Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Belasungkawa ~ Din Turtle.


Kami tidak pernah berhubung..! Kami tidak pernah duduk semeja dan berjumpa dibawah satu bumbung..! Namun hubungan kami akrab..! Admin tidak pernah mengenali beliau di luar media maya..! Hanya setelah kematian beliau baru admin mengenali wajahnya..! 

Begitu lah hubungan yang terjalin..! Hubungan diatas satu wadah..! hubungan atas tujuan yang satu..! hubungan atas perjuangan yang satu..!

Semoga Allah melimpahkan takufik dan hidayahNYA dan meletakkan roh Allahyarham di sisi roh para solehin..! Amin.

Al Fatiha..!

Layan Tulisan Tan Sri Sanusi Junid di bawah ni..! sumber-sanusijunid

Lu FIkir La Sendiri!!!

DIN TURTLE (SHAIFUDIN BIN MAHMUD)

INNALILLAHI WAINNA ILAIHI ROAJI'UN.

Tidak ada kata-kata yang dapat memaparkan perasaan saya dengan kepulangan ke rahmatullah seorang sahabat seperjuangan. 

Din ialah seorang blogger yang miskin tetapi berprinsip dan tidak dapat dibeli dengan wang. 

Pernah beliau ditawarkan RM3,000.00 ke RM5,000.00 sebulan hanya untuk berhenti menulis lagi.

Dengan ikhlas beliau mengaku menerima RM3,000.00 untuk sebulan, tetapi beliau menyesal dan tidak mahu menerima lagi walaupun bayarannya hendak ditambah.

Pada bulan puasa yang lalu beliau berhasrat untuk berhenti menulis kerana ingin menjadi kakitangan sekuriti di sebuah pasaraya di Kuala Trengganu untuk mengawasi keselamatan mereka yang menjual kueh-mueh di bulan puasa. Elaunnya hanya RM2,000.00 dan katanya untuk belanja hari raya. Setelah beberapa hari beliau tidak sanggup berhenti menulis dan terus berhenti kerja.

Dalam pertemuan terakhir saya dengannya beliau berkata, walaupun keadaan beliau tidak mewah dia tidak mahu jadi macam ikan di kolam Ho Chi Minh, tidak mahu pakai cermin mata hijau yang hendak diberi oleh Pak Warso, tidak sanggup tertangkap seperti beruk di Afrika dan akhir sekali beliau tidak mahu jadi seperti burung yang makan dedak di Denmark. 

Jelas sekali Din sentiasa mengikuti blog saya sebagaimana juga saya banyak belajar dari blognya. 

Untuk mengingati Din saya turunkan di bawah ini 17 rakaman yang beliau buat dengan saya dari masa ke masa.

Din tidak sempat melihat hasil dari perjuangannya; tetapi, yang penting ialah niat yang betul dan suci dalam mengendalikan perjuangan, kerana hasilnya nanti Allah swt yang menentukan. 

Sama-samalah kita berdo'a semoga Allah swt menerima semua ibadatnya, mengampun semua dosanya dan meletakkannya disampai mereka yang dikasihiNYA.  

Loading...
style="color: purple; font-size: medium;">DIN TURTLE DALAM KENANGAN (1966-2016)


Visi 20-20 Berbeza Visi 20-50 - 30 Oktober 2016


BR1M - Lembu Pakai Cermin Mata - 27 Oktober 2016



Selamatkan Malaysia - Johor Bharu 30 April 2016




Apa Itu Sayang UMNO? - 11 Mac 2016



Hi-Tea Bersama Tun M - 3 Oktober 2015



Ulasan Alasan Derma - 26 Ogos 2015




 Siapa Bangsat? - 25 Ogos 2015




Kabinet 1MDB - 1 Ogos 2015



Kenapa Tun Bercakap Pada Media Asing - 31 Julai 2015



Beza Pemecatan TPM - 31 Julai 2015



Cara Tun Mahathir Menyelesaikan Masalah - 4 April 2015



1MDB dan Perpaduan - 21 Mac 2015



Antara Mahathir dan Najib - 21 Jan 2015



Teguran Tun M - 11 September 2014




Akta Hasutan - 9 September 2014





Senaraikan Masalah Melayu - 9 September 2014

Loading...
Back To Top