Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Ong Kian Ming Positif Covid-19

Loading...
Ong Kian Ming


Ong Kian Ming positif COVID-19

Astro Awani
11/10/2021

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian saringan di Kompleks Parlimen, di sini petang tadi.

Menerusi bebenang di Twitter peribadi beliau, Kian Ming berkata beliau menjalani ujian kendiri COVID-19 sekitar jam 3.30 petang Isnin, lalu disahkan positif.

"Ia disahkan menerusi ujian RT-PCR satu jam kemudian. Saya tidak mempunyai sebarang gejala. Saya akan menjalani kuarantin di rumah dalam tempoh 10 hari ini.

"Saya akan maklumkan kontak rapat saya dalam tempoh satu jam ini atau lebihn," katanya.

Ahli Parlimen DAP turut mengesahkan beliau disahkan negatif menerusi ujian sama di Parlimen pada Rabu.

"Tidak pasti siapa atau di mana saya menjadi kontak rapat. Saya akan luang tempoh masa dua minggu ini menangani kes-kes di kawasan dan menulis beberapa kenyataan media," ujarnya.

Kian Ming pada masa sama menyatakan bahawa masyarakat perlu menerima bahawa virus ini merupakan endemik.

"Protokol ujian (COVID-19) di Parlimen menunjukkan bahawa kita boleh bekerja dan beroperasi secara normal," katanya.

Sumber: Astro Awani
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ong-kian-ming-positif-covid19-324835


Ong Kian Ming


Loading...
Back To Top