Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Projek East Coast Rail Line (ECRL) Jalan Keretapi Paling Mahal Di Dunia?.. Kenapa?

Posted: 06 Nov 2016 08:34 AM PST


Mengikut laporan akhbar, kerajaan telah berjaya mendapat pinjaman soft loan sebanyak RM55 bil daripada EXIM bank of China. Mengikut laporan lagi ia merupakan "the biggest single deal Malaysia will be signing with China".

ECRL mengikut pengumuman baget2017 adalah sepanjang 600km dari Kuala Lumpur ke Tumpat. Maka persoalan yang ditimbulkan adalah adakah kos itu munasabah?

Kos pembinaan projek rel adalah berbeza-beza dan bergantung kepada pelbagai faktor, umpamanya, faktor geografi, pembinaan jambatan, pembinaan terowong, pengambilan tanah dan sebagainya. Jika dikaji secara kasar, RM55 bilion dibahagikan kepada 600km, kos per kilometer adalah bersamaan dengan RM92 juta.

Saya ingin merujuk satu projek landasan keretapi Yichang-Wanzhou Railway yang disifatkan "the most difficult rail project ever constructed in China".

Ia juga disifatkan sebagai antara projek landasan rel yang paling mahal di dunia. Landasan keretapi yang sepanjang 377km itu, 288km adalah di atas jambatan atau di dalam terowong. Saya ingin quote wikipedia:

http://ift.tt/2e1X85L

"The 377 km (234 mi) long[4] railway crosses the remarkably difficult terrain of southwestern Hubei and the eastern part of the Chongqing Municipality (Wanzhou District). The region has numerous mountains and is sometimes referred to as "the eastern edge" of the Yunnan-Guizhou Plateau.[

Owing to the difficult terrain, the project involves a large number of bridges (including two over the Yangtze River: the Wanzhou Railway Bridge and the Yichang Railway Bridge) and tunnels. Out of the line's total 377 km (234 mi) length, 288 km (179 mi) runs on bridges or in tunnels. This made the line the most difficult and the most expensive (per kilometre) of all China's railways to date. At a cost of U.S. $9.01 million per kilometre, the per-kilometre construction costs were twice as high as those for the Qinghai–Tibet Railway which cost U.S. $4.35 million per kilometre."

Qinghai-Tibet Railway juga merupakan landasan keretapi yang sangat susah dibina kerana ia berada di kawasan gunung dan cuaca yang terlampau sejuk.

Jika kita bandingkan kos pembinaan YiChang-Wanzhou railway dengan RM36 juta per kilometer, dan Qinghai-Tibet railway yang berharga RM17 juta per kilometer, maka ECRL adalah 250% dan 540% lebih mahal daripada projek yang "paling mahal di China".

Mengikut laporan YiChang-Wanzhou railway adalah disifatkan antara projek yang paling mahal di dunia kerana cabaran kejuruteraan projek tersebut. Maka, adakah ECRL bakal menjadi projek termahal di dunia?

Projek ECRL yang begitu mahal, menimbulkan persoalan ia merupakan projek yang sengaja dilambung harga?

Lebih-lebih lagi pada 26 julai, 2016, Sarawak Report telah melaporkan bahawa kos sebenar projek hanyalah RM27 bilion, tetapi wang yang selebihnya bertujuan untuk membayar hutang-hutang 1MDB.

Laman Web Sarawak Report juga memaparkan "leaked documents" yang memaparkan anggaran kos projek dan lebih-lebih lagi memaparkan jadual bayaran hutang 1MDB.

Ini menimbulkan "crisis of confidence" tentang projek ECRL. Mengapakah rakyat Malaysia perlu menanggung projek yang begitu mahal?

Mengapakah ia diberi kepada syarikat China tanpa tender terbuka? Mengapakah tanah akan diambil oleh kerajaan Malaysia kemudian diberi kepada pihak China?

Mengapakah ada "leaked documents" yang memaparkan jadual pembayaran kepada syarikat 1MDB dan hutang-hutang 1MDB?

Lebih-lebih lagi, kehadiran Arul Kanda dan Riza Aziz bersama rombongan ke China menimbulkan pelbagai spekulasi. Adakah Lawatan PM ke China ini merupakan lawatan "menyelamatkan 1MDB"?

Kita mohon jawapan yang terus terang daripada Perdana Menteri.

Sim Tze Tzin
MP Bayan Baru

Tanpa Amanah PAS Hilang 90% Kerusi??.. Betoi Ka?

Loading...
0;font-family:Georgia,Helvetica,Arial,Sans-Serif;line-height:140%;font-size:13px;">Posted: 06 Nov 2016 04:30 AM PST


Pas akan hilang lebih 90% kerusi yang mereka menangi tahun 2013 kerana parti Islam itu sudah hilang hampir kesemua sokongan bukan Melayu, kata Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar.

Beliau berkata, tuduhan jahat bahawa Amanah akan jadi penyebab kemenangan Umno dan memecahkan undi pembangkang adalah tidak relevan.

"Perlu diakui dan hakikatnya hampir kesemua kerusi yang Pas menang tahun 2013 adalah hasil dari sokongan padu kaum Cina dan India. Malahan, kerusi-kerusi Pantai Timur seperti Dun Chukai, Tanjung Lumpur, Sura, Parlimen Kuala Nerus dimengangi atas sokongan padu kaum Cina dan India," katanya.

Menurut beliau, memberi kerusi-kerusi kepada Pas samalah dengan memberi kerusi kepada Umno kerana Pas hampir pasti kalah di semua kerusi yang mereka menangi sebelum ini.

"Ini menjawab nista jahat kononnya Amanah akan memecah undi dan memenangkan BN. Hakikatnya tanpa Amanah PAS sudah pun hilang 90% dari kerusi yg mereka menangi pada 2013 lepas.

"Seharusnya mereka yang masih teringin untuk berunding dgn Pas perlu mengambil kira fakta bahawa Pas bakal hilang hampir semua kerusi mereka dan berhenti menunding jari kepada Amanah," katanya lapor MalaysiaDateline

Kenapa Najib Tak Belajar Dari China Cara Tangani Rasuah?

Posted: 06 Nov 2016 03:10 AM PST


Putrajaya nampaknya cenderung kepada China dalam banyak bidang, tetapi agenda utamanya patut belajar bagaimana negara itu menangani rasuah, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.



"Najib tidak boleh tidak sedar bahawa China, di bawah halatuju anti-rasuah Presiden Xi Jinping, telah menghukum lebih daripada sejuta pegawai kerana rasuah dalam tempoh tiga tahun yang lalu.

"Pegawai atasan, termasuk menteri dan lain-lain personaliti besar telah dihukum kerana rasuah.

"Sebaliknya, apa yang dapat ditunjukkan oleh kempen anti-rasuah Najib, kerana semua orang masih menunggu 'jerung' di Malaysia didakwa di mahkamah," kata Lim dalam ucapannya di Pulau Pinang malam tadi.

Di bawah teraju Najib, Malaysia kini memiliki reputasi sebagai sebuah "kleptokrasi", katanya.

"Saya takrifkan di Parlimen pada Isnin bahawa 'kleptokrasi' adalah peraturan oleh pencuri dan perompak, dan pendirian saya tidak disangkal dan tidak dicabar di Dewan Rakyat.

"(Saya beritahu Dewan Rakyat) bahawa akibat daripada gelaran 'kleptokrasi global' yang memalukan, Malaysia diperintah oleh PPP: 'Pencuri, Perompak dan Penyamun',"katanya.

Lim berkata bahawa pada tahun 2015 dan awal 2016 sahaja, masalah rasuah Malaysia disebut oleh penerbitan ternama seperti foreignpolicy.com, majalah Time dan The Economist.

Selain itu, kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) oleh Transparency International (TI) pada 2015, meletakkan kedudukan Malaysia ke-54 daripada 168, turun empat tempat daripada tahun sebelumnya.

"Kerajaan Najib bercakap besar mengenai sasarannya bagi Malaysia untuk berada di dalam 30 negara teratas dalam CPI TI pada tahun 2020, tetapi tiada apa-apa selain mimpi," katanya.

Lim memberi amaran bahawa China dan Indonesia bersedia untuk memintas Malaysia dalam ranking CPI oleh TI kecuali sesuatu yang drastik dilakukan lapor Malaysiakini


Loading...
Back To Top