Loading...
Kuala Lumpur: Penyanyi Elly Mazlein berkemungkinan akan menyertai semula program Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) selepas tersingkir pada minggu keempat lalu.

Elly, 36, boleh diserapkan semula ke dalam program realiti popular itu atas kuasa imuniti yang dimiliki penaja utama program terbabit iaitu Datuk Seri Vida.
Elly ketika ditemui berkata, buat masa ini dia belum membuat sebarang keputusan sama ada akan menyertai semula program itu sekiranya pihak penganjur akan memanggilnya semula.
"Saya belum membuat sebarang keputusan lagi. Saya juga tahu kesannya nanti di mana pasti saya akan dikecam peminat termasuk rakan artis yang memberikan pelbagai komen.
"Saya tidak marah kerana mereka berhak berkata apa saja. Setiap kecaman dan kritikan itu sebenarnya membuatkan saya semakin kuat. Sebagai artis, saya kena terima dan hadapi segalanya,” katanya.
Elly berkata, semakin banyak dia dikritik, peminat dan pengikutnya di laman sosial semakin bertambah, malah mereka juga mahu dia menyertai semula GV3.
“Sama ada saya akan beraksi semula di pentas GV3 semula, kenalah tunggu. Apa saja keputusannya nanti adalah kerana peminat saya yang tidak jemu- jemu memberikan sokongan," katanya.
Selain tersingkir pada minggu keempat, Elly turut menarik diri kerana kecil hati dengan komen juri tetap GV3, Datuk Ramli MS, yang mengatakan dia terus bertahan dalam program itu atas ihsan Astro.