Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Dituduh Bunuh Ibu Bapa, Penganggur Berdepan Hukuman Mati

Loading...
 Ahmad Hafizuddin Mohammad


Dituduh bunuh ibu bapa, penganggur berdepan hukuman mati

Astro Awani
14/10/2021

LIPIS: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Lipis atas tuduhan membunuh ibu dan ayah kandungnya di Kampung Kemahang, Benta di sini, 4 Oktober lalu.

Tertuduh, Ahmad Hafizuddin Mohammad,31, bagaimanapun hanya menganguk faham dan tiada pengakuan direkodkan selepas dua kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Aisyah Ahmad.

Tertuduh didakwa membunuh Mohamad Maasai, 68, dan Zailan Zainudin, 64, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Kemahang, Benta pada 4 Oktober lalu antara pukul 11 hingga 12 malam.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya. Muhammad Muhairi Mohamad Noh manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Muhammad Muhairi meminta agar tertuduh dirujuk ke hospital psikiatri bagi melakukan ujian mental dan memohon mahkamah tidak memberikan jaminan terhadap tertuduh.

Mahkamah kemudiannya memerintahkan tertuduh dibawa menjalani pemeriksaan di Hospital Permai, Johor Bahru selama sebulan mengikut Seksyen 342 (5) Kanun Tatacara Jenayah//

Mahkamah kemudian menetapkan 11 November ini bagi sebutan semula kes.

Sumber: Astro Awani
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dituduh-bunuh-ibu-bapa-penganggur-berdepan-hukuman-mati-325312
Loading...
Back To Top