Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Puluhan Khemah Peniaga Rosak Dilanda Ribut

Loading...


Puluhan khemah peniaga rosak dilanda ribut

Kelab Info Malaysia
3/4/2021

JERANTUT: Sepuluh khemah di tapak ekspo di Bandar Inderapura, di sini runtuh, manakala 40 lagi rosak teruk akibat ribut malam tadi.

Tapak ekspo yang baru dibuka semalam dijadualkan beroperasi sepanjang Ramadan sebagai persiapan sambutan Aidilfitri.

Seorang peniaga, Edy Sitiawan Mazlan, berkata, angin kencang berlaku kira-kira setengah jam bermula jam 7.40 malam disusuli hujan lebat.

"Banyak khemah rosak terutama khemah jualan baju dan peralatan elektronik," katanya.
Seorang lagi peniaga, Muhammad Firdaus berkata, selain khemah runtuh, banyak barang jualan rosak akibat hujan lebat.

"Hujan sangat lebat selepas ribut. Ini kali pertama saya alami ribut yang sangat kuat," katanya.
Ribu juga dilaporkan berlaku di sekitar bandar Jerantut menyebabkan banyak pokok tumbang di sepanjang jalan raya.

Sumber Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Jerantut kejadian ribut turut merosakkan lapan rumah di Kampung Batu Balak, Simpang Tebing Tinggi, Taman Ria dan Ulu Cheka.

Source: Kelab Info Malaysia / Berita Harian
Loading...
Back To Top