Kelab Greenboc |
Tak Dapat Tanduk Telinga Dipulas, Rafizi Difitnah Anjur Parti Buih Posted: 16 Nov 2016 11:02 PM PST
Iklan fitnah Rafizi penganjur parti seks bogel Nombor telefon Rafizi Ramli sekali lagi disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mendakwa sebagai penganjur parti seks bogel. Anggota parlimen Pandan itu berkata, beliau mendapat tahu mengenai perkara itu selepas dihubungi Ibu Pejabat Polis (IPD) Shah Alam petang tadi. "Saya baru dihubungi oleh pegawai polis dari IPD Shah Alam yang ingin menyiasat satu sebaran iklan mengenai penganjuran parti seks bogel. "Saya baru mendapat salinan iklan tersebut yang disertakan bersama," tulis Rafizi yang turut menyiarkan iklan berkenaan di Facebooknya. Menurut Rafizi, ini bukan kali pertama nombor telefonnya disalahgunakan bagi menyebarkan maklumat palsu mengenai perkhidmatan seks atau pelacuran. "Saya telah menjelaskan kepada pihak IPD Shah Alam. "Saya memohon supaya mereka yang berhajat untuk menyertai parti sebegini, jika mereka membaca berita ini, berhenti menelefon atau menghantar (kiriman) WhatsApp kepada saya," jelasnya. Poster berkenaan yang dihiasi gambar wanita seksi dengan tajuk 'Wanna Get Wet & Wild?' menyatakan acara itu diadakan di sebuah tempat di Kuala Lumpur dan berlangsung dari jam 12 tengah malam sehingga pagi. Ia memaparkan lima nombor telefon dengan nama yang tertera adalah Amber, Maria, Rifa, Izzy dan Mandy. Secara berseloroh, Rafizi mengakui pernah 'terlibat' dalam parti buih bogel, tetapi hanya ketika memandikan anak kecil beliau. "Satu-satunya parti buih bogel yang saya pernah terlibat ialah apabila |
Loading...
saya memandikan anak kecil saya yang berumur 3 tahun," kata setiausaha agung PKR itu. -mk
VIDEO BERKAITAN
ULASAN GB
Tak dapat tanduk telinga dipulas.
Bermacam-macam cara untuk "membelasah" Rafizi. Kali ini dengan cara kotor iaiatu dengan menaburkan fitnah yang menjijikkan.
Namun hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Mangsa fitnah akan tetap terpelihara dengan memfitnah akan terus memikul dosa dan bahana.
Kepada sahabat saya, Rafizi, teruskan perjuanganmu tanpa perlu melayan fitnah-fitnah picisan yang bertaburan itu.
Sesungguhnya fitnah itu tidak mempunyai sedikit pun kekuatan dan tidak akan berupaya menggugat perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan.
FEATURED ADS


Nombor Telefon Saya Digunakan Sebagai Penganjur Parti Seks Bogel
Saya baru dihubungi oleh pegawai polis dari IPD Shah Alam yang ingin menyiasat satu sebaran iklan mengenai penganjuran parti seks bogel.
Saya baru mendapat salinan iklan tersebut yang disertakan bersama.
Ini bukan kali pertama nombor telefon saya disalahgunakan bagi sebaran maklumat berhubung perkhidmatan seks atau pelacuran.
Saya telah menjelaskan kepada pihak IPD Shah Alam.
Saya memohon supaya mereka yang berhajat untuk menyertai parti sebegini, jika mereka membaca berita ini, dari berhenti menelefon atau menghantar whatsapp kepada saya.
Satu-satunya parti buih bogel yang saya pernah terlibat ialah apabila saya memandikan anak kecil saya yang berumur 3 tahun.
Rafizi Ramli
Ahli Parlimen Pandan
ULASAN GB
Tak dapat tanduk telinga dipulas.
Bermacam-macam cara untuk "membelasah" Rafizi. Kali ini dengan cara kotor iaiatu dengan menaburkan fitnah yang menjijikkan.
Namun hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Mangsa fitnah akan tetap terpelihara dengan memfitnah akan terus memikul dosa dan bahana.
Kepada sahabat saya, Rafizi, teruskan perjuanganmu tanpa perlu melayan fitnah-fitnah picisan yang bertaburan itu.
Sesungguhnya fitnah itu tidak mempunyai sedikit pun kekuatan dan tidak akan berupaya menggugat perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan.
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. |
Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Loading...