Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Bekas Penyelaras DUN Lendu Direman Enam Hari, Disyaki Seleweng RM100,000

Loading...





Bekas Penyelaras DUN Lendu direman enam hari

Harian Metro
13/10/2021

Bekas Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Masjid Tanah direman enam hari mulai hari ini selepas dipercayai membuat tuntutan palsu hampir RM100,000, dua tahun lalu.

Majistret Azureen Sahira Sauffee Afandi membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman suspek berusia 37 tahun itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Difahamkan, suspek yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) ditahan selepas disyaki membuat tuntutan yang mempunyai butiran palsu berkaitan program yang dilaksanakan di kawasan DUN Lendu.

Sumber: Harian Metro YouTube


Loading...
Back To Top