Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

97.9 % atau 7,126 daripada 7,276 kes baharu COVID-19 tidak bergejala atau bergejala ringan.

Loading...





COVID: Hampir 98 peratus daripada 7,276 kes baharu kategori satu dan dua - KP Kesihatan

12/10/2021 07:47 PM


KUALA LUMPUR, 12 Okt -- Sejumlah 97.9 peratus atau 7,126 daripada 7,276 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan setakat 12 tengah hari tadi, melibatkan individu dalam kategori satu dan dua iaitu tidak bergejala atau bergejala ringan.


Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata baki 150 kes atau 2.1 peratus pula terdiri daripada kategori tiga, empat dan lima. 


Kategori tiga merujuk kepada individu yang mempunyai radang paru-paru, empat memerlukan bantuan oksigen dan lima memerlukan bantuan pernafasan.


"Daripada jumlah kes baharu itu 7,266 kes melibatkan penularan dalam negara membabitkan 6,869 warganegara dan 397 rakyat asing manakala 10 kes adalah kes import membabitkan dua warganegara dan lapan bukan warganegara," katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 hari ini.


Beliau berkata 10,555 kes sembuh dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah kes pulih daripada wabak itu kini 2,217,057.


Dr Noor Hisham berkata terdapat 724 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) merangkumi 683 yang disahkan positif COVID-19 manakala 41 lagi adalah kes disyaki, kemungkinan dan dalam siasatan.


Loading...
Back To Top