Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Ketua Penerangan UMNO Shahril Suffian dilantik sebagai Pengarah Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri

Loading...

 

Shahril ucap terima kasih kepada PM dan Ahmad Zahid, dilantik Pengarah Ekonomi di PMO

ASTRO AWANI
Shahril ucap terima kasih kepada PM dan Ahmad Zahid, dilantik Pengarah Ekonomi di PMO
Shahril Suffian (kiri) menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri (kanan) kerana dilantik sebagai Pengarah Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri - Gambar PMO
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan UMNO Shahril Suffian Hamdan hari ini menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerana dilantik sebagai Pengarah Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri.
Memetik laporan UMNO Online, Shahril berkata, beliau bertekad untuk menyumbang ke arah usaha pemulihan ekonomi negara dan masyarakat
Selain itu, Naib Ketua Pemuda UMNO itu turut merakamkan penghargaan kepada Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana merestui pelantikan tersebut
Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Perdana Menteri atas pelantikan dan kepada YB Datuk Seri Presiden atas restunya.
“Insya-Allah saya akan laksana tugas sebaik mampu membantu pasukan ekonomi yang sedia ada dan cuba menyumbang ke arah pemulihan ekonomi makro dan rakyat,” katanya kepada UMNO Online.
Terdahulu, tular di media sosial gambar lulusan London School of Economics (LSE) itu menerima watikah perlantikan dari Perdana Menteri, di Putrajaya
Loading...
Back To Top