Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Ini 5 Perkara Penemuan Menarik Sekitar Bersih 5.0

Hasil carian imej untuk bersih 5
Assalamualaikum,,,

Ada beberapa perkara menarik boleh dilihat di perhimpunan bersih 5.0 kali ini.Antaranya ialah:

1- Terkibarnya bena atau kain rentang mengenai orang asli yang ditindas, ada permintaan supaya orang asli dibela dan pembalakan dihentikan di kawasan mereka.Dipercayai pembelaan orang asli ini merujuk dengan kes pembalakan yang didakwa menyusahkan kehidupan orang asli di Gua Musang dulu.

Nampaknya orang asli Gua Musang dapat pembelaan Bersih 5.0 yang matlamat asalnya bukan untuk membela orang asli.Apa jadi dengan jabatan hal ehwal orang asli? tak buat kerja ker sampai kehidupan orang asli tertindas sebegitu rupa sehingga terpaksa Bersih 5.0 turut memperjuangkan nasib mereka.

Agak malang juga kerana setelah beberapa pilihanraya, orang asli di Gua Musang memberi kemenangan kepada BN serta Ku Li. Pelik juga kenapa Ku Li tak buat apa apa dengan orang asli yang tertindas tetapi Bersih 5.0 yang tampil membela orang asli.



2- Munculnya buat kali kedua kumpulan LGBT menyertai Bersih 5.0 bagi mengesahkan lagi pengiktirafan yang diberi Bersih 5.0 kepada kumpulan ini.Bersih 5.0 turut disertai oleh orang melayu Islam dari PAN dan PKR yang turut bermakna orang melayu Islam baik yang  liberal pandangannya atau progresif turut mengiktiraf LGBT dan di antara mereka yang mengiktiraf itu termasuk Mahfuz Omar yang turut sama Bersih 5.0

3- Munculnya Mahathir, Yiddin dan siti Asmah berarak bersama bersih 5.0 kelihatan janggal kerana pada bersih sebelum ini, Yiddin antara yang mengutuk dan Mahathir pula semasa berkuasa pernah mengutuk demostrasi jalanan terutama ketika demostrasi oleh pendokong refomasi yang pernah ditekan oleh
Loading...
Mahathir menerusi tindakan ganas pihak polis kepada pendemostrasi, tapi kini dia berjalan kaki bersama dengan pendemostrasi Bersih 5.0.

4- Kenyataan mengatakan 20 ribu menyertai Bersih 5.0 menidakkan janji  PAN untuk menghantar 30 ribu ahlinya di demostrasi tersebut.Apakah kenyataan 20 ribu itu silap sebab ahli PAN sendiri sudahpun 30 ribu.

5- Bendera PAS turut dikibar walaupun PAS sudah awal awal lagi menyatakan TIDAK AKAN menyertai Bersih 5.0. Siapa yang gatal tangan mengibar bendera PAS ini.Ada yang mendakwa ianya dikibarkan oleh pengikut Nizar kerana ada yang mengibar bendera itu dikesan berada disebelah Nizar dalam gambar, tetapi ada pula yang memperlekehkan dakwaan ini dengan komen kononnya kalau orang itu bergambar dengan Samy Vellu akan didakwa ahli MIC.

Munasabah ker hujah ini.Rasanya tidak sebab pertamanya MIC dan Samy Vellu tidak menyertai Bersih 5.0 dan keduanya, kalau dia bergambar dengan Samy Vellupun, tak ada akan menuduh kerana yang mengibar bendera itu MELAYU sedangkan MIC pula hanya untuk orang India.Apa punya bangang hujah mengelak seperti ini!


"
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
 senik



Hasil carian imej untuk bersih 5



Loading...
Back To Top