Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Chef Wan Terkejut Serina Umum Sudah Menikah! Rupa-Rupanya Kahwin Di Siam Dua Minggu Lebih Awal

Loading...
Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan terkejut Serina sudah menikah di negara jiran baru-baru ini tanpa pengetahuannya

Chef Wan terkejut Serina umum sudah menikah! Rupa-rupanya kahwin di Siam dua minggu lebih awal

mstar
9/4/2021

BEBERAPA jam selepas pelakon Serina Redzuawan mengumumkan berita gembira mengenai pernikahannya, timbul pula cerita kurang enak di sebalik hal tersebut.

Menurut bapanya yang juga cef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan, Serina sudah menikah di negara jiran baru-baru ini tanpa pengetahuannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Serina Redzuawan selamat bernikah - “Terima kasih papa restui perkahwinan kami”

Berkongsi perasaan kekecewaannya di Instagram, Chef Wan, 63, berkata dia hanya diberitahu Serina mengenai hasratnya itu dua minggu lalu.

"Dua minggu lalu dia berkeras nak juga menikah sebelum bulan puasa dan dia tiba-tiba berkata 'Rina dah nikah di Siam pun pa!'

Chef Wan meluahkan kekecewaannya di Instagram.

"Terkejut saya apabila dia beritahu macam itu. Pernikahan ini berlaku tanpa pengetahuan saya dan saya tidak terkejut dengan perlakuannya itu.

"Sebagai seorang bapa, apa yang mereka berdua buat ini sangat-sangat mengecewakan saya," katanya.

Tambah Chef Wan, Serina hanya memaklumkan bahawa dia sudah bernikah dan hanya mahu mendaftarkan semua pernikahan di Malaysia selaras dengan tuntutan undang-undang.

Sebagai seorang bapa, apa yang mereka berdua buat ini sangat-sangat mengecewakan saya.

"Hati saya bagai dipanah petir ketika itu. Dia kata 'nak nikah rumah papa untuk urusan nikah semula di Malaysia sahaja'.

“Terus saya tak jawab apa yang dia katakan, ” tulisnya lagi.

Ujar Chef Wan lagi dia tidak melarang Serina untuk mendirikan rumah tangga, namun sewajarnya ia dilakukan dengan cara yang betul.

"Saya tak melarang pun dia nikah, pergi menikah di Siam dah lama baru beritahu bapanya... bagus ke budi bahasa anak jenis begini?

Chef Wan bersama menantu baharunya, Aidid.

"Rina... suka hati kau orang la. Kau orang pun dah tua masing-masing tahu dan bertanggungjawab dengan apa yang kau orang lakukan ini semua terutama sekali di belakang pengetahuan ayah.

"Walaupun Rina dah melukakan hati ayah... ayah akan telan sahaja semua perkara itu. Baik apa pun, ayah mendoakan agar Serina bahagia dengan perkahwinan ini," luahnya.

Terdahulu Serina, 38, memuat naik gambar perkahwinannya bersama Aidid di laman Instagram pada Jumaat.

Menerusi perkongsiannya itu, Serina turut berkata perkahwinannya mendapat restu daripada bapanya.

Antara foto yang dikongsikan Serina di Instagram pada hari pernikahannya.

"Terima kasih papa merestui perkahwinan kami, insyaAllah lepas raya kita buat kenduri doa selamat dan makan di restoran papa ya," katanya.

Serina sebelum ini pernah berkahwin dengan Gavin Edward O'Luanaigh pada 1 Januari 2010 namun disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Tristan Tareef, 11, dan Isabella Saffiya, 10 tahun.
Chef Wan meluahkan kekecewaannya di Instagram. 
Chef Wan bersama menantu baharunya, Aidid.
Antara foto yang dikongsikan Serina di Instagram pada hari pernikahannya
Loading...
Back To Top