Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Dua pemimpin Bersih ditangkap...Siapakah Itu..?

Loading...
Dua aktivis pembangkang yang berselindung disebalik NGO Bersih, Maria Chin dan Mandeep Singh ditahan pihak berkuasa di pejabat NGO itu sebentar tadi.

Selain tangkapan, polis juga dipercayai membuat rampasan beberapa barang milik pertubuhan tidak berdaftar tersebut.

Sebelum itu, sepasukan polis Bukit Aman menyerbu pejabat Bersih di Petaling Jaya kira - kira jam 3. 50 petang tadi di Petaling Jaya.

Serbuan itu dijalankan bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan, berkaitan kegiatan yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

“Kira-kira 10 anggota polis di pejabat kami sekarang. Kami dimaklumkan mereka mahu rampas sesuatu.

“Peguam kami sedang uruskannya,” kata Mandeep.
Loading...
Back To Top