasaan terhadap kerajaan. Saya bangga tuan-tuan dan puan-puan sanggup berkumpul beribu-ribu di sini… jelas tidak takut… berani kerana benar,” katanya.
Loading...
vertical-align: baseline;">Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mencuri wang kerajaan, termasuk RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi beliau.
“Kerajaan kini diperintah oleh perompak, penyangak dan pencuri.. dia tak pegang sistem demokrasi.. sekarang ini dunia mengenali Malaysia sebagai kleptokrasi… apakah dia kleptokrasi?
“Kleptokrasi adalah sebuah negara yang dipimpin oleh penyangak, penyamun dan perompak.. kita lihat yang dapat banyak habuan masih menyokong Najib… mereka tidak malu mencuri duit rakyat.. curi duit rakyat dan kembalikan semula keada rakyat melalui BR1M,” katanya.
Tun Dr Mahathir berkata, sudah tiba masanya rakyat bangkit dan berusaha menjatuhkan kerajaan yang zalim ini kerana Najib tidak layak menjadi Perdana Menteri.
“Masa sudah tiba untuk kita berusaha menjatuhkan kerajaan yang zalim ini.. Najib tidak layak menjadi Perdana Menteri… dia menyalahgunakan kuasa… buat perkara yang bercanggah… sekarang ini tidak ada undang-undang lagi… Najib boleh buat apa saja… cuba menakutkan kita… ini bukan hak Najib sebagai Perdana Menteri.. ini adalah salah guna kuasa dan salah guna undang-undang,” katanya.
Beliau berkata, jika rakyat Malaysia tidak bertindak, najib akan mencuri lebih banyak duit lagi dan rakyat tentunya tidak mahu seorang pencuri menjadi Perdana Menteri.
Lautan kuning membanjiri Jalan Ampang berhadapan bangunan KLLCC. #bersih5 |
Loading...