Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Setiausaha Agung UMNO Nyanyuk Kata Jamal

Posted: 22 Nov 2016 06:00 AM PST


Ketua Gerakan Baju merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos membidas kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mahu mengambil tindakan disiplin ke atas anggota UMNO yang menyertai perhimpunan haram pada Sabtu lalu.


Sambil menyifatkan Ku Nan sebagai nyanyuk, Jamal menegaskan tiada anggota UMNO yang terlibat dalam perhimpunan tersebut, tetapi hanya mereka yang mewakili NGO sahaja.

Beliau berkata demikian dalam sidang media hari ini susulan pembebasan dari penahanan reman di IPD Ampang Jaya selama 4 hari bermula awal pagi Sabtu lalu lapor Malaysiakini

 

Biarpun UMNO Mohon Maaf, Adnan Yaakob Enggan Mohon Maaf..

Posted: 22 Nov 2016 03:59 AM PST


Sifat keras hati menteri besar Pahang yang enggan memohon maaf kepada wartawan, selepas dihalau dari konvensyen Umno negeri, tidak selari dengan parti itu.


Ketua penerangan Umno berkata wartawan tidak melakukan kesilapan ketika menghadiri konvensyen itu Sabtu lalu, namun wujud salah faham apabila mereka diminta meninggalkan majlis. 

"Saya bagi pihak Umno Malaysia, memohon maaf kepada kawan-kawan yang bertugas pada hari itu yang terasa hati dengan insiden tersebut," kata Tan Sri Annuar Musa.

"Umno pusat akan cuba menghubungi Umno Pahang untuk mencari jalan supaya perkara ini dapat diselesaikan," katanya lagi seperti dilapor Umno Online petang ini.

"Wartawan tidak buat silap tetapi mungkin pada waktu itu berlaku sedikit salah faham sehingga ada kata-kata yang tidak enak didengar."

Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) pada Ahad menggesa Datuk Seri Adnan Yaakob memohon maaf selepas wartawan yang membuat liputan di situ diarah pulang.

Presiden NUJ Mohd Taufek Razak berkata permohonan maaf itu penting bagi menjernihkan kembali hubungan media dengan menteri besar dan Umno Pahang.

Bagaimanapun, Adnan yang juga pengerusi Umno Pahang semalam dilaporkan berkata NUJ bebas untuk memboikot sebarang majlis parti itu sehingga "hari kiamat" asalkan orang ramai tidak melakukan perkara sama terhadap Barisan Nasional lapor MMO


Benarkah Ringgit Tidak Diterima Di Mekah Dan Madinah?

Posted: 21 Nov 2016 10:00 PM PST


Dakwaan mengatakan mata wang ringgit tidak diterima pengurup wang di Mekah dan Madinah yang viral dalam media sosial adalah tidak benar, kata Lembaga Tabung Haji (TH).


Dalam satu kenyataan pada Selasa, hasil pemantauan TH sekitar kedua-dua kota suci itu mendapati mata wang Malaysia masih diterima kebanyakkan pengurup wang dan menegaskan dakwaan yang dibuat pihak tidak bertanggungjawab itu tidak benar sama sekali.

"Lembaga Tabung Haji (TH) ingin menafikan informasi yang disebar melalui media sosial berkenaan matawang Malaysia tidak diterima oleh pengurup wang di Mekah dan Madinah.

"Pemantauan melalui Pejabat TH di Jeddah mendapati matawang Malaysia diterima oleh kebanyakkan pengurup wang di kedua-dua kota suci tersebut," kata Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat TH.

TH juga menafikan penggunaan Kad ATM/Debit yang mempunyai fungsi pengeluaran wang antarabangsa milik warga Malaysia tidak diterima adalah tidak benar.

"Sebaran maklumat mengenai penggunaan Kad ATM/Debit yang mempunyai fungsi pengeluaran wang antarabangsa, yang tidak diterima juga adalah tidak benar.

"Penggunaan kad ATM/Debit tersebut perlulah mengikut tatacara yang betul dan perlu diaktifkan fungsi pengeluaran antarabangsanya," kata kenyataan itu lagi.

Menurut TH lagi, para jemaah Malaysia yang ingin ke tanah suci dan berhasrat untuk menggunakan perkhidmatan Kad ATM/Debit dinasihatkan berhubung terus dengan bank-bank berkaitan untuk maklumat penggunaan secara betul kad ATM/Debit tersebut di luar negara.

Loading...
frameborder="1" scrolling="no">

Teresa Perempuan Ada 'Kok': Wanita MCA Sekolahkan Tajuddin..

Posted: 21 Nov 2016 07:30 PM PST


Parlimen kecoh selepas seorang timbalan menteri Umno menggelar Teresa Kok (DAP-Seputeh) sebagai satu-satunya perempuan yang ada "Kok".


Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata demikian selepas berbahas dengan anggota parlimen pembangkang berkaitan BERSIH5, kelmarin.

"Yang Seputeh ini kekekek ini kenapa?

"Satu-satunya perempuan yang ada 'Kok' ini Seputeh," kata Tajuddin.

Anggota parlimen pembangkang kemudian mendesak beliau Tajuddin menarik balik kenyataan itu.. lapor Malaysiakini..

Dan berikut adalah video yang juga dari Malaysiakini


Dan tindakan Timbalan Menteri yang dilantik oleh Najib itu dibidas MCA.. 

MCA menyelar Ahli Parlimen Pasir Salak dari BN, Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang membuat kenyataan seksis dan menghina Ahli Parlimen Seputeh daripada DAP, Teresa Kok. 

Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata, tidak sewajarnya seorang timbalan menteri bersikap kebudak-budakan seperti itu dan mempermainkan nama keluarga. 

"Meskipun kami di bahagian berbeza dan tahu komen Teresa sering mencari salah MCA, parti kami tidak bertolak ansur dengan apa jua bentuk kekasaran dibuat ahli Parlimen lelaki. 

"Apatah lagi daripada seorang timbalan menteri terhadap nama wanita Malaysia berbangsa Cina, dan ditambah lagi dikiaskan dengan alat sulit lelaki," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tajuddin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di Dewan Rakyat hari ini berkata, hanya Teresa sahaja yang ada "Kok".

Sebutan nama 'kok' mirip dengan istilah bagi alat kelamin lelaki dalam bahasa Inggeris.

 hew yang juga Timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat mendesak Tajuddin menunjukkan lebih rasa hormat kepada wanita dan bangsa Cina Malaysia dan memohon maaf atas perbuataannya itu.

Beliau berkata, tugas ahli Parlimen di Dewan Rakyat adalah membahaskan dasar kerajaan dan isu negara yang memberi kesan terhadap kehidupan, ekonomi dan sosial rakyat.

"Bukannya untuk menyalahgunakan imuniti seseorang dengan menghina nama keluarga ahli Parlimen Seputeh.

"Tingkah laku tidak sopan Tajuddin ialah cerminan yang fikirannya rosak. Tidak sepatutnya tindakan itu dilakukan seorang timbalan menteri," katanya.

"Jika Tajuddin seorang lelaki yang ada kelas dan pendidikan, dia akan melayan orang Cina Malaysia dengan hormat, dan tidak mempamerkan sikap teruk terhadap wanita.

"Mungkin tindakannya itu satu pengakuan yang mana-mana orang Cina Malaysia dengan nama keluarga 'Kok' jelasnya lebih 'lelaki' berbanding dia," katanya.

Bersih 5 Rugikan Rakyat Kata Hadi (Video Inside)

Posted: 21 Nov 2016 04:30 PM PST


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa perhimpunan Bersih 5 yang berlangsung di ibu negara, Sabtu lalu tidak dikawal dengan baik dari sudut ketenteraman awam.


Justeru beliau bersyukur ahli dan penyokong Pas mematuhi arahan parti agar tidak menyertai perhimpunan tersebut.

"Alhamdulillah ahli dan penyokong Pas patuh kepada arahan kerana kita melihat di sana tidak ada suatu kawalan yang baik untuk mematuhi ketenteraman awam di mana keamanan ini adalah nikmat untuk semua," katanya ketika ditemui pemberita ketika sidang Dewan Undnagan Negeri (Dun) Terengganu berhenti rehat tengah hari di Wisma Darul Iman hari ini.

Adun Rhu Rendang itu tidak menafikan keperluan perhimpunan aman namun katanya ia harus diadakan secara beradab.

"Kita perlu melalui proses demokrasi termasuklah demonstrasi. Bukan sahaja pilihan raya demonstrasi pun boleh tetapi biarlah dengan adab yang baik.Kita tak mahu demonstrasi ini merugikan rakyat," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.

PAS sejak awal lagi memutuskan tidak menyertai perhimpunan Bersih 5 walaupun pada prinsipnya menyokong matlamat asal gabungan itu.

Bagaimanapun enam ahli parlimen dan Adun Pas didapati menyertai Bersih 5 iaitu Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar; Ahli Parlimen Kota Bharu, Dr Nik Mazian Nik Mohamad;

Adun Batu Buruk, Dr Syad Azman Syed Nawawi; Adun Kubang Kerian, Ahmad Baihaki; Adun Kubang Rotan; Nasir Mustaffa, Adun Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah.

Ditanya sama ada tindakan akan diambil kepada ahli yang mengingkari arahan parti, Abdul Hadi berkata ia bergantung kepada aduan yang diterima.

"Ia bergantung kepada lambaga disiplin parti dan pengaduan," katanya.




Lima tuntutan Bersih 5 adalah pilihan raya bersih; kerajaan bersih; kukuhkan demokrasi berparlimen; hak membantah dan memperkasa Sabah dan Sarawak.

Bersih 5 yang dihadiri ratusan ribu rakyat Malaysia termasuk parti-parti politik Amanah, DAP, PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berakhir di KLCC dan bersurai dengan aman ~ MalaysiaDateline


Loading...
Back To Top