Loading...
Kelab Greenboc |
Posted: 18 Nov 2016 02:18 AM PST
Turun Bersih 5 semarakkan Malaysia Baru
Semarakkan semangat nasionalisme untuk pembentukan Malaysia baru yang merdeka daripada korupsi, salahguna kuasa, kezaliman dan penindasan dengan menyertai himpunan Bersih 5 esok, kata Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil. Menurutnya, semangat nasionalisme iaitu cintakan negara yang terbukti mampu menggerakkan massa mengusir imperialisme perlu disemarakkan dalam diri setiap warganegara Malaysia. "Terbukti kerana cintakan negara, jutaan rakyat Turki keluar ke jalan raya mematahkan kudeta. Semangat sebegini mampu menggerakkan jutaan rakyat Malaysia pula untuk turun ke Dataran Merdeka Sabtu ini sebagai tanda protes terhadap kebobrokan Umno-BN. "Negara ini milik kita semua melangkaui sempadan agama dan bangsa. Ambillah semangat pejuang-pejuang nasionalis pada era kemerdekaan seperti Burhanuddin Al-Helmi, Ahmad Boestaman dan ramai lagi sebagai inspirasi semangat juang serta cintakan negara sebagai pemangkin jiwa dan raga kita untuk melakukan perubahan," jelasnya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata, rakyat masih tidak dapat menikmati erti kemerdekaan sebenar apabila kepincangan politik, krisis kepimpinan, kegawatan ekonomi, salah urus tadbir, pencabulan hak asasi dan sistem demokrasi semakin meruncing dan genting di bawah pemerintahan Umno-BN. "Skandal 1MDB yang menjadi perhatian dunia adalah kemuncak korupsi dan penyelewengan sang pemerintah Umno-BN. Hutang lebih RM50 bilion 1MDB ditanggung rakyat jelata sedangkan tiada faedah dapat dinikmati daripada syarikat milik rakyat ini. "Tuduhan-tuduhan terhadap penyelewengan oleh MO1 yang juga Perdana Menteri walaupun disokong dengan bukti yang konkrit, gagal dinafikan. 'Machai' dan 'pemakan dedak' Perdana Menteri kini diam seribu bahasa kerana tidak mampu lagi membodohkan diri bagi menyelamatkan nama baik MO1 yang teruk tercedera," ujarnya. Sehubungan itu, Faiz berkata, rakyat tiada pilihan selain menuntut satu sistem dan amalan pilihan raya yang bersih, adil dan saksama kerana rakyat berkuasa untuk mengubah sistem pemerintahan yang korup dan zalim sedia ada. "Anak muda harus bangkit mempertahankan hak dan kedaulatan negara ini daripada terus dicabuli dan diancam akibat salah urus pentadbiran kleptokrasi. Tegakkan keadilan demokrasi. Tolak pemerintah korupsi. Ayuh! Turun demontrasi," tegasnya lagi.
|
[BONGKAR] Skandal Lombong Bijih Mangan, Presiden PAS Terima RM10 Juta? Posted: 17 Nov 2016 07:35 PM PST
Skandal lombong bijih mangan: Presiden Pas mesti tampil beri penjelasan
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diminta menjelaskan sama ada beliau terlibat atau tidak dalam perjanjian melombong bijih mangan di Gua Musang, Kelantan. Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, sepanjang dirinya memegang jawatan berkenaan, beliau tidak pernah dimaklumkan tentang adanya agihan daripada projek tersebut kepada parti. "Sejak saya menjadi Ketua Penerangan Pas Pusat juga saya tidak pernah mendengar adanya pembahagian hasil galian milik kerajaan negeri kepada parti. "Tak tahulah selepas saya tidak lagi berada dalam kedua-dua jawatan itu, hal sebegini berlaku pula. Jadi, elok kiranya Presiden segera buat kenyataan rasmi. "Kalau tidak betul apa yang sedang viral sekarang boleh nafikan," ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini. Dokumen surat akujanji antara syarikat Vigorous Global Sdn Bhd dengan Pejabat Presiden Pas beralamat di Taman Melewar, Gombak, Selangor yang berlaku pada 10 Oktober 2013 menjadi viral di media sosial. Turut tersebar beberapa foto menyerupai Abdul Hadi sedang melihat pelan lokasi serta dikatakan melakukan solat hajat ketika lawatan ke tapak projek. "Pihak syarikat bersetuju dan berjanji memberi sumbangan kepada Pejabat Presiden Pas sebanyak RM10 per metrik tan jika syarikat mendapat kelulusan dari kerajaan negeri," dipetik daripada dokumen tersebut. Dokumen itu juga menyenaraikan anggaran jumlah sumbangan syarikat terbabit kepada Pejabat Presiden Pas yang mencecah RM200,000 sebulan dengan anggaran jumlah sebanyak RM10 juta bagi tempoh 50 bulan. Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, Abdul Hadi tentu sekali perlu memberitahu apa yang sebenarnya berlaku agar pendedahan perjanjian itu tidak mencalarkan imej parti. "Saya tidak fikir tandatangan bagi 'Pemegang Amanah Pejabat Presiden Pas' lengkap dengan saksi dibuat tanpa pengetahuannya. "Jika sekarang baru tahu, Presiden harus ambil tindakan terhadap nama-nama yang memperakui mewakili dirinya. "Ini juga berkait dengan imej, maruah dan integriti Pas itu sendiri. Sudah tentu rakyat Kelantan khasnya akan marah bagaimana hasil bumi negeri boleh diagih kepada pejabat presiden," tegasnya. Pada masa sama, ujarnya, pihak kerajaan negeri Kelantan juga tidak harus berdiam diri terhadap projek melombong mineral itu yang terletak di Lot PT6728 Mukim Relai di Daerah Chiku dengan anggaran kawasan diluluskan seluas 600 hingga 800 ekar itu. "Ini dalam negeri Kelantan. Agihan kepada kerajaan negeri yang hanya RM5 per metrik tan yang lebih rendah berbanding untuk parti politik akan dilihat ramai pihak sebagai tidak adil. "Tentu rakyat Kelantan akan marah. Sepatutnya, kerajaan negeri yang mendapat hasil yang lebih bukan pihak lain. "Bahkan, rakyat melihat ada unsur-unsur rasuah apabila seolah-olah pihak Pas yang menolong mendapatkan projek melombong itu dengan syarat beri RM10 per tan metrik kepada parti. Jangan nanti orang kata oh inilah budaya politik matang dan sejahtera," tambahnya lagi. ULASAN GB Ya, GB bersetuju dengan ayat-ayat di tiga perenggan terakhir itu. Jika benar laporan yang diviralkan itu, PAS nampaknya sudah mula menggantikan perangai UMNO. Makan duit rakyat Kelantan tanpa rakyat Kelantan mengetahuinya! |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. |
Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Loading...