Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Penganggur Yang Menyamar Sebagai Pegawai Khas Timbalan Menteri dipenjara 8 bulan

Loading...

 

Dakwa Individu Menyamar Pegawai Khas Timbalan Menteri

MKL Crimedesk
6/4/2021

Seorang penganggur dipenjara lapan bulan selepas mengaku bersalah atas tuduhan menyamar Pegawai Khas kepada Timbalan Menteri dan meminta wang daripada seorang wanita berhubung dana geran filem

Hakim mahkamah sesyen Kuala Lumpur, Rozina Ayob menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd. Zafir Zainuddin, 38, selepas lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan ke atasnya.

Mahkamah turut memerintahkan tempoh hukuman itu bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 1 April lalu.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Zafir didakwa memperdaya seorang wanita dengan mengatakan dirinya Pegawai Khas kepada Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia dan berjanji untuk mendapatkan peruntukan geran bagi sebuah filem daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional FINAS sedangkan tertuduh bukan Pegawai Khas Timbalan Menteri itu.

Perbuatan itu telah mendorong mangsa menyerahkan wang tunai 5 ribu ringgit kepada tertuduh.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah restoran di Presint 9, Putrajaya pada pukul 5.15 petang pada 1 April lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 416 Kanun Kesiksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 419 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-dua jika sabit kesalahan.

Source: MKL Crimedesk YouTube
Loading...
Back To Top