PETALING JAYA: Selepas timbul isu beberapa artis menolak lagu pilihan media pada separuh akhir Gegar Vaganza 3 (GV3) Ahad ini, penyanyi Siti Sarah Raisuddin tampil menjelaskan tindakannya berbuat demikian kerana keadaan kesihatan terganggu.
Sarah atau Siti Sarah Raisuddin, 32, berkata, dia bimbang tidak dapat menyampaikan lagu And I Am Telling You I'm Not Going nyanyian asal Jennifer Holiday dengan baik yang memerlukan kekuatan vokal dan stamina tinggi ekoran masalah kesihatan dialaminya.
"And I Am Telling You I'm Not Going memerlukan stamina yang tinggi kerana lagu berkenaan sangat 'besar' dan memerlukan kekuatan vokal yang mantap.
"Saya tidak berani mengambil risiko itu kerana kondisi kesihatan saya yang demam dan batuk buat masa ini. Bukannya kerana saya bersikap besar kepala dan tidak menghormati pilihan lagi dibuat pihak media.
"Saya perlu realistik kerana
Loading...
jika saya teruskan juga ia akan memberi kesan buruk pada persembahan saya nanti," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu.
Sebagai ganti, Sarah akan menyanyikan lagu pilihannya iaitu Bunga-Bunga Cinta nyanyian asal Misha Omar selain Dibawah Pohon Asmara (Jaclyn Victor).
Dua lagi peserta yang menukar lagu pada peringkat separuh akhir itu adalah Nora Ariffin yang memilih lagu sendiri iaitu Sandiwara dan Zarul Husin (Umbrella).
Namun Zarul Husin memberi alasan yang boleh diterima apabila senarai lagu diberikan kepadanya pernah dinyanyikan dia sebelum ini.
Terdahulu, beberapa wartawan yang terliubart dalam sesi pemilihan lagu pertandingan itu terkejut apavila terapat beberapa artis yang membuat keputusan menukar lagu yang diberikan kepada mereka.
Dalam pada itu, Sarah berkata, dia sedar harapan rakan media terhadapnya tinggi dan menghormati pemilihan dibuat namun dia harus realistik memandangkan kesihatannya tidak mengizinkan.
"Para wartawan memilih lagu itu kerana yakin dan percaya saya boleh lakukannya dan saya hormati pilih dibuat untuk saya.
"Jika saya berada dalam keadaan sihat memang saya akan menyanyikan lagu diberikan itu," jelasnya.