Loading...
Dalam pada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar melarang protes jalanan di negeri itu, seorang ahli parti rasis dan cauvinis DAP, M Satees memuat naik mempertikaikan arahan itu di laman Facebooknya.
Khamis lalu, baginda Sultan Johor dalam ucapan sempena perhimpunan bangsa Johor bertitah tidak membenarkan mana-mana pihak menganjurkan demonstrasi jalanan di negeri ini yang hanya membawa kepada perpecahan perpaduan.
Sultan Ibrahim turut mengingatkan semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan seluruh rakyat Johor supaya tidak mengikut budaya sesat itu.
Namun, M Satees yang mengulas mengenai arahan Sultan Johor itu telah menulis:
“Dear Sultan of Johor… Know your limit. You have no power to stop anyone from taking part in any peaceful assembly! Your state constitution is not greater than the Federal Constitution. No one is above the Federal Constitution, in fact.
“Article 10 (1) (b) of the Federal Constitution guarantees teh right of the Malaysian to assemble peacefully.
“So, Dear Sultan, you don’t try to undermine the highest law of the land by issuing your ‘decrees’! Please know your limit, and act accordingly as the Constitution Kead of State!!”.
Tulisan dalam Facebooknya kemudian menjadi viral semalam, dan menimbulkan kemarahan netizen.
Ahli DAP itu kemudian memadam tulisan berkenaan, serta memohon maaf kepada Sultan selain berpendapat tulisan itu adalah ‘pandangan peribadinya’. - ismaweb
Loading...