Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

[Hj HADI SENYAP SUNYI] Beri kerjasama kepada Switzerland siasat 1MDB - Tuan Ibrahim


PAS mempertikaikan tindakan kerajaan yang memilih untuk menolak permintaan Switzerland mendapatkan bantuan undang-undang bagi menyiasat dakwaan rasuah berkaitan 1MDB.
Timbalan presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata hanya dengan memberikan kerjasama yang diminta itu, kerajaan sedikit sebanyak dapat memulihkan persepsi antarabangsa terhadap Malaysia.
Katanya, tindakan senyap kerajaan juga seolah-olah menunjukkan tiada keinginan untuk tahu lebih lanjut siapa di belakang ahli perniagaan Low Taek Jho dan bagaimana wang 1MDB dicuri.
“Apa reaksi kerajaan terhadap kenyataan unit jenayah kolar putih Singapura yang mengenal pasti ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho sebagai orang penting dalam siasatan pengubahan wang haram yang melibatkan 1MDB?,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Unit jenayah kolar putih Singapura minggu lalu mengenal pasti Jho Low sebagai orang penting dalam siasatan pengubahan wang haram dikaitkan dengan dana 1MDB menerusi pendedahan penyiasat dalam perbicaraan kes pengubahan wang haram berprofil tinggi membabitkan seorang bekas pengurus bank swasta Switzerland, BSI, di Singapura.
Loading...
style="background-color: white; font-family: "pt sans", arial; line-height: 1.5; margin-top: 15px; padding-left: 0px;">Jho Low juga antara orang yang dinamakan dalam saman sivil difailkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) yang mendakwa lebih AS$3.5 bilion diseleweng daripada 1MDB.
Tuan Ibrahim berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sepatutnya beri tumpuan terhadap masalah ekonomi negara, bukannya menghabiskan masa mengutuk tindakan politik lawan.
“Tumpuan perlu diberi kepada masalah ekonomi negara, terutamanya persepsi antarabangsa terhadap Malaysia dan nilai ringgit daripada menghabiskan masa mengutuk tindakan politik lawan politiknya.
“Sebagai menteri kewangan, rakyat mengharapkan sekurang-kurangnya Najib dapat memberi pembentangan pelan yang membawa ketenangan sekiranya nilai ringgit terus menjunam dalam suasana antarabangsa yang tidak menentu ekoran kejayaan Donald Trump menjadi presiden Amerika Syarikat,” katanya.
Beliau berkata, rakyat perlu mengetahui langkah kerajaan untuk mengawal kenaikan inflasi dan kos sara hidup sekiranya nilai ringgit jatuh ke paras RM5 ke ASD1.
Rizab Bank Negara berada pada paras RM405.5 bilion (bersamaan AS$97.8 bilion) setakat 31 Oktober 2016.
“Berapakah rizab Bank Negara yang digunakan Jumaat lalu ketika nilai ringgit menjunam ke tahap RM4.72 ke USD1 sebelum pulih ke paras RM4.4 ke USD1,” katanya.
Loading...
Back To Top