Loading...
Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah banduan kes jenayah seksual... walaupun dia Ketua Umum PKR, tindakan Jabatan Agama Islam Selangor terlibat dengan Seminar Pemikiran Anwar Ibrahim mengejutkan banyak pihak.
Apatah lagi ianya bercanggah dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang mahu institusi agama di negeri itu bebas daripada unsur politik.
Difahamkan, JAIS memainkan peranan utama dengan menjemput guru-guru agama dibawah selianya untuk hadir ke seminar tersebut.
Pengarahnya, Datuk Haris Kasim bagaimanapun berkata, pihaknya tidak mewajibkan mereka untuk hadir.
Beliau menafikan JAIS menganjurkan program tersebut.
Menurutnya, seminar berkenaan dianjurkan oleh kerajaan negeri di bawah seliaan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Tapi persoalnya anjur atau tidak... mengapa JAIS terlibat sama...?
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan, berkata membicarakan 'pemikiran Anwar' yang turut menyokong perhimpunan Bersih 5, selain bersekongkol dengan golongan pluralisme, liberalisme, biseksual dan transgender (LGBT) mencabul titah Sultan Selangor.
"Berikutan itu, saya meminta tindakan segera diambil terhadap semua pihak yang terbabit termasuk JAIS. Siasat adakah JAIS mendapat tekanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ataupun kerajaan negeri yang memerintah hari ini," katanya dalam kenyataan.
Seminar berkenaan akan berlangsung pada 28 November ini di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Selain itu, Sohaimi menyifatkan tindakan JAIS itu sebagai 'buta' berikutan tidak nampak kemungkaran dilakukan Anwar sebelum ini.
"Apakah layak pemikiran seorang banduan yang secara jelas dijatuhkan hukuman bersalah kerana jenayah meliwat dijadikan modal untuk mengupas pemikirannya dan kemudiannya dijadikan ikon anak muda?, " katanya.
Katanya, beliau juga kecewa dengan tindakan JAIS mengarahkan guru agama supaya menghadiri seminar berkenaan.
Berdasarkan kandungan surat JAIS bertarikh 21 November 2016, jabatan tersebut menjemput semua guru sekolah rendah agama (SRA) serta Kelas Al-Quran dan Fardu Ain di daerah Petaling dan Klang menghadiri seminar berkenaan yang bakal diadakan di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz pada Isnin ini antara 8.30 pagi hingga 4.30 petang.
Tindakan itu mendapat kritikan pelbagai pihak atas alasan JAIS sanggup menganjurkan program sedemikian yang seolah-olah cuba mengangkat martabat seorang individu yang sedang menjalani hukuman penjara kerana disabitkan dengan kesalahan meliwat.