Loading...
Premisnya jelas..! Apa yang terkandung didalam RUU tersebut benar lagi sahih..! Puak kapir yang nak sebok menentang kenapa? Ianya pindaan perlembagaan yang membuktikan bahawa undang undang tersebut telah pun sedia ada dan wujud..! APa masaalahnya???
Ianya terpakai ke atas umat Islam so kenapa kapir laknat sebok menghalang dan menentang? Kenapa tidak mahu dan tidak merelakan umat Islam dipandu dengan undang undang yang lebih tegas agar menjadi manusia yang baik dan berguna kepada Tuhan dan manusia lainnya? APakah ini membuktikan bahawa kapir di Malaysia tidak mahu melihat umat Islam jadi baik?
Cuma persoalannya kenapa ianya dibawa oleh Hadi? Kenapa ianya tidak di bawa oleh Kerajaan? Sedangkan amalannya selama ini pindaan Rang Undang Undang dibawa oleh pihak kerajaan sendiri..!
Tindakkan itu boleh dibaca bahawa Najib dan Hadi sedang bermain politik..! Najib sedang membeli jiwa Hadi dengan membenarkan Hadi mengusulkan RUU tersebut..! Sementara Hadi akan dapat sokongan dalam meyakinkan kuda belang bahawa hubungan terjalin menguntungkan hamPAS..!
Tujuannya bukan RUU..! tujuannya politik..! Itu yang huru hara..! Itu yang bencana melanda..! UMNO dah meniru budaya hamPAS yang sememangnya hidup atas urusan agama kononnya..!
Akhirnya di tunda lagi..! dan lepas ni boleh dibaca kerajaan akan 'hijack' RUU ini agar diterima secara politik oleh sekutunya MCA, MIC, Gerakan, termasuk PBB di Sarawak dan lain lagi..!
Hadi dan hamPAS pula akan tersenyum sumbing dengan mengatakan bahawa kerajaan terhutang budi kepada mereka..! Semuanya akan mengaut untung politik..!
Kalau benar ianya kerana Agama kenapa tak dibentang, di bahas dan di undi untuk diluluskan??? Kalau pun ada pindaan ianya masih boleh diluluskan dengan pindaan..!
Bukankah RUU ini berkepentingan ramai sehingga pihak kerajaan sendiri beralah dan mengutamakan usul persendirian Hadi? Bukankah RUU ini perlu disegerakan sehinggakan pihak BHEUU dan pihak JPM sendiri gagal dan lambat mengemukakannya kepada Kabinet terlebih dahulu..!
Bajet peringkat dasar dan jawatankuasa berjaya di luluskan dengan keadaan MP hamPAS berkecuali..! Ini kan pula nak meluluskan RUU yang hanya memerlukan majoriti mudah..! kerana apa tunda? kerana Tiong Lai? kerana Denan Satem? kerana kekangan dan halangan politik la maknanya..!
Setelah itu, boleh juga dibaca begini...
Penangguhan huraian berkaitan usul meminda Akta Mahkamah Syariah memberi petanda pilihan raya umum akan diadakan sebelum sidang parlimen Mac depan, kata Datuk Husam Musa.
Pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) itu mendakwa, Umno berjaya menggantung isu 'perlaksanaan hudud' dan mewujudkan suasana sama menang (win-win) dengan PAS.
“Ia bagus untuk PAS tidak dilihat gagal dalam pendekatannya. Juga sebagai penyedap rasa untuk berterusan dalam senggama politik antara PAS dan Umno, khususnya untuk PRU terdekat.
“Umno pula dilihat jujur dalam memartabatkan hukum Islam. Parti komponen BN pula tidak dilihat dipermainkan,” kata Husam.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) hari ini membentangkan usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016 (akta 355), untuk menambah bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Bagaimanapun presiden PAS itu memohon huraian usulnya itu dibuat pada sesi akan datang.
Usul itu bertujuan meningkatkan hukuman maksimum mahkamah syariah kepada 30 tahun penjara, denda sehingga RM100,000 dan 100 kali sebatan.
Dalam kenyataannya hari ini, Husam menjangkakan pilihan raya umum akan diadakan sebelum Ramadan depan, sama ada Mac atau April.
Ini, katanya lagi, bagi mengelakkan usul meminda akta itu dibahaskan sehingga mengganggu 'keseimbangan' yang terwujud.
Ini, katanya lagi, bagi mengelakkan usul meminda akta itu dibahaskan sehingga mengganggu 'keseimbangan' yang terwujud.
“PAS adalah rakan Umno- BN dalam permainan 'segi tiga' atau triangle equation sampai PRU.
“Bagi mereka yang masih mengharapkan PAS bersama dengan pakatan pembangkang, akhirnya akan menggigit jari,” kata bekas naib presiden PAS itu.
Husam juga berkata Umno mempunyai matlamat mendapatkan kembali majoriti dua pertiga dalam parlimen dengan pertolongan PAS.
“Bagi mereka yang masih mengharapkan PAS bersama dengan pakatan pembangkang, akhirnya akan menggigit jari,” kata bekas naib presiden PAS itu.
Husam juga berkata Umno mempunyai matlamat mendapatkan kembali majoriti dua pertiga dalam parlimen dengan pertolongan PAS.
“Apa akan jadi dengan RUU 355 selepas PRU adalah ditentukan selepas PRU,” katanya lagi.
Beliau juga menjangkakan sebahagian pengundi beragama Islam akan terperangkap antara sentimen akta 355 dan “isu sebenar” seperti himpitan kos hidup, rasuah, hutang negara dan ancaman krisis kewangan.
Loading...