Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Polis Siasat Video Tular Kereta Berhenti Mengejut

Loading...
Pemandu kereta berhenti secara mengejut






Polis siasat video tular kereta berhenti mengejut

19/10/2021

Polis menyiasat tindakan pemandu kereta berhenti secara mengejut sehingga menyebabkan ia dirempuh sebuah lagi kereta dari belakang.

Rakaman video yang tular di media sosial itu menunjukkan nahas berlaku di persimpangan lampu isyarat Persiaran Perdana Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata siasatan awal mendapati pemandu tidak cedera dalam nahas jam 11.44 pagi Isnin.

Menurutnya, polis sudah mengesan kedua-dua pemandu kereta terbabit.

Sumber: Harian Metro YouTube


Loading...
Back To Top